Skip to content
Home » Kemalangan Akibat Terlanggar Lubang, Ini yang Anda Kena Tahu

Kemalangan Akibat Terlanggar Lubang, Ini yang Anda Kena Tahu

    Kemalangan akibat jalan berlubang

    Kes kemalangan yang disebabkan oleh jalan berlubang atau rosak bukanlah satu perkara yang baru. 

    Bagi tahun 2018 sehingga 2020, di Selangor sahaja, polis negeri itu mendedahkan bahawa sebanyak 222 kemalangan direkodkan berpunca daripada keadaan fizikal jalan raya yang tidak sempurna. Ia termasuklah jalan berlubang dan rosak. 

    Bahkan daripada statistik itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at seperti memetik satu laporan menyatakan bahawa 148 kes daripadanya melibatkan kemalangan maut. Majoriti daripadanya iaitu sebanyak 116 mangsa terdiri daripada penunggang motosikal. 

    Antara kes kemalangan akibat jalan berlubang

    Berikut kami senaraikan antara kejadian kemalangan akibat jalan berlubang yang pernah berlaku pada tahun 2021:

    3 Januari 2021 – Seorang warga emas berusia 75 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas melanggar lubang di Jalan Tengah menghala Midvalley pada pukul 7.30 pagi.

    4 Januari 2021 – Seorang penghantar makanan berusia 31 tahun kehilangan nyawa selepas terlanggar lubang di bahu jalan sebelum hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri jalan. Kejadian berlaku di persimpangan Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara.

    18 Mac 2021 – Seorang pelajar tingkatan enam mendakwa terlepas menduduki satu kertas peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) selepas terlibat dalam kemalangan akibat terlanggar lubang di Kilometer 8, Jalan Lipis-Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. 

    16 Jun 2021– Seorang pemandu kereta Wira berdepan detik cemas apabila keretanya terbenam ke dalam sebuah lubang akibat mendapan jalan raya di Jalan Lampam, Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang. 

    18 Nov 2021 – Seorang lelaki warga emas berlumuran darah apabila jatuh tersembam ke jalan tar selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar lubang kumbahan di simpang jalan Kota Tinggi, Johor. Kejadian yang menimpa mangsa turut viral di laman media sosial dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen apabila masih banyak jalan rosak dan berlubang sehingga menyebabkan kemalangan. 

    Bolehkah buat tuntutan/ saman jika kemalangan akibat jalan rosak atau berlubang?

    Jalan raya awam dibina & diselenggara oleh kerajaan negeri seperti yang dihuraikan di dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

    Anda sudah pandu dengan berhati-hati, jadi adakah wajar sekiranya anda terpaksa menanggung akibatnya sendiri jika kemalangan tersebut bukan berpunca daripada anda, namun disebabkan jalan yang rosak dan berlubang?

    Menurut seorang pensyarah dari Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Marthada seperti memetik satu laporan, beliau berkata mana-mana individu yang terlibat kemalangan berikutan kecuaian pihak tertentu dalam menyelenggara dan membaiki kerosakan jalan raya boleh mengemukakan tuntutan ganti rugi serta memfailkan saman di mahkamah.

    Katanya, tuntutan itu boleh dibuat kepada pihak terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) ekoran daripada kecuaian sehingga mengakibatkan kecelakaan atau kecederaan kepada pengguna. 

    Merujuk ke laman AskLegal pula, ia menyatakan bahawa jalan raya awam dibina dan diselenggara oleh kerajaan negeri seperti yang dihuraikan di dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974; kecuali lebuh raya yang mempunyai syarikat konsesi sendiri seperti PLUS serta jalan persendirian yang dimiliki oleh sesebuah syarikat ataupun jalan raya bersijil strata seperti di kondominium. 

    Jadi, sebagai orang awam dan pengguna jalan raya yang menjadi mangsa keadaan, anda sebenarnya boleh memfailkan saman terhadap pihak berkenaan (pihak berwajib/ kerajaan) di bawah Seksyen 5 di dalam Akta Prosiding Kerajaan

    Walau bagaimanapun, anda tetap perlu memenuhi kriteria bagi pemfailan saman tersebut kerana saman atas kecuaian memerlukan bahan bukti yang mencukupi supaya pampasan boleh dituntut dari pihak terbabit.

    Bahkan, anda perlu ingat bahawa proses pemfailan saman akan mengambil masa yang agak lama kerana kes perlulah cukup kukuh (yang mana ia menunjukkan kecuaian memang dari pihak tersebut). 

    Tahu hak anda 

    Kejadian kemalangan akibat kerosakan jalan raya seperti jalan berlubang banyak berlaku khususnya kepada pengguna motosikal. Jika ia berlaku pada diri anda, pastikan anda mengambil tindakan yang seterusnya untuk mendapatkan pampasan atau hak anda.

    Berunding dengan pakar dan cuba dapatkan nasihat daripada pihak insurans atau sesiapa sahaja yang dirasakan boleh membantu anda. Jangan ambil mudah, dan pastikan anda tahu tindakan yang diambil itu sememangnya bukan berpunca daripada anda. 

    Dalam pada itu, pastikan juga kenderaan anda dilindungi insurans kereta atau motor bagi memastikan anda dan kenderaan dilindungi sepanjang masa. Untuk dapatkan pelan insurans terbaik, layari Bjak dan lihat 15 pelan insurans yang disediakan. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: