Skip to content
Home » Jangan Buat 3 Perkara Ini Kalau Tak Nak Insurans Kereta Mahal!

Jangan Buat 3 Perkara Ini Kalau Tak Nak Insurans Kereta Mahal!

    insurans kereta

    Anda perlu membeli insurans kenderaan sebaik sahaja anda membeli kereta, tidak kira sama ada ia kereta baru mahupun kereta terpakai (second-hand). Selepas setahun, anda perlu memperbaharui semula insurans kereta anda. Ia kemudiannya perlu dilakukan setiap tahun bagi memastikan kenderaan anda sah untuk digunakan di jalan raya selagi anda adalah pemiliknya.

    Seperti yang anda mungkin sudah tahu, harga insurans kereta adalah berbeza setiap tahun, tidak seperti roadtax. Sekiranya anda tidak pernah membuat sebarang tuntutan insurans, maka harga insurans anda akan menjadi lebih murah berbanding tahun sebelumnya memandangkan kadar NCD anda juga meningkat (sehingga maksima 55%).

    Selain penentuan harga mengikut kadar NCD, ‘teknik’ anda membeli insurans juga boleh membantu anda untuk mendapatkan insurans pada harga yang terbaik. Jom lihat beberapa perkara yang perlu dielakkan oleh anda daripada melakukannya bagi membantu mendapatkan insurans pada harga yang lebih rendah.

    Auto-renew insurans kereta

    Tahukah anda, sesetengah syarikat insurans akan menawarkan pembaharuan insurans secara automatik. Jangan biarkan insurans anda diperbaharui secara automatik setiap tahun. Ini kerana, premium insurans yang anda bayar mungkin bukan yang terendah di pasaran.

    Pada dasarnya, syarikat insurans sentiasa mengemas kini premium insurans dari semasa ke semasa jadi anda perlu lakukan perbandingan di antara beberapa syarikat insurans bagi mendapatkan perlindungan yang terbaik pada harga yang lebih berbaloi. 

    Lewat renew insurans kereta

    Kelewatan anda untuk memperbaharui insurans sehingga melepasi tarikh tamat tempoh mungkin akan menyebabkan harga insurans anda lebih mahal. Sesetengah syarikat insurans mengenakan harga yang lebih tinggi jika insurans kenderaan anda telah tamat tempoh. 

    Tempoh yang terbaik untuk anda memperbaharui insurans adalah dua bulan sebelum ia tamat tempoh. Dengan memperbaharui insurans lebih awal, anda mungkin berpeluang untuk nikmati ganjaran diskaun yang ditawarkan oleh syarikat insurans.

    Tidak membandingkan syarikat insurans

    Lakukan perbandingan insurans untuk menikmati perlindungan terbaik dengan harga yang berbaloi

    Setiap syarikat insurans menawarkan harga yang berbeza meskipun untuk perlindungan yang sama. Premium insurans antara syarikat insurans kenderaan boleh berubah-ubah sehingga 40-50% bergantung pada keadaan kereta. Jadi sebagai pengguna, anda perlu bijak dengan membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum membeli perlindungan insurans untuk kenderaan anda. 

    Untuk membuat perbandingan insurans kini tidak susah. Anda tidak perlu pergi satu-per-satu laman web syarikat insurans. Gunakan sahaja Bjak, platform perbandingan insurans kenderaan terbesar di Malaysia. Di Bjak, anda boleh membuat perbandingan secara serentak dengan lebih 10 jenama insurans dan pilih satu pelan yang terbaik mengikut keperluan dan bajet anda.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: