Skip to content
Home » Jalan Berlubang: Apakah Kerosakan yang Boleh Berlaku Pada Kenderaan Anda?

Jalan Berlubang: Apakah Kerosakan yang Boleh Berlaku Pada Kenderaan Anda?

    Kerosakan kereta akibat terlanggar jalan berlubang

    Ketika sedang ‘sedap’ memandu, sesiapa sahaja akan marah bila terlanggar jalan berlubang, bukan? Ia sememangnya sangat menyakitkan hati, lebih-lebih lagi jika menyebabkan minuman tertumpah di bahagian tempat duduk. Jalan berlubang kadang-kala sukar dielakkan lebih-lebih di kawasan yang sukar untuk dilihat. Namun, sila berhati-hati! Ia boleh menyebabkan beberapa bahagian kereta anda mengalami kerosakan terutama jika anda kerap melanggar lubang ketika memandu.

    Untuk artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kerosakan yang mungkin boleh berlaku pada kereta anda akibat melanggar jalan berlubang.

    Bagaimana jalan berlubang berlaku?

    Lubang pada jalan berlaku akibat daripada ketidaksempurnaan pada permukaan jalan di mana tanah mampat di bawah turapan menjadi lemah. Ia biasanya disebabkan oleh air dalam struktur tanah di bawahnya dan lalu lintas yang melalui kawasan yang terjejas.

    Ia bermula dengan rekahan kecil tetapi menjadi lebih besar dari masa ke semasa jika ia tidak diperbaiki segera.

    Kematian jalan raya membabitkan penunggang motosikal terlanggar jalan yang berlubang bukanlah perkara baru. Menurut statistik yang didedahkan pada 2018, 840 orang maut dalam kemalangan jalan raya akibat insiden yang berkaitan dengan jalan berlubang dari 2000 hingga 2011.

    Jalan berlubang boleh rosakkan kenderaan anda

    A car pothole can damage certain car parts

    Ekzos

    Ekzos kereta adalah ‘sasaran mudah’ atau komponen paling mudah terdedah dengan kerosakan jika terlanggar lubang pada jalan. Ini kerana, secara dasarnya ekzos terletak di bahagian bawah kereta anda. 

    Oleh itu, pelanggaran terhadap jalan berlubang yang teruk boleh menyebabkan anda mengikis bahagian kereta anda pada turapan jalan. Kesannya, ekzos kereta anda mungkin boleh kemek dan tidak mustahil membuatkan paip ekzos berlubang. 

    Anda berkemungkinan akan mendengar bunyi yang luar biasa  sekiranya ekzos sudah mula mengalami tanda-tanda kerosakan.

    Tayar

    Tayar kereta anda terdedah kepada kerosakan akibat jalan berlubang kerana ia satu-satunya komponen yang bersentuhan dengan jalan raya.

    Lubang yang besar boleh memberi tekanan terhadap tayar anda, menghiris getah atau memutuskan tali yang mengikat tayar bersama-sama.

    Roda

    Roda adalah bahagian penting dalam mana-mana kereta. Ia menjana gerakan putaran dan berfungsi untuk menggerakkan kereta dari satu titik ke titik lain.

    Lubang yang dalam boleh menjejaskan roda dengan mudah.

    Kesannya mungkin mencalarkan rim roda dan menyebabkannya senget atau retak dan seterusnya roda mungkin tidak dapat membentuk pengedap kedap udara dengan tayar.

    Suspensi 

    Sistem suspensi direka untuk ‘menyerap’ hentakan dan memberikan perjalanan yang lancar. Walau bagaimanapun, terdapat had untuk berapa banyak ia boleh dikendalikan.

    Hentaman tiba-tiba terhadap lubang boleh merosakkan sistem suspensi kereta anda. Ia boleh menyebabkan banyak masalah suspensi, termasuklah alignment ‘lari’ atau kerosakan mengejut.

    Anda mungkin perasan kereta anda melencong keluar daripada lorong kerana sistem suspensi yang telah rosak.

    Control arm

    Control arm adalah komponen atau ‘pautan’ yang menghubungkan roda hadapan ke kereta anda. Ia membantu mengekalkan kedudukan menegak pada roda.

    Pelanggaran kereta terhadap jalan dengan lubang yang besar boleh menyebabkan control arm membengkok. Anda mungkin boleh hilang kawalan ke atas roda dengan kerosakan besar pada control arm. Lebih teruk, roda boleh jatuh dari posisi asal jika control arm terputus.

    Body kereta 

    Lebih rendah body kereta anda dengan tanah, lebih mudah ia dikendalikan. Bagaimanapun, kereta anda lebih berkemungkinan untuk rosak akibat jalan berlubang.

    Malah lubang kecil juga boleh merosakkan bumper kereta yang rendah atau side skirt kereta anda.

    Bolehkah buat tuntutan jika kereta rosak akibat berlubang?

    Claim for pothole damage from the council or authority responsible for maintaining the road

    Anda boleh menuntut kerosakan kereta akibat jalan berlubang daripada pihak majlis atau pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyelenggara jalan di mana lubang itu terletak. Anda boleh membuat tuntutan di bawah insurans kereta anda jika anda mempunyai insurans komprehensif.

    Jangan risau, kerana anda tidak akan kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda meskipun tuntutan dibuat. Berikut adalah cara untuk anda membuat tuntutan daripada pihak majlis:

    • Ambil gambar kenderaan anda dan jalan berlubang sebagai bukti.
    • Buat laporan polis. Nyatakan nama jalan, bacaan kilometer, tarikh dan masa kejadian.
    • Isi borang tuntutan dan berikan salinan asal laporan polis serta gambar kejadian.
    • Wang tuntutan anda mungkin mengambil sedikit masa. Syarikat insurans anda akan menghantar adjuster mereka untuk menjalankan siasatan. Setelah siasatan selesai, adjuster akan menentukan jumlah pampasan.

    Jangan ambil mudah kerosakan jalan berlubang

    Walaupun memandu di atas jalan berlubang mungkin kelihatan tidak berbahaya, namun anda tidak boleh memandang rendah terhadap kerosakan yang dialami akibatnya.

    ‘Meredah’ jalan berlubang pada kelajuan tinggi boleh merosakkan sistem suspensi kereta anda dan komponen-komponen kereta yang lain.

    Ia bukan sahaja memerlukan wang untuk membaiki kerosakan, tetapi juga boleh menyebabkan anda hilang kawalan ke atas kenderaan anda dan berakhir dengan pelanggaran bersama kenderaan lain di jalan raya. Jadi, sila memandu dengan selamat di jalan raya.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: