Skip to content
Home » Jimat Lebih Bila Renew Insurans Kereta Dengan 5 Cara Ni!

Jimat Lebih Bila Renew Insurans Kereta Dengan 5 Cara Ni!

    Tips jimat renew insurans

    Ramai pemilik kereta mengeluh apabila sampai sahaja waktu untuk renew insurans kereta walaupun cuma perlu renew setahun sekali. Ramai juga terpaksa semak dahulu baki akaun sebelum renew insurans kereta. Tak dinafikan harga insurans kereta boleh membebankan pemilik kereta. Ditambah dengan roadtax, maintenance kereta dan kes kecemasan, pemilik kereta perlu bijak untuk menguruskan kewangan dan mencari ruang-ruang yang ada untuk menjimatkan wang sebanyak mungkin.

    Jangan terus bersusah hati. Dalam entri kali ini, kami nak bantu ringankan beban anda. Ini lima cara jimat renew insurans kereta.

    Letak sum insured yang sesuai (tak lebih atau kurang)

    Sum insured atau jumlah diinsuranskan ialah jumlah maksimum perlindungan insurans kereta. Anda boleh pilih untuk meletakkan sum insured mengikut nilai pasaran (market value) atau nilai dipersetujui (agreed value). Boleh baca artikel kami yang lepas tentang cara menentukan jumlah perlindungan insurans kereta. 

    Untuk menjimatkan wang anda, letaklah sum insured yang sesuai iaitu tak lebih atau kurang daripada market value. Sebagai contoh, market value kereta Proton Saga anda ialah RM33,000, jadi sum insured yang anda patut letak ialah RM33,000. Janganlah letak lebih daripada RM33,000. Dalam pada itu, anda dinasihatkan untuk tidak meletakkan sum insured kurang daripada market value

    Pilih sama ada market value atau agreed value

    Kami faham anda nak berjimat, tapi ingat, kalau anda letakkan sum insured yang kurang daripada market value atau dipanggil under-insurance, ini mungkin akan merugikan anda pada masa depan sekiranya berlaku kemalangan. Bagaimana pula anda boleh rugi kalau boleh bayar premium yang lebih rendah? 

    Jika ditakdirkan kereta anda kemalangan, syarikat insurans akan mengurangkan jumlah tuntutan insurans anda. Sebagai contoh, sum insured kereta anda kurang 30% daripada market value kereta anda, maka syarikat insurans hanya akan membayar 70% daripada jumlah kos pembaikan kereta anda. 

    Katakan jumlah kos pembaikan kereta anda ialah RM10,000, insurans anda cuma akan membayar 70% atau RM7,000. Lagi 30% atau RM3,000 pula? Itu anda yang perlu tanggung. 

    Jadi, letaklah sum insured yang sesuai mengikut market value. Anda boleh semak market value kereta anda secara percuma di MyCarInfo.

    Tapi, kalau anda ada bajet lebih sikit, boleh juga letak sum insured mengikut agreed value. Sekiranya kereta anda kemalangan dan disahkan total loss, pampasan yang akan anda terima ialah agreed value yang dipersetujui ketika renew insurans dan tidak tertakluk kepada market value ketika kemalangan tersebut berlaku. Jika agreed value kereta anda ialah RM100,000, maka RM100,000 lah yang anda akan dapat sebagai pampasan. Sebaliknya, jika anda memilih market value, pampasan anda bergantung kepada market value semasa kemalangan tersebut berlaku. Untuk pengetahuan anda, market value kereta lazimnya turun sekitar 10-15% setiap tahun.

    Pilih perlindungan tambahan yang perlu sahaja

    Seperti yang anda sedia maklum, terdapat tiga jenis insurans kereta yang anda boleh pilih iaitu (1) insurans komprehensif, (2) insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian, dan (3) insurans pihak ketiga. Boleh baca artikel kami yang lepas untuk penjelasan tentang ketiga-tiga jenis insurans kereta yang disebutkan. 

    Umumnya, anda disarankan untuk mengambil insurans komprehensif kerana perlindungannya yang lebih menyeluruh. Tetapi, berbanding insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian, dan insurans pihak ketiga, premium bagi insurans komprehensif adalah lebih tinggi. Tambahan lagi, katakanlah anda masukkan perlindungan tambahan, premium anda akan menjadi lebih tinggi. Jadi, macam mana nak berjimat?

    Cara paling jimat ialah dengan tidak mengambil apa-apa perlindungan tambahan. Tapi, fikir dahulu masak-masak. Mengambil perlindungan tambahan dapat membantu anda jika berlaku kejadian yang tak diingini. Sebagai contoh, cermin kereta anda sangatlah terdedah kepada risiko untuk retak atau pecah. Katakanlah anda mempunyai sebuah Proton Saga 1.3 Auto yang dikeluarkan pada tahun 2020. Kalaulah cermin kereta anda retak terkena lantunan batu, kos cermin kereta dan upah boleh mencecah RM1,000! Kalau anda ambil perlindungan tambahan cermin kereta, anda cuma perlu bayar 15% atau RM150 sahaja daripada kos tersebut. 

    Cara yang lebih baik dan masih menjimatkan ialah mengambil perlindungan tambahan yang perlu. Anda mungkin tidak perlu mengambil perlindungan bencana alam atau peril khas ataupun perlindungan rusuhan dan kemusnahan awam sekiranya anda tinggal di kawasan yang tidak atau kurang berisiko. Anda juga mungkin tidak perlu mengambil perlindungan aksesori kereta sekiranya anda tidak upgrade apa-apa aksesori kereta anda.

    Maintain rekod memandu yang cantik

    Tahukah anda sejarah tuntutan atau claim history anda akan mempengaruhi premium insurans anda? 

    Sekiranya kereta anda kemalangan dan anda berada di pihak yang salah, anda akan hilang semua No Claim Discount (NCD) setelah membuat tuntutan.

    Apa itu NCD?

    NCD ialah ialah sejenis ganjaran dalam bentuk diskaun yang ditawarkan oleh syarikat insurans untuk pemilik kereta yang tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh setahun. Jadi, kalau anda tidak membuat sebarang tuntutan, diskaun yang anda dapat nikmati akan menjadi lebih tinggi setiap tahun sehingga maksimum 55%. 

    Bayangkan anda telah kumpulkan sehingga 55% NCD kerana rekod memandu yang bersih sepanjang 6 tahun. Jika premium sebenar insurans anda ialah RM925.02 misalnya, anda cuma perlu membayar RM55% atau RM508.76 daripada nilai tersebut! Tetapi bayangkan pula kereta anda kemalangan dan anda dibuktikan bersalah, anda akan hilang kesemua NCD anda lalu perlu membayar kesemua RM925.02. Dah rugi RM416.26 di situ. Bukannya sedikit!

    Jadi, berhati-hatilah di jalan raya! Bukan sahaja untuk keselamatan anda dan pengguna jalan raya yang lain, tetapi untuk jimat bila renew insurans kereta juga. 

    Pastikan juga orang yang memandu kereta anda mendapat kebenaran anda dan mempunyai rekod memandu yang baik!

    Naikkan jumlah ekses sukarela

    Jika anda belum tahu, ekses ialah jumlah pertama yang anda perlu bayar sendiri bagi setiap tuntutan atau claim yang diluluskan, walaupun kejadian itu bukan disebabkan oleh anda. Ekses tidak dikenakan untuk kerugian atau kemalangan akibat kebakaran, letupan, disambar kilat, pecah masuk, pecah rumah, kecurian, kerosakan harta pihak ketiga atau tuntutan kecederaan tubuh badan pihak ketiga.

    Umumnya, jumlah ekses yang lebih tinggi akan menyebabkan jumlah premium anda menjadi lebih rendah, dan sebaliknya. Terdapat dua jenis ekses yang anda perlu tahu iaitu:

    1. Ekses wajib (jumlah tetap sebanyak RM400)

    Anda mesti menanggung ekses wajib sebanyak RM400 jika anda atau orang yang memandu kereta anda: 

    1. berumur kurang daripada 21 tahun;
    2. pemegang lesen memandu sementara (P) atau percubaan (L); atau 
    3. tidak dinamakan dalam jadual polisi sebagai pemandu dinamakan. 

    2. Ekses sukarela (jumlah boleh dinaikkan tertakluk kepada syarikat insurans)

    Ekses sukarela merujuk kepada jumlah ekses yang ditulis dalam polisi insurans anda yang dipilih oleh anda sebagai tambahan kepada sebarang ekses standard atau wajib yang mungkin dikenakan. Anda boleh mengurangkan premium anda dengan memilih ekses sukarela.

    Bergantung kepada insurans anda, anda boleh minta untuk menaikkan jumlah ekses sukarela ini untuk mendapatkan premium yang lebih rendah. Sila ambil perhatian bahawa walaupun ekses sukarela yang lebih tinggi akan mengurangkan premium anda, anda akan mempunyai jumlah yang lebih besar untuk dibayar sekiranya berlaku tuntutan. Jadi, berbalik kepada poin sebelumnya, pastikan rekod memandu anda cantik!

    Bandingkan harga insurans kereta

    Anda sangat digalakkan untuk membandingkan dahulu harga insurans sebelum membeli mana-mana insurans. Ini merupakan langkah yang paling mudah dan praktikal untuk jimat renew insurans kereta. 

    Jika anda belum tahu, bermula 1 Julai 2017, Bank Negara Malaysia telah melaksanakan langkah liberalisasi tarif insurans motor. Susulan liberalisasi tersebut, kadar premium bagi insurans komprehensif serta insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian ditentukan oleh syarikat insurans atau takaful masing-masing (Kadar premium insurans pihak ketiga terus tertakluk kepada kadar tarif.) Apa ertinya liberalisasi ini kepada anda?

    Sebagai pengguna atau pemegang polisi, anda boleh mendapatkan pelbagai manfaat dan harga insurans. Sesetengah syarikat insurans atau takaful turut menawarkan pelbagai manfaat menarik dengan harga yang menarik. Jadi, anda boleh survey dahulu sebelum membeli mana-mana insurans untuk mendapatkan perlindungan serta manfaat terbaik pada harga terbaik! 

    Dekat mana senang nak bandingkan harga insurans kereta?

    Tak perlu keluar rumah pun. Keluarkan sahaja telefon pintar anda dan layari laman perbandingan insurans dalam talian seperti Bjak. Anda cuma perlu gunakan Bjak yang akan menyediakan kepada anda sebut harga daripada 15 syarikat insurans! Semuanya dalam satu platform sahaja. Bila anda dah dapat sebut harga, bandingkan kesemua sebut harga dan pilih satu yang paling ngam dengan bajet dan keperluan anda. 

    Bandingkan harga insurans kereta di Bjak untuk penjimatan berganda

    Gunakan Bjak untuk jimat renew insurans kereta

    Kami telah kongsikan di atas cara jimat renew insurans kereta anda dan kami harap tips yang dikongsikan dapat membantu anda mendapatkan polisi insurans yang sesuai dan berpatutan. 

    Untuk membantu anda lagi, kami sarankan anda untuk menggunakan sahaja laman perbandingan insurans seperti Bjak untuk bandingkan perlindungan, manfaat serta harga insurans sehingga 15 insurans. Nak tahu apa yang lagi menarik? Anda boleh customise insurans anda mengikut keperluan serta bajet anda dengan mudah secara online. Jangan lengah lagi, terus layari Bjak untuk mendapatkan sebut harga insurans kereta percuma. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: