Skip to content
Home » Kelebihan Beli Takaful Insurans Kereta Secara Online

Kelebihan Beli Takaful Insurans Kereta Secara Online

    takaful kereta

    Renew takaful online sama ke dengan renew insurans untuk kereta? Ya, jawapannya sama sahaja bahkan kelebihannya juga banyak seperti apa yang anda dapat jika renew insurans secara online.

    Ia bukan sahaja dapat memastikan anda dapat perlindungan takaful insurans kereta terbaik, bahkan juga inisiatif anda untuk memperbaharui takaful secara online dapat membantu anda menerima pelbagai lagi manfaat lain bersama takaful pilihan anda, terutama apabila memilih pelan komprehensif.

    Kelebihan beli takaful kereta secara online

    Beli takaful online beri anda masa untuk buat perbandingan

    Sedang cari takaful secara online? Ini tindakan yang bijak kerana anda sebenarnya boleh membuat perbandingan dengan beberapa pilihan takaful tanpa tekanan daripada pihak luar.

    Berbanding meminta pihak lain untuk tolong memperbaharui takaful buat anda, buat secara online akan membolehkan anda untuk tahu takaful manakah yang boleh memenuhi keperluan anda dan kenderaan agar tidak mengalami kerugian pada masa akan datang. Anda juga perlu melihat samada mereka mampu memberikan anda perkhidmatan terbaik ketika anda memerlukan khidmat mereka nanti seperti contoh ketika ingin membuat tuntutan insurans kereta.

    Dengan hanya di hujung jari, anda boleh membuat penilaian sendiri dan menentukan polisi terbaik buat diri anda tanpa sebarang desakan masa atau sebagainya.

    Kini, banyak platform perbandingan takaful serta insurans kereta yang disediakan untuk anda termasuklah platform Bjak. Melalui Bjak, anda sebagai pengguna boleh membandingkan dengan 3 jenama takaful yang ada berserta lebih 10 jenama insurans yang lain secara sekali gus.

    Beli takaful kereta online bantu anda jimat masa, jimat tenaga

    Urusan boleh diselesaikan kurang dari 10 minit

    Ya, membeli takaful kereta secara online sememangnya akan lebih menjimatkan masa dan tenaga anda. Dengan hanya memerlukan capaian internet dan telefon bimbit/ laptop, anda kini boleh mendapatkan perlindungan takaful kereta dengan lebih tenang dan mudah hanya dari rumah.

    Yang penting, anda perlu fahami dulu polisi jenis apakah yang anda inginkan. Selain itu, tahu juga apakah bajet serta keperluan untuk anda dan kenderaan bagi tahun itu. Contohnya, adakah anda perlukan perlindungan tambahan peril khas pada pembaharuan kali ini? Adakah ia cukup dengan bajet yang ditetapkan oleh anda? Nilai dan buat kira-kira dulu ya!

    Mudah dilayari

    Pasukan khidmat pelanggan turut ada jika anda mempunyai masalah ketika memperbaharui insurans

    Jangan risau, proses untuk membeli takaful secara online adalah sangat mudah, berbeza dengan apa yang anda bayangkan selama ini.

    Sekiranya anda sudah mengenalpasti takaful yang diinginkan, masa yang diambil untuk membelinya adalah kurang daripada 10 minit. Bukan itu sahaja, jika anda menggunakan Bjak, polisi anda juga akan diaktifkan dengan segera dalam hanya 5 minit. 

    Renew takaful online bantu anda lebih jimat

    Untuk makluman anda, kebanyakan platform perbaharui takaful serta insurans termasuk Bjak memberikan peluang kepada pengguna untuk lebih jimat.

    Selain penjimatan sehingga RM480 apabila membandingkan dengan 15 pilihan insurans termasuk takaful, anda juga boleh mendapatkan tambahan diskaun apabila menggunakan kaedah pembayaran Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL).

    Dengan kaedah BNPL, anda secara tidak langsung boleh membayar takaful anda secara tiga kali ansuran tanpa sebarang faedah. Kaedah pembayaran ini anda hanya akan dapat jika memperbaharui takaful di Bjak sahaja ya.

    Jadi, inilah kesempatan yang anda boleh gunakan dengan membeli takaful secara online. Tidak rugi, malah ia sememangnya berbaloi untuk anda.

    Renew takaful secara online di Bjak

    Sebagai pemilik kenderaan, sudah menjadi tanggungjawab anda bagi memastikan insurans/ takaful dan roadtax sentiasa sah untuk digunakan di atas jalan raya.

    Selain dapat melindungi kenderaan daripada sebarang risiko yang tidak dijangka, ia juga boleh mengelakkan anda daripada disaman oleh pihak berkuasa.

    Kini, anda tidak perlu risau mengenai kesukaran untuk memperbaharui takaful mahupun insurans. Lakukannya sahaja secara online di Bjak kerana selain pantas dan mudah, anda berpeluang untuk mendapatkan penjimatan berganda.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: