Insurans Motosikal: Perlindungan ‘Single Rider’ atau ‘All Riders’?

Ketahui jenis perlindungan insurans terbaik yang diperlukan oleh setiap pemilik motosikal menerusi perkongsian di dalam artikel ini.

Insurans Motosikal

Written by:

Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendedahkan bahawa lebih 60% kematian telah melibatkan penunggang motosikal dalam kemalangan jalan raya sepanjang tempoh 20 tahun. Malah secara purata, 20% daripada 500,000 kemalangan yang dilaporkan setiap tahun adalah melibatkan kemalangan motosikal.

Justeru melihat kepada angka yang membimbangkan itu, sememangnya perlindungan insurans motosikal adalah penting bagi melindungi pemilik sekiranya berlaku sesuatu kelak.

Artikel kali ini akan menjelaskan kepada anda mengenai insurans motosikal, dan segalanya yang anda perlu tahu.

Kenapa anda perlu insurans motosikal? 

Mengurangkan beban kewangan

Sama seperti insurans kereta, insurans motosikal bakal membantu melindungi pemiliknya terhadap sebarang liabiliti dari pihak ketiga apabila berlaku kecederaan atau kematian, dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh anda, serta motosikal anda daripada kejadian kebakaran, kecurian dan kerugian atau kerosakan, bergantung pada polisi yang diambil.

Ini bermakna dengan perlindungan insurans motosikal, ia akan meringankan beban pemilik motosikal khususnya dari segi kewangan jika berlaku sesuatu terhadap motosikalnya kerana kos akan ditanggung oleh syarikat insurans.

Untuk perbaharui roadtax

Selain itu sudah semestinya, pemilik motosikal memerlukan insurans untuk memperbaharui roadtax. Tanpa insurans, anda pasti sudah tahu bahawa roadtax tidak akan boleh dihidupkan dan seterusnya mendedahkan anda dengan risiko untuk disaman oleh pihak berkuasa.

Siapakah yang boleh menunggang motosikal anda untuk pastikan ia sentiasa dilindungi insurans?

Ini sangat penting untuk anda ketahui! Anda perlu memastikan bahawa motosikal anda hanya ditunggang oleh orang yang layak sahaja (iaitu yang akan dilindungi insurans jika berlaku sesuatu).

Keadaan ini bergantung sama ada anda telah memperoleh perlindungan jenis ‘Single Rider’ atau ‘All Riders’.

Perlindungan ‘Single Rider’

Perlindungan ini hanya melindungi seorang penunggang yang dinamakan di dalam polisi anda dan pada kebiasaannya ia adalah pemilik motosikal berkenaan. Ini bermakna, jika berlaku kemalangan atau kecurian motosikal ketika ditunggang oleh orang selain pemiliknya, maka tuntutan insurans tidak boleh dibuat dan pihak insurans tidak akan membayar untuk sebarang kerugian atau apa-apa tuntutan daripada pihak ketiga.

Justeru, jika anda mengambil perlindungan ‘single rider’, ini bermakna orang yang layak untuk menunggang motosikal tersebut adalah anda sahaja dan tidak boleh dipinjamkan kepada orang lain. Jika dipinjamkan kepada orang lain dan berlaku sesuatu, maka anda perlu tahu bahawa segala kerugian perlu ditanggung oleh anda sendiri.

Perlindungan ‘All Riders’

Dengan perlindungan ‘all riders’, hampir sesiapa sahaja boleh menunggang motosikal anda selagi penunggang itu a) mempunyai lesen yang sah menunggang kelas motosikal berkenaan b) mendapat kebenaran anda untuk menunggang motosikal.

Pada kebiasaannya, perlindungan jenis ini perlu diambil sekiranya baru membeli motosikal menggunakan pinjaman bank bagi memastikan ia sentiasa dilindungi. 

Perlindungan ‘all riders’ melibatkan tambahan premium sebanyak 50% daripada harga premium asal dan menjadikannya lebih mahal daripada perlindungan ‘single rider’. Pilihan untuk perlindungan ‘all riders’ merangkumi pembelian insurans pihak ketiga, insurans pihak ketiga, kecurian dan kebakaran atau insurans komprehensif.

Berapakah nilai yang perlu diinsuranskan untuk motosikal anda?

Secara dasarnya, anda perlu menginsuranskan motosikal anda mengikut nilai pasaran semasa. Jika motosikal anda diinsuranskan pada amaun yang kurang daripada nilai pasaran sebenar, maka anda boleh dikenakan denda oleh pihak insurans. 

Contoh:

Jika nilai pasaran motosikal anda ialah sebanyak RM10,000 namun anda hanya menginsuranskannya pada nilai RM8,000, maka denda akan dikenakan kerana insurans terkurang. Andaikan kerugian yang ditaksir adalah sebanyak RM4,000, pihak insurans berhak untuk tidak membayar jumlah penuh, malah anda juga bakal dikehendaki untuk membayar sebahagian daripada kerugian tersebut, mengikut kadar insurans terkurang seperti berikut:

Pastikan jumlah yang diinsuranskan untuk motosikal anda adalah mencukupi bagi mengelakkan sebarang masalah

*Syarikat insurans  akan membayar RM3,200 sementara baki RM800 lagi perlu ditanggung oleh anda sendiri. 

Bagaimanapun, denda berkenaan hanya akan dikenakan jika perbezaaan di antara nilai pasaran motosikal anda dengan amaun yang diinsuranskan adalah melebihi 10%. 

NCD bagi motosikal 

Sama seperti insurans kereta, pemilik motosikal juga boleh menerima diskaun NCD daripada syarikat insurans sekiranya tidak pernah membuat sebarang tuntutan sepanjang polisi berlangsung. 

Bagaimanapun, kadar NCD untuk motosikal adalah berbeza daripada NCD kereta, seperti berikut:

Kadar NCD motosikal

Perlindungan tambahan untuk insurans motor

Bagi memastikan motosikal anda mendapat perlindungan terbaik, anda juga boleh membeli perlindungan tambahan untuk motosikal anda di dalam pelan komprehensif seperti:

Jenis-jenis perlindungan tambahan untuk motosikal

Perlindungan tambahan peril khas (bencana alam) – yang akan membantu anda untuk mendapatkan ganti rugi jika motosikal rosak akibat bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya

Perlindungan tambahan rusuhan dan kemusnahan awam – melindungi kerosakan motosikal anda akibat daripada kejadian mogok, rusuhan atau kekecohan awam.

Perlindungan aksesori tambahan – Jika berlaku kejadian seperti kecurian atau kerosakan terhadap aksesori tambahan motosikal yang diinsuranskan, maka pemilik boleh mendapatkan ganti rugi dengan membuat tuntutan daripada syarikat insurans.

Perlindungan liabiliti undang-undang – membantu melindungi pemilik motosikal daripada sebarang liabiliti dari penumpang motosikal anda jika berlaku kemalangan. 

Perlindungan tambahan kemalangan peribadi – Perlindungan ini akan membantu pemilik motor untuk membuat tuntutan insurans sekiranya berlaku kecederaan pada tubuh akibat kemalangan. Harga untuk perlindungan tambahan ini pada kebiasaannya sekitar RM10 sehingga RM20 untuk jumlah perlindungan sebanyak RM5,000. Pemilik motosikal sangat digalakkan untuk mengambil perlindungan tambahan ini memandangkan lebih terdedah dengan risiko kemalangan seperti statistik yang dikongsikan di atas.

*Setengah pelan insurans mungkin menyediakan perlindungan tambahan lain mengikut ketetapan syarikat insurans berkenaan.

Dapatkan insurans motosikal terbaik

Secara umumnya, penunggang motosikal lebih terdedah kepada kejadian kemalangan seperti rekod statistik yang telah dinyatakan di atas. Sebagai pemilik motosikal, anda sangat dinasihatkan untuk mengambil perlindungan terbaik seperti perlindungan ‘all-riders’ bersama-sama perlindungan tambahan yang dirasakan perlu. Ini bagi mengelakkan anda daripada perlu menanggung beban kewangan yang besar sekiranya berlaku sesuatu.

Dalam pada itu, anda juga boleh mendapatkan perlindungan insurans motor melalui Bjak. Minta sebut harga percuma dan selesaikan urusan perbaharui insurans anda kurang dari 10 minit sahaja.


Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: