Skip to content
Home » Insurans Komprehensif: Semua Yang Anda Perlu Tahu

Insurans Komprehensif: Semua Yang Anda Perlu Tahu

    insurans komprehensif

    Seperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, terdapat tiga jenis polisi insurans yang ada di pasaran untuk pemilik kenderaan pilih iaitu pelan insurans komprehensif (1st party), pelan insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian (TPFT), dan juga pelan insurans paling asas iaitu polisi pihak ketiga (3rd party).

    Meskipun begitu, bagi mendapatkan perlindungan yang lebih menyeluruh dan terbaik, anda sebagai pemilik kenderaan sangat digalakkan untuk renew insurans dengan pelan komprehensif berbanding dua pelan/ polisi yang lain.

    Jika anda masih kurang pasti apakah sebabnya atau manfaat apabila renew dengan pelan komprehensif, jom teruskan membaca perkongsian ini kerana Bjak akan jelaskan dengan lebih mendalam mengenai insurans 1st party ini dan segalanya yang anda perlu tahu.

    Mengenai insurans komprehensif

    Insurans komprehensif atau juga dikenali sebagai insurans 1st party menawarkan perlindungan yang paling menyeluruh kepada pemegang polisinya. 

    Ia merupakan polisi insurans kereta yang boleh membantu memberikan perlindungan kewangan jika kereta anda rosak oleh sesuatu selain (juga termasuk) kemalangan. Contohnya jika kereta anda terjejas akibat bencana alam, kereta anda dicuri, terbakar atau rosak akibat vandalisme.

    Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai perkara yang perlu anda ketahui tentang perlindungan komprehensif, termasuk apa yang dilindungi dan masa yang sesuai untuk mendapatkan polisi ini.

    Perkara yang boleh dilindungi dalam polisi komprehensif

    Selain daripada kerosakan pada kereta anda akibat daripada kemalangan yang berpunca dari diri sendiri, pelan insurans komprehensif turut memberikan perlindungan kepada pemegang polisi untuk perkara-perkara berikut:

    kecurian kenderaan adalah antara perkara yang dilindungi dalam insurans komprehensif
    • Kecurian kenderaan 
    • Kebakaran kenderaan (yang tidak disengajakan)
    • Kerosakan kereta akibat rusuhan awam (apabila anda add-on perlindungan tambahan rusuhan & kemusnahan awam)
    • Kerosakan/ kehilangan kereta akibat bencana alam temasuk banjir, tanah runtuh, pokok tumbang, taufan, dan lain-lain (dengan syarat anda ada add-on perlindungan tambahan peril khas ketika renew insurans)
    • Kerosakan cermin kereta
    • Kerosakan kereta akibat terlanggar/ dilanggar haiwan
    • Kerosakan tayar kereta akibat terlanggar lubang/ jalan rosak (bersyarat)
    • Kerosakan kereta akibat kemalangan sendiri (tidak membabitkan kenderaan lain) – contohnya terlanggar divider jalan, lampu isyarat dan lain-lain
    • Kerosakan kereta pihak ketiga (kenderaan yang dilanggar anda)
    • Kecederaan/ kematian pihak ketiga

    Apa yang tidak dilindungi dalam pelan insurans komprehensif?

    • Kecederaan/ kematian anda akibat kemalangan yang berpunca dari diri sendiri
    • Kehilangan barang peribadi yang dicuri dari dalam kenderaan anda
    • Kecederaan penumpang kenderaan anda 

    Bagaimana insurans komprehensif berfungsi?

    Jika kenderaan anda rosak dan dilindungi di bawah polisi insurans komprehensif, anda boleh menghubungi syarikat insurans anda bagi memfailkan tuntutan. Apabila tuntutan diluluskan, anda akan dikehendaki membayar deduktibel anda – jumlah wang yang anda setuju untuk bayar daripada poket anda sendiri semasa memfailkan tuntutan. Penanggung insurans anda kemudiannya akan menanggung baki perbelanjaan yang telah diluluskan untuk pembaikan kereta anda. 

    Contohnya jika keseluruhan kos untuk pembaikan kereta anda akibat kemalangan yang berpunca daripada diri sendiri adalah berjumlah RM8,000 dan deduktibel yang ditetapkan adalah sebanyak RM500, maka anda dikehendaki untuk tanggung RM500 itu bagi kos pembaikan. Baki RM7,500 itu pula akan dibayar oleh pihak insurans anda.  

    Berbaloi ke ambil pelan insurans 1st party ketika renew insurans?

    renew insurans komprehensif untuk perlindungan terbaik

    Persoalan sama ada berbaloi ataupun tidak untuk ambil perlindungan insurans komprehensif ketika renew insurans adalah bergantung kepada keadaan seseorang/ kenderaan itu. 

    Di Malaysia, mana-mana kenderaan yang dibeli dan masih di bawah pinjaman bank adalah wajib untuk mendapatkan polisi ini ketika renew insurans. Ini bagi memastikan kenderaan itu mendapatkan perlindungan yang terbaik andai kata berlaku sesuatu.

    Biasanya jika anda mempunyai kenderaan baru, kos untuk membaiki atau menggantikan bahagian yang rosak adalah mahal jadi sangat wajar untuk mendapatkan insurans yang komprehensif. Dengan cara itu, anda tidak akan rasa terbeban dengan kos yang perlu ditanggung. Sebaliknya, jika anda memandu kenderaan lama atau merasakan anda boleh menampung pembaikan yang tidak dijangka di kemudian hari (kerana harganya mungkin lebih murah), maka perlindungan komprehensif mungkin tidak diperlukan oleh anda.

    Kelebihan insurans komprehensif:

    • Boleh tampung kerugian jika kereta anda rosak akibat kemalangan sendiri
    • Membolehkan anda untuk add-on pelbagai perlindungan tambahan lain bagi mendapatkan lebih coverage
    • Akan membolehkan anda untuk claim sama ada anda bersalah atau tidak (tidak termasuk kecurian & kebakaran)

    Kekurangan insurans komprehensif:

    • Tidak lindungi kecederaan anda (jika anda cedera akibat kemalangan yang berpunca dari diri sendiri)
    • Anda perlu membayar deduktibel ketika membuat tuntutan
    • Harganya lebih mahal berbanding dua polisi insurans yang lain

    Siapa yang perlu ambil insurans komprehensif?

    Tidak semua kereta atau pemilik kereta memerlukan perlindungan komprehensif ini. Antaranya adalah kereta lama serta kereta yang sangat jarang digunakan. Selalunya, kereta lama tidak layak lagi untuk mendapatkan perlindungan ini daripada syarikat insurans.

    Ada syarikat insurans yang menetapkan had umur sehingga 10 tahun, ada juga sehingga 15 tahun, atau bahkan juga 20 tahun boleh mendapatkan polisi ini.

    Untuk yang masih layak, memiliki perlindungan insurans komprehensif sebenarnya sangat berbaloi dan merupakan pilihan yang paling bijak dan baik. 

    Jika anda:

    • Rasa tidak mampu tanggung kos pembaikan kereta jika berlaku sesuatu kelak, jadi dapatkan sahaja polisi ini
    • Jika kereta anda berusia 10 tahun ke bawah (kerana dianggap masih tidak terlalu lama), jadi lindungilah kenderaan dengan polisi komprehensif)
    • Jika kereta anda kerap dipandu orang lain, beli pelan ini dan add-on perlindungan semua pemandu atau pemandu tambahan dalam polisi anda.  Jika berlaku sesuatu pada kenderaan anda ketika ia sedang dipandu oleh orang selain anda, anda masih boleh membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans. Anda hanya perlu membayar caj ekses sahaja jika pemandu tersebut tidak dinamakan di dalam polisi anda. 
    • Ingin nikmati lebih manfaat – Kebiasaannya, syarikat insurans akan menawarkan manfaat tambahan di dalam pelan komprehensif termasuklah khidmat tunda percuma (sehingga had yang ditetapkan), bantuan tepi jalan termasuk penukaran tayar, percuma nama pemandu tambahan, manfaat kemalangan peribadi (sesetengah syarikat insurans sahaja tawarkan) dan lain-lain. Manfaat-manfaat ini hanya boleh diperoleh jika anda membeli insurans komprehensif sahaja.

    Dapatkan insurans komprehensif di Bjak

    Kereta anda juga perlukan perlindungan yang terbaik. Kini, anda boleh dapatkan secara mudah menerusi platform online Bjak. Apa yang menariknya, anda boleh bandingkan sehingga 15 insurans kereta di Bjak dan lagi best, anda boleh bayar secara 3 kali ansuran dengan kaedah pembayaran Buy Now Pay Later. Lagi mudah dan jimat kan?! Jom layari Bjak sekarang untuk maklumat lanjut.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: