Skip to content
Home » Berbaloi ke Beli Insurans Motor 3rd Party?

Berbaloi ke Beli Insurans Motor 3rd Party?

    Insurans motor 3rd party

    Selain kereta, motosikal juga wajib untuk memiliki sekurang-kurangnya perlindungan insurans motor 3rd party bagi membolehkan ia ditunggang secara sah di atas jalan raya.

    Insurans motosikal adalah sangat penting. Ini kerana menurut statistik, lebih 60% kemalangan yang berlaku di jalan raya di Malaysia adalah melibatkan penunggang motosikal sepanjang tempoh 20 tahun. Justeru dengan adanya insurans, ia sekurang-kurangnya dapat membantu melindungi anda khususnya dari segi kewangan sekiranya berlaku sesuatu ketika di atas jalan raya.

    Anda mungkin sudah sedia maklum bahawa untuk membeli insurans motor, anda boleh mendapatkan pelan insurans paling mahal iaitu polisi komprehensif atau sehinggalah yang paling murah, iaitu polisi insurans 3rd party.

    Jika anda mendapatkan polisi komprehensif, anda semestinya akan mendapatkan perlindungan yang lebih menyeluruh. Namun bagaimana pula jika anda sekadar mengambil polisi insurans 3rd party untuk motosikal anda? Adakah ia masih berbaloi? 

    Jom teruskan membaca perkongsian di bawah.

    Berbaloi ke ambil insurans 3rd party untuk motor

    Perlu anda tahu, terdapat perbezaan yang agak ketara di antara insurans komprehensif (atau lebih dikenali sebagai insurans 1st party) dengan insurans 3rd party.

    Dalam dunia insurans, 1st party merujuk kepada anda sebagai penunggang/ pemilik motosikal, manakala 3rd party pula merujuk kepada pihak lain yang terlibat.

    Maka jika anda membeli insurans 3rd party, ini bermakna bahawa polisi tersebut hanya akan melindungi pihak lain yang terlibat dalam kemalangan berpunca daripada motor anda. 

    Mudah kata begini:

    Akibat daripada kemalangan yang berpunca daripada anda itu:

    • Anda tidak akan dibayar pampasan untuk kerosakan yang berlaku pada motor anda
    • Anda tidak akan dibayar ganti rugi untuk sebarang kecederaan yang berlaku pada diri anda
    • Polisi 3rd party anda hanya akan menanggung segala kerosakan, kecederaan mahupun kematian yang berlaku ke atas pihak yang dilanggar oleh anda

    Disebabkan itulah harga bagi insurans motor 3rd party lebih murah berbanding 1st party. Ini kerana polisi ini tidak akan melindungi apa-apa yang berlaku pada anda atau motosikal, dan sebaliknya ia hanya akan melindungi pihak yang dilanggar oleh anda sahaja. 

    Persoalan sama ada berbaloi atau tidak untuk ambil insurans motor 3rd party juga bergantung kepada keadaan. 

    Ia mungkin berbaloi jika:

    • Motor anda sudah lama – lebih 10 tahun dan ke atas
    • Anda hanya gunakan motor tersebut untuk ke tempat berhampiran seperti kedai dan surau
    • Anda sangat jarang gunakan motor itu

    Sebaliknya, ia mungkin tidak berbaloi jika:

    • Motor anda itu masih baru – berusia bawah 10 tahun
    • Anda kerap menggunakannya seperti ke tempat kerja dan lain-lain
    • Harga pasaran motor anda masih tinggi

    Perlu anda ingat, hanya pelan insurans 1st party sahaja yang akan membolehkan anda untuk dibayar pampasan sekiranya motor anda rosak akibat kemalangan berpunca daripada diri sendiri. Insurans 3rd party, tidak ya! Bahkan jika motor anda dicuri atau terbakar sekalipun, insurans 3rd party tidak akan melindungi anda.

    Bila anda patut ambil insurans motor 3rd party?

    Anda boleh renew insurans dengan polisi pihak ketiga apabila motor anda sudah agak lama iaitu berusia 15 tahun ke atas. Bagaimanapun, anda tetap disarankan untuk mempertimbangkan perlindungan insurans pihak ketiga, kecurian atau kebakaran (TPFT) sekiranya masih layak untuk mendapatkan lebih perlindungan.

    Siapa yang layak untuk ambil insurans 3rd party?

    Kebiasaannya, polisi ini sesuai atau lebih layak untuk diambil jika motor anda sudah sangat lama dan penggunaannya juga tidak kerap. Pelan insurans ini sekurang-kurangnya dapat membolehkan anda memperbaharui roadtax dan juga membantu melindungi anda daripada tuntutan pihak ketiga sekiranya menjadi punca dalam kemalangan jalan raya suatu hari nanti.

    Dapatkan insurans terbaik untuk motor anda

    Meskipun harga insurans 3rd party itu lebih murah, namun ia mungkin tidak menyediakan perlindungan yang anda perlukan. Sebaiknya, dapatkanlah pelan insurans yang menawarkan perlindungan terbaik buat motor dan diri anda. 

    Jangan beranggapan bahawa tidak ada apa-apa yang akan berlaku pada motosikal anda, kerana ‘malang tidak berbau’ ya. Tidak salah jika anda bersiap sedia dari awal bagi memastikan motor anda lebih selamat. Jika masih layak, dapatkan sahaja insurans 1st party buat motosikal kesayangan anda itu. Dengan itu, anda boleh menambah perlindungan lain seperti untuk bencana alam, kemalangan peribadi dan lain-lain di bawah polisi tersebut. Bila lebih perlindungan, barulah diri dan motosikal anda rasa lebih selamat di atas jalan raya!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: