Skip to content
Home » Kenali Maksud Warna 5 Papan Tanda Ini Di Jalan Raya

Kenali Maksud Warna 5 Papan Tanda Ini Di Jalan Raya

    Maksud warna papan tanda

    Ketika sedang memandu, anda pasti perasan tentang pelbagai jenis warna papan tanda di bahu jalan raya. Setiap daripada papan tanda tersebut semestinya memberi makna dan arahan yang berbeza. Malah warna dan bentuk yang digunakan pada tanda keselamatan itu juga memberi maksud yang tersendiri.

    Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjtut!

    Jingga

    Papan tanda warna jingga

    Papan tanda berwarna jingga dengan tulisan hitam sering dilihat terutamanya pada jalan yang sedang diperbaiki atau dibina. 

    Jika anda melihat papan tanda ini, ia bermakna bahawa terdapat aktiviti penyelenggaraan/ pembinaan/ pembaikan pada jalan raya yang anda akan lalui beberapa meter dihadapan. 

    Papan tanda ini diletakkan supaya pemandu dapat berjaga-jaga ketika melalui laluan tersebut. Jangan memandu dengan laju jika anda nampak papan tanda ini bagi mengelak daripada berlakunya kemalangan.

    Merah

    Papan tanda berwarna merah

    Papan tanda berwarna merah diletakkan bagi memberi arahan awal kepada pengguna jalan raya. Antaranya adalah arahan untuk kurangkan laju, berhenti, kawasan kemalangan, dilarang memotong, dilarang masuk dan banyak lagi.

    Pada kebiasaannya, papan tanda merah berbentuk bulat dengan latar belakang putih.

    Biru

    Sering nampak papan tanda jalan raya dengan warna biru? 

    Papan tanda biru digunakan untuk lalu lintas jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran. Ia juga menunjukkan anda sedang memandu dalam laluan tanpa tol di atas jalan-jalan ini.

    Kuning

    Papan tanda kuning

    Papan tanda berwarna kuning digunakan sebagai papan tanda amaran yang mempunyai bentuk berlian dan warna hitam. Contohnya adalah papan tanda keluar ke kanan, awas, amaran kawasan tanah runtuh, persimpangan jalan, dan banyak lagi. 

    Jika anda melihat papan tanda ini, pastikan anda memperlahankan kenderaan dan berjaga-jaga ketika melaluinya.

    Hijau

    Papan tanda hijau menunjukkan bahawa anda sedang memandu dalam laluan bertol atau lebuh raya. Ia sering didapati atau digunakan untuk Sistem Lebuh Raya Malaysia.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: