Pengenalan
Dalam Malaysia, kebiasaan polisi insuran kenderaan hanya memberi perlindungan pada kenderaan anda & bukan pada pemilik atau penumpang jika berlaku kemalangan. Dengan insurans tambahan seperti Personal Accident, ia boleh sahaja ditambah pada polisi sebagai perlindungan jika berlaku cedera parah / kematian akibat kemalangan tersebut.
Apa Itu Insurans Tambahan?
Insurans tambahan adalah perlindungan tambahan yang boleh ditambah pada polisi insurans anda jika mahu sebelum buat pembelian.
Contoh; polisi komprehensif boleh sahaja tambahan PA, Perlindungan Cermin & juga bencana khas
Jenis Add-On Popular di Malaysia
Beberapa add-on yang sering ditawarkan oleh syarikat insurans termasuk:
- Personal Accident Cover (PA) – Pampasan diberi jika berlaku cedera parah atau kematian akibat kemalangan.
- Windshield Coverage – Gantian atau pembaikan cermin hadapan tanpa menjejaskan NCD.
- Special Perils Cover – Lindungi kereta daripada banjir, tanah runtuh, atau ribut.
- Strike, Riot & Civil Commotion (SRCC) – Perlindungan semasa rusuhan atau kekacauan awam.
- All Drivers Cover – Semua pemandu yang sah dilindungi, tanpa perlu disenaraikan.
Kelebihan Personal Accident Cover
Berbanding add-on lain, PA Cover dianggap paling penting untuk keselamatan diri dan penumpang. Berikut antara kelebihannya:
1. Pampasan untuk Pemandu & Penumpang
Jika berlaku kemalangan yang mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa, PA Cover beri pampasan terus kepada individu terlibat, bukan sekadar kerosakan kereta.
2. Perlindungan Tambahan di Luar Polisi Asas
Polisi asas Comprehensive hanya lindungi kereta dan pihak ketiga — bukan kecederaan pada pemandu. Dengan PA Cover, anda dapat perlindungan diri yang sebelum ini tiada.
3. Bayaran Tambahan Minimum
Add-on ini biasanya hanya tambah RM10 hingga RM30 setahun, tapi manfaatnya jauh lebih besar jika berlaku kemalangan serius.
4. Sesuai untuk Pemandu Harian
Kalau anda kerap memandu jarak jauh atau gunakan lebuh raya setiap hari, PA Cover memberi ketenangan tambahan sekiranya berlaku insiden di jalan raya.
Cara Tambah Insurans Tambahan
Menambah perlindungan tambahan boleh dilakukan semasa memperbaharui polisi:
- Buka laman Bjak dan pilih polisi sedia ada.
- Semak senarai add-on yang ditawarkan.
- Tandakan “Personal Accident Cover” atau add-on lain yang diinginkan.
- Terima sebut harga baharu dan sahkan pembelian.
Biasanya, polisi baharu akan dikeluarkan serta-merta dan dihantar ke e-mel atau WhatsApp anda.
Bila Insurans Tambahan Berbaloi
Insurans tambahan tidak wajib, tapi sangat disyorkan jika anda:
- Sering memandu jarak jauh atau waktu malam
- Bawa penumpang dengan kerap
- Tinggal di kawasan berisiko banjir
- Mahu elak gangguan kewangan besar bila berlaku kemalangan
Dengan sedikit bayaran tambahan, anda boleh elak kerugian besar bila situasi tak dijangka berlaku.
Penutup
Insurans tambahan seperti Personal Accident Cover ialah langkah bijak untuk lindungi bukan sahaja kereta, tapi juga nyawa dan kewangan anda. Jadi, semasa pembaharuan seterusnya, luangkan sedikit masa untuk semak dan pertimbangkan add-on yang sesuai — anda boleh buat semua ini dengan mudah melalui Bjak, tanpa sebarang urusan rumit atau kos tersembunyi.

Baca Juga:
Apa Jadi Kalau Pemandu Tiada Insurans?

