Skip to content
Home » Maksud Deductible Dalam Insurans Kereta

Maksud Deductible Dalam Insurans Kereta

    deductible insurans kereta

    Salah satu istilah yang biasanya terkandung dalam polisi insurans kereta adalah deductible. Namun, apakah maksudnya dan apakah peranan atau fungsinya ketika ingin membuat tuntutan insurans?

    Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai istilah deductible insurans kereta menerusi perkongsian di bawah ini.

    Apakah maksud deductible dalam insurans kereta?

    Deductible dalam insurans kereta merujuk kepada apa yang anda bayar “daripada poket” anda sendiri ketika tuntutan sebelum insurans anda melindungi yang selebihnya. Biasanya, perlindungan untuk pelan komprehensif, pelanggaran, pemandu tidak dinamakan dan kecederaan peribadi akan dikenakan deductible.

    Sebelum membeli insurans, biasanya bakal pemegang polisi mempunyai pilihan untuk dikenakan deductible yang rendah atau tinggi. Jika anda memilih kadar deductible yang rendah, bermakna anda akan membayar premium insurans kereta yang lebih mahal. Sebaliknya  jika anda menetapkan kadar deductible yang lebih tinggi, maka kadar harga insurans anda akan jadi lebih rendah.

    Bagaimana deductible berfungsi?

    Tidak seperti insurans perubatan, anda tidak perlu membayar deductible tahunan untuk insurans kereta. Anda hanya perlu bertanggungjawab ke atas kadar deductible yang dinyatakan dalam polisi anda setiap kali anda memfailkan tuntutan insurans. Selepas anda membayar jumlah deductible yang ditetapkan, syarikat insurans anda akan menanggung baki kos untuk membaiki atau menggantikan mana-mana komponen kenderaan yang terjejas.

    Contoh:

    Anda telah menetapkan kadar deductible sebanyak RM500 di dalam polisi insurans kereta ketika memperbaharui insurans. Apabila kereta rosak akibat kemalangan, pihak insurans mengesahkan jumlah keseluruhan pembaikan adalah sebanyak RM6,000. Syarikat insurans akan menanggung kos pembaikan sebanyak RM5,500, manakala anda pula perlu bertanggungjawab untuk baki RM500 itu.

    Apa jadi jika kadar deductible insurans kereta saya lebih dari kos pembaikan?

    Jika jumlah deduktibel insurans kereta anda lebih tinggi daripada kos kerosakan kenderaan anda, bermakna anda akan membayar keseluruhan kos pembaikan itu menggunakan wang dari poket anda sendiri. Ini kerana, syarikat insurans hanya melindungi ganti rugi melebihi jumlah deductible anda.

    Dalam kes ini, anda mungkin perlu sedar bahawa anda tidak perlu pun membuat tuntutan insurans kerana ia hanya akan merugikan anda. 

    Contoh:

    Jumlah pembaikan kereta anda adalah sebanyak RM700, manakala deductible anda pula adalah sebanyak RM800. Anda akan bertanggungjawab untuk membayar semua kos pembaikan itu kerana kos untuk pembaikan lebih rendah dari kadar deductible anda.

    Bila anda perlu membayar deductible insurans kereta anda?

    Anda dikehendaki untuk membayar deduktibel ketika anda memfailkan tuntutan insurans di bawah perlindungan yang memerlukan anda untuk membayarnya, seperti yang dinyatakan di atas. 

    Apabila tuntutan anda diluluskan, deduktibel anda biasanya akan dikenakan apabila syarikat insurans mengeluarkan kos pembayaran anda. Anda biasanya tidak perlu menulis cek mahupun membuat pembayaran terus kepada syarikat insurans anda. 

    Pihak insurans hanya akan menolak jumlah deduktibel daripada pembayaran tuntutan yang diluluskan. Katakan jumlah tuntutan yang diluluskan adalah sebanyak RM5,000 dan kadar deduktibel insurans kereta anda adalah RM500, jadi syarikat insurans anda akan mengeluarkan cek kepada anda sebanyak RM4,500 sahaja.

    Semoga bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: