Skip to content
Home » Insurans Motosikal: 4 Sebab Anda Wajib Ada & Cara Dapatkan Pelan Terbaik

Insurans Motosikal: 4 Sebab Anda Wajib Ada & Cara Dapatkan Pelan Terbaik

    insurans motosikal

    Selain insurans kereta, insurans motosikal juga penting untuk dimiliki khususnya kepada mereka yang memiliki motosikal di rumah. Perlindungan insurans motosikal ini diwujudkan bersebab, dan sudah tentulah antara sebab utamanya adalah bagi melindungi pemilik motosikal sekiranya berlaku sesuatu terhadap dirinya ketika sedang menunggang motor (kemalangan) ataupun memarkirkan motor (kecurian/ kebakaran).

    Dari segi kemalangan, statistik mendedahkan bahawa lebih 60% kemalangan yang berlaku di jalan raya di Malaysia adalah melibatkan penunggang motosikal sepanjang tempoh 20 tahun. Bahkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memetik laporan Utusan pada tahun 2021 memaklumkan bahawa secara purata 20% daripada 500,000 kemalangan yang dilaporkan setiap tahun adalah melibatkan kemalangan motosikal. 

    Bagaimana pula dengan kecurian motosikal? Untuk makluman anda, untuk statistik pada tahun 2020 sahaja, sebanyak 16,057 kes membabitkan kecurian motosikal berbanding kereta sebanyak 4,596 kes dan 925 kes melibatkan kenderaan berat.

    Jika anda beranggapan insurans motosikal itu masih tidak penting, jom kami senaraikan lagi beberapa sebab mengapa anda perlu ada insurans motor ini untuk anda lebih faham mengenainya.

    Kenapa perlu ada insurans motor?

    Insurans motosikal bantu lindungi anda daripada tuntutan pihak ketiga

    Apabila berada di atas jalan raya, pelbagai perkara boleh berlaku dan ia termasuklah kemungkinan motosikal anda terlanggar kenderaan lain dan seterusnya menyebabkan kerosakan teruk pada kenderaan tersebut.

    Andai kata kejadian itu berlaku (minta dijauhkan), di sinilah insurans motor yang anda beli itu dapat membantu melindungi serta mengurangkan beban kewangan anda. 

    Setiap polisi insurans waima polisi insurans pihak ketiga sekalipun menyediakan perlindungan untuk pihak yang terjejas (dilanggar). Jadi, pihak yang dilanggar oleh motor anda tersebut boleh membuat tuntutan insurans di bawah polisi anda bagi membaiki kerosakan yang dialami. Bermakna, anda juga secara tidak langsung tidak perlu mengeluarkan wang sendiri bagi membayar pampasan.

    Motosikal rosak akibat banjir? Anda claim insurans

    Sebelum itu, anda jangan salah faham dahulu ya. Polisi asas insurans motor tidak memberikan perlindungan untuk kerosakan motosikal yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir. Bermakna, tuntutan tidak boleh dibuat terhadap syarikat insurans bagi menanggung kerugian yang dialami.

    Walau bagaimanapun, jika anda membeli insurans motor dengan pelan komprehensif, anda boleh menambah perlindungan tambahan khusus untuk bencana alam (peril khas). Dengan adanya perlindungan tambahan ini, maka anda boleh dan layak untuk membuat tuntutan jika motor anda rosak akibat bencana alam. 

    Jadi, disebabkan itulah anda perlu ada insurans motor. Bukan sahaja boleh dilindungi untuk kerosakan akibat kemalangan/ kecurian atau kebakaran, bahkan jika motor rosak gara-gara bencana alam sekalipun, anda boleh membuat tuntutan nanti. Tanpa insurans, satu tuntutan pun anda tidak boleh buat ya! 

    Untuk dapatkan roadtax

    Di Malaysia, setiap pemilik kenderaan yang berdaftar wajib memiliki cukai jalan yang sah seperti yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ketetapan ini ditetapkan termasuklah kepada pemilik kenderaan jenis pacuan dua roda, motosikal. Cukai jalan tersebut wajib diperbaharui setiap tahun sebelum ia tamat tempoh bagi memastikan motosikal ditunggang secara sah di jalan raya.

    Jadi bagi membolehkan cukai jalan diaktifkan semula, anda perlu terlebih dahulu memperbaharui insurans anda. Jika tiada insurans motor, pembaharuan roadtax pun tidak boleh diproses baik secara online mahupun offline.

    Anda perlu memiliki sekurang-kurangnya insurans paling asas, iaitu polisi pihak ketiga. Jika tidak, anda boleh dikenakan saman sehingga RM2,000 atau tiga bulan penjara jika didapati menunggang tanpa insurans yang sah. 

    Insurans motor mudah dibeli

    Jika anda miliki motosikal, anda sebenarnya tiada sebab untuk tidak membeli insurans bagi motor anda itu. Kini, banyak syarikat insurans menyediakan perlindungan untuk motor. Ini bagi membantu melindungi anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini nanti. Cari sahaja secara online atau offline, pasti ada. Banyak syarikat insurans yang menawarkan manfaat terbaik boleh dimiliki oleh pemilik motor. 

    Harga insurans motor juga tidaklah begitu mahal jika dibandingkan dengan kerugian yang mungkin anda akan alami. Jika anda terlalu kekurangan bajet, maka dapatkan sahajalah polisi insurans paling asas iaitu polisi pihak ketiga yang akan membantu memberi perlindungan kepada anda terhadap tuntutan pihak ketiga.

    Cara dapatkan insurans motor terbaik

    Nak beli insurans motor juga ada caranya. Jika anda membeli secara sembrono (asal ada), maka anda mungkin akan rugi nanti terutama jika berlaku sesuatu. 

    Jadi di sini kami kongsikan cara untuk dapatkan pelan insurans motor yang terbaik.

    Beli insurans motor pelan komprehensif

    Kenapa pelan komprehensif? Ini bagi memastikan motor anda lebih dilindungi termasuklah kerosakan motor akibat kecuaian sendiri, kecurian serta kebakaran motosikal.

    Selain itu, insurans komprehensif juga membolehkan anda untuk menambah perlindungan tambahan yang dirasakan perlu. Contohnya perlindungan bencana alam, penunggang tambahan, kemalangan peribadi dan lain-lain.

    Pilih jumlah diinsuranskan ikut nilai yang dipersetujui

    Ketika ingin renew insurans, anda boleh pilih sama ada ingin diinsuranskan ikut nilai yang dipersetujui ataupun nilai pasaran.

    Sebenarnya, anda akan lebih beruntung jika menginsurankan motor anda ikut nilai yang dipersetujui, lebih-lebih lagi jika itu motor baru. Ini kerana andai kata berlaku sesuatu pada motor anda seperti seperti dicuri, dibakar atau total loss, maka anda bolehlah mendapat pampasan ikut nilai yang dipersetujui itu.

    Jika anda memilih harga pasaran, maka jumlah pampasan yang anda akan peroleh adalah mengikut harga pasaran motor anda pada tahun itu sahaja. 

    Renew awal

    Elak perbaharui insurans motor anda selepas ia sudah tamat tempoh. Ini kerana, sesetengah syarikat insurans mungkin akan mengenakan premium insurans yang lebih mahal terhadap anda.

    Seeloknya, renew insurans motor anda seawal dua bulan sebelum ia mencapai tarikh luput. Dengan cara itu, anda juga mungkin ditawarkan manfaat dengan harga yang lebih baik oleh syarikat insurans.

    Bandingkan harga

    Elak auto-renew insurans motor anda. Jika boleh, cuba dapatkan perlindungan insurans daripada syarikat yang berbeza dari tahun sebelum ini. Ini bagi membolehkan anda mendapatkan harga yang lebih baik berserta dengan tawaran manfaat yang lebih menguntungkan.

    Nak rasa lebih berbaloi? Bandingkan dahulu dengan sekurang-kurangnya 5 syarikat sebelum anda membeli insurans. Bukan apa, lagi banyak anda banding, lagi besar peluang anda untuk dapatkan insurans pada harga lebih rendah.

    Untuk lebih mudah, anda gunakan sahaja platform Bjak yang menyediakan lebih daripada 10 jenama insurans serta takaful untuk anda bandingkan terus secara sekaligus dalam satu masa.

    Lagi mudah dan cepat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: