Pengenalan
Walaupun kedua-dua berfungsi sebagai perlindungan untuk kenderaan bagi mengelak kerugian & juga sebagai dokumen sah untuk bantu dengan pembelian roadtax bagi pandu secara sah. Cuma antara dua jenis perlindungan tersebut, satu lebih mengikut pada prinsip agama & lagi satu mengikut struktur bisnes untuk keuntungan. Arikel ini akan huraikan perbezaan insurans konvensional vs Takaful bagi jenis perlindungan yang sesuai untuk anda.
1. Konsep Asas
Insurans Konvensional
- Berdasarkan prinsip pemindahan risiko – anda pindahkan risiko kepada syarikat insurans dengan membayar premium.
- Syarikat insurans ambil risiko penuh dan gunakan premium yang dikutip untuk bayar tuntutan atau jana keuntungan.
Takaful
- Berdasarkan konsep perkongsian risiko (risk sharing) dan tolong-menolong (ta’awun).
- Peserta menyumbang ke dalam satu tabung bersama. Bila salah seorang ditimpa musibah, pampasan diambil daripada tabung itu — bukan dari keuntungan syarikat.
2. Struktur Kewangan & Keuntungan
- Dalam insurans konvensional, premium jadi milik syarikat sepenuhnya. Kalau tiada tuntutan, peserta tak dapat apa-apa pulangan.
- Dalam takaful, sebahagian sumbangan peserta disimpan dalam akaun bersama. Jika baki lebihan (surplus) masih ada selepas tuntutan, ia boleh diagihkan semula kepada peserta mengikut syarat polisi.
3. Pengurusan Risiko & Ketelusan
Takaful menekankan transparensi dan etika dalam pengurusan dana.
Dana dilabur hanya dalam aktiviti patuh syariah — tiada unsur riba (faedah), gharar (ketidaktentuan berlebihan), atau maisir (perjudian).
Sebaliknya, insurans konvensional bebas melabur dalam pelbagai sektor, termasuk yang tidak patuh syariah, bergantung pada strategi syarikat.

4. Pampasan & Tuntutan
Dalam kedua-dua sistem, tuntutan dibuat bila berlaku kemalangan, kecurian, atau kerosakan — tapi sumber bayaran berbeza:
- Konvensional: Pampasan dibayar oleh syarikat insurans terus daripada dana syarikat.
- Takaful: Pampasan diambil daripada tabung peserta lain (tabarru’) sebagai bentuk saling membantu.
Bagi peserta takaful, proses tuntutan biasanya lebih berasaskan semangat kolektif dan keadilan sesama ahli.
5. Faktor Pemilihan – Mana Lebih Sesuai Untuk Anda
Pemilihan bergantung pada keutamaan peribadi dan prinsip kewangan anda:
- Pilih Takaful jika anda mahukan perlindungan berasaskan syariah, dengan konsep tolong-menolong dan perkongsian lebihan.
- Pilih Konvensional jika anda utamakan fleksibiliti dan mungkin mahukan pilihan syarikat lebih luas.
Kedua-duanya sah dan dilindungi undang-undang Malaysia di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) — jadi pilihan akhirnya bergantung pada nilai dan keselesaan anda sendiri.
Kesimpulan
Baik insurans konvensional vs takaful, matlamat utama tetap sama — melindungi anda daripada risiko kewangan. Bezanya cuma pada cara pengurusan dana dan asas prinsip. Sebelum renew polisi anda, semak dan banding harga antara kedua-duanya melalui platform seperti Bjak — supaya anda boleh buat keputusan yang bukan saja jimat, tapi juga selari dengan prinsip hidup anda.
Baca Juga:
Apa Itu “Excess” Dalam Polisi Insurans Kereta

