Skip to content
Home » Kebakaran Kereta: Punca yang Sering Berlaku & Cara Mengatasinya

Kebakaran Kereta: Punca yang Sering Berlaku & Cara Mengatasinya

    Kereta terbakar

    Banyak kes kebakaran membabitkan kereta berlaku di Malaysia pada setiap tahun dan ia boleh berlaku atas pelbagai sebab.

    Teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui faktor yang kerap menyumbang kepada kebakaran kereta, langkah pencegahan dan perkara yang perlu dilakukan jika kereta anda terbakar.

    Faktor penyumbang kebakaran kereta

    Kebocoran sistem bahan api

    Kebocoran pada sistem bahan api dianggap sebagai punca yang sering menyumbang kepada kejadian kebakaran kereta di Malaysia.

    Walaupun bahan api seperti petrol dan diesel adalah keperluan penting untuk menghidupkan kereta, namun ia sangat mudah terbakar. Ambil perhatian bahawa kebocoran gas boleh menyebabkan kereta lebih mudah terbakar atau meletup.

    Ia boleh terjadi jika petrol bersentuhan dengan sumber haba, seperti percikan api atau permukaan yang sangat panas.

    Berikut adalah dua situasi yang boleh menyebabkan kebakaran kereta:

    • Sistem bahan api rosak atau tidak berfungsi
    • Kebocoran sistem sambungan dan suntikan bahan api

    Enjin terlalu panas (overheating)

    Enjin yang terlalu panas boleh menyebabkan berlakunya pelbagai masalah. Salah satu masalah paling teruk yang boleh berlaku adalah kebakaran kereta. Enjin terlalu panas lebih cenderung berlaku pada kenderaan lama atau tidak diselenggara dengan baik.

    Enjin terlalu panas atau overheating ini berlaku disebabkan oleh kegagalan pada sistem penyejukan seperti kebocoran radiator atau kerosakan pada radiator dan pam air. Apabila enjin kereta anda terlalu panas, ia boleh menyebabkan salah satu daripada banyak cecair yang mudah terbakar itu menyala dan memulakan kebakaran.

    Aksesori kereta

    Pemasangan aksesori kereta yang tidak betul, seperti pemasangan dashcam yang tidak sempurna boleh menyebabkan litar pintas dan kerugian kepada pemilik kenderaan jika kenderaan itu terbakar.

    Selain itu, penggunaan aksesori bukan tulen juga boleh menyebabkan kebakaran kenderaan.

    Kesan kemalangan kereta

    Kebanyakan kenderaan dilengkapi dengan zon remuk bagi melindungi bahagian dalam kenderaan yang penting seperti tangki bahan api. Zon remuk membantu mengurangkan tenaga hentaman semasa pelanggaran supaya kebanyakan tenaga terlerai merentasi zon tersebut.

    Pelanggaran kecil di antara kenderaan tidak akan menyebabkan kebocoran atau kebakaran, jadi anda tidak perlu risau.

    Walau bagaimanapun, pelanggaran teruk boleh memutuskan zon remuk, seterusnya merosakkan komponen lain pada kereta seperti bateri dan alternator dan kemudian mencetuskan kebakaran kereta.

    Kesan pelanggaran yang teruk juga boleh menyebabkan sistem bahan api dan bendalir bocor. Selain itu, geseran atau kerosakan elektrik juga boleh menyebabkan percikan api, menyalakan cecair dan mencetuskan kebakaran kereta.

    Barang mudah terbakar

    Ramai pemilik kenderaan lebih suka meninggalkan beberapa barang mereka di dalam kereta. Walau bagaimanapun, sesetengah barang berisiko untuk disimpan di dalam kereta kerana ia boleh menyebabkan kebakaran. Antara barangan yang berbahaya dan berisiko adalah:

    • Botol plastik

    Ia mungkin nampak remeh namun meninggalkan botol air plastik di dalam kereta anda adalah berisiko.

    Botol plastik yang mengandungi air boleh membesarkan keamatan matahari yang memancar dan menghasilkan haba yang cukup untuk menyalakan api.

    • Pemetik api

    Pemetik api boleh menyebabkan kebakaran jika dibiarkan terdedah kepada suhu tinggi di dalam kereta. Haba yang terkumpul di dalam kenderaan boleh mengakibatkan letupan pada tiub plastik kecil dan berpotensi menyebabkan risiko kebakaran.

    Apa perlu dilakukan ketika kebakaran kereta

    Jika anda mengesan kepulan asap dari bonet depan kereta anda atau terbau getah mahupun plastik yang terbakar, sila bertenang dan berhentikan kereta di bahu jalan (tempat yang selamat) secepat mungkin dan lakukan perkara berikut:

    1. Matikan enjin kereta anda.
    2. Keluarkan semua penumpang dari kereta dan jauhkan diri sekurang-kurangnya 100 meter dari kereta.
    3. Jangan buka bonet kereta kerana api boleh menyala.
    4. Segera hubungi 999.
    5. Jangan kembali ke kereta anda untuk mengambil apa-apa. Tunggu pasukan penyelamat tiba.

    Bagaimana untuk mengelak kebakaran kereta

    Mencegah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengelakkan kebakaran kereta:

    • Beli alat pemadam api untuk kereta anda dan letakkan berhampiran tempat duduk pemandu.
    • Jangan merokok di dalam kereta. Ia boleh menyebabkan kebakaran memandangkan bahagian dalam kereta mengandungi plastik dan bahan lain yang mudah terbakar
    • Lakukan penyelenggaraan kereta mengikut tempoh yang ditetapkan
    • Berhati-hati dengan petrol
    • Matikan enjin semasa mengisi minyak kereta

    Bolehkah anda tuntut insurans untuk kerosakan kereta akibat kebakaran?

    Bolehkah anda buat tuntutan insurans jika kenderaan anda rosak akibat kebakaran? Jawapannya ada ya. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada polisi yang anda peroleh pada ketika itu.

    Anda hanya boleh membuat tuntutan insurans kereta akibat kebakaran tidak disengajakan jika anda mempunyai polisi insurans komprehensif atau polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian (TPFT)

    Perlu anda ketahui bahawa anda tidak layak untuk membuat tuntutan insurans sekiranya hanya memiliki polisi insurans pihak ketiga

    Cara claim insurans kerosakan kereta akibat kebakaran

    Anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah ini jika anda layak untuk membuat tuntutan insurans bagi kerosakan kereta akibat kebakaran:

    1. Ambil gambar kenderaan anda yang rosak/ hangus akibat kebakaran
    2. Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam
    3. Sedia dan serahkan dokumen untuk proses tuntutan. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah salinan asal laporan polis, polisi insurans, salinan kad pengenalan dan salinan lesen memandu
    4. Pihak insurans akan mengambil alih kes anda dan lakukan siasatan
    5. Tunggu keputusan laporan daripada pihak polis, bomba dan syarikat insurans

    Dapatkan perlindungan mencukupi untuk kenderaan anda

    Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, kes kebakaran kereta banyak berlaku di Malaysia setiap tahun. Jadi ini bermakna bahawa kebakaran kereta adalah agak biasa.

    Oleh itu, pastikan anda melindungi kereta anda dengan perlindungan yang mencukupi, supaya anda boleh membuat tuntutan insurans jika kereta anda terbakar. Kami pastinya berharap anda tidak akan mengalami situasi berbahaya seperti itu, namun tidak salah untuk bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan.

    Layari Bjak, salah satu laman perbandingan insurans terbesar di Malaysia, untuk pilihan jenama serta pelan insurans yang lebih banyak dan luas. Anda boleh mendapatkan sehingga 15 sebut harga insurans kereta secara percuma dalam masa 3 minit sahaja.