Skip to content
Home » JPJ lancar Ops Sedar, Cari Pemilik Kenderaan Tiada Insurans Sah

JPJ lancar Ops Sedar, Cari Pemilik Kenderaan Tiada Insurans Sah

    Ops Sedar JPJ

    Anda masih belum menghidupkan insurans kenderaan yang telah tamat tempoh?

    Maka ini mungkin berita buruk untuk anda.

    Semalam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan bahawa pihaknya akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bermula hari ini, 24 November 2021.

    Apakah itu Ops Sedar?

    Sekatan jalan raya akan dilaksanakan bagi mengesan pemilik kenderaan yang tidak mempunyai insurans

    Untuk makluman anda, Ops Sedar merupakan pelaksanaan sekatan jalan raya secara besar-besaran oleh JPJ bagi mengesan mana-mana kenderaan yang masih belum memiliki perlindungan insurans yang sah.

    Ia susulan daripada hasil dapatan yang mendapati masih ramai pengguna jalan raya gagal memiliki perlindungan insurans pada kenderaan yang mereka gunakan. 

    Insurans wajib diperbaharui

    Sebagai peringatan, kerajaan hanya memberikan pengecualian pembaharuan roadtax kepada pemilik kenderaan susulan daripada pandemik Covid-19 yang melanda negara. Bagaimanapun, insurans anda tetap perlu sah dan ditunjukkan kepada pihak berkuasa ketika melalui sekatan jalan raya sepanjang tempoh ini. 

    Kegagalan untuk mempamerkan/ memiliki insurans yang sah boleh menyebabkan anda dikenakan denda tidak lebih RM1,000 serta penggantungan lesen selama satu tahun (12 bulan) di bawah Seksyen 90(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Bagaimanapun, anda diingatkan semula bahawa moratorium untuk pengecualian pembaharuan roadtax akan ditamatkan tidak lama lagi iaitu pada 31 Disember ini.

    Jangan tunggu saat akhir

    Justeru, JPJ menyeru pemilik kenderaan untuk tidak memperbaharui roadtax di saat akhir meskipun moratorium pengecualian pembaharuan roadtax hanya akan berakhir hujung tahun ini.

    Sebagai inisiatif bagi membantu orang awam, JPJ akan menyediakan kemudahan mobile JPJ bagi memudahkan pemilik kenderaan memperbaharui roadtax mereka secara terus.

    “JPJ tidak ada menerima arahan kelonggaran penangguhan bayaran pembaharuan kedua-dua dokumen itu yang berakhir jam 12 tengah malam pada 31 Disember ini,” kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim dalam satu kenyataan.

    Renew insurans dan roadtax online

    Renew insurans dan roadtax secara online di Bjak

    Untuk lebih mudah dan pantas, anda juga boleh renew insurans dan roadtax secara online di Bjak dan dan aktifkan semula insurans anda dalam hanya 5 minit sahaja. Minta sebut harga percuma sekarang dan bandingkan dengan 15 pilihan syarikat insurans yang disediakan. 

    Untuk mengetahui cara memperbaharui insurans di platform kami, lihat sahaja perkongsian yang pernah dibuat sebelum ini. 

    Ingat, jangan ambil risiko memandu tanpa perlindungan insurans kenderaan yang sah kerana ia bukan sahaja bakal merugikan anda, malah turut membahayakan nyawa anda dan pengguna lain.