Skip to content
Home » Beza Insurans Konvensional dan Takaful – Ini yang Anda Kena Tahu!

Beza Insurans Konvensional dan Takaful – Ini yang Anda Kena Tahu!

    Seperti yang kita sudah sedia maklum, Takaful adalah satu pelan insurans patuh syariah dan berkonsepkan Islamik, manakala insurans konvensional pula adalah sebaliknya.

    Dalam urusan pembelian insurans, mungkin ada dalam kalangan kita yang masih keliru mengenai pelan perlindungan Insurans Konvensional dengan Takaful. 

    Justeru, di bawah ini merupakan 5 perbezaan antara pelan insurans konvensional dengan Takaful yang kami rasakan anda perlu tahu:

    INSURANS KONVENSIONALTAKAFUL
    Tertakluk kepada akta dan undang-undang kerajaan sahajaTertakluk kepada undang-undang Shariah dan undang-undang kerajaan
    Berdasarkan faktor risikoMenggunakan konsep kerjasama
    Premium hasil sumbangan pemegang insurans boleh dilabur dalam semua bentuk pelaburanDana pemegang Takaful hanya boleh dilaburkan dalam pelaburan patuh Shariah sahaja
    Mungkin mengandungi unsur riba’, gharar (ragu-ragu) dan masyir (judi)Bebas dari segala unsur riba’, gharar (ragu-ragu) dan masyir (judi)
    Risiko ditanggung oleh syarikat insurans sebaik sahaja bayaran dibuat oleh pemegang insuransMenggunakan konsep perkongsian risiko. Segala risiko ditanggung bersama oleh semua pihak di bawah perlindungan Takaful terbabit
    Perbezaan antara Insurans Konvensional dengan Takaful

    Apakah hukum umat Islam menyertai Insurans Konvensional?

    Berdasarkan daripada perbezaan-perbezaan yang dinyatakan di atas, ia menyatakan bahawa insurans konvensional mempunyai beberapa unsur yang dilarang oleh Islam iaitu unsur riba’, gharar (ragu-ragu) dan juga masyir (judi).

    Bagi umat Islam sendiri, mencari yang halal untuk dimakan atau digunakan adalah wajib dan merupakan suatu perkara yang difardukan oleh Allah.

    Justeru menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK), berdasarkan kepada keputusan mengenai perbahasan tentang status insurans konvensional, ia menyatakan bahawa secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah haram kerana ia mempunyai tiga unsur seperti yang telah dinyatakan di atas.

    Umat Islam wajib memilih yang halal

    Berdasarkan kepada keputusan mengenai status insurans konvensional, MJFK berpandangan, sebagai alternatif, umat Islam di Malaysia khususnya perlu mengambil produk-produk Takaful yang patuh syariah yang memberi tawaran untuk pelbagai jenis perlindungan mengikut syariah Islam.

    Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan). 

    Cari ejen Takaful yang sah

    Untuk yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful, pastikan dahulu ejen tersebut telah didaftarkan di bawah Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful Association MTA). Untuk mengetahui status ejen Takaful anda, semak sahaja status ejen berkenaan di laman web rasmi MTA bagi mengelakkan sebarang penipuan.

    Dalam pada itu, anda juga boleh mendapatkan perlindungan Takaful melalui Bjak. Dari hanya RM150/ sebulan, anda boleh mendapatkan pelan lengkap semua-dalam-satu buat diri anda mahupun keluarga.

    Layari Bjak sekarang untuk berhubung dengan ejen tanpa komisyen kami.

    Rujukan:

    Sumber 1