Skip to content
Home » Kenapa Kereta Semput Bila Tekan Minyak?

Kenapa Kereta Semput Bila Tekan Minyak?

    Punca kereta semput

    Sebagai pemilik kereta, salah satu perkara yang mungkin atau sering hadapi adalah kereta terasa semput ketika menekan pedal minyak untuk memecut.

    Sebenarnya, terdapat beberapa punca yang menyebabkan ia berlaku. Untuk mengetahuinya, teruskan membaca artikel ini.

    Punca kereta semput

    Untuk makluman anda, terdapat banyak komponen dalam enjin yang menjadi penyebab kepada masalah kereta semput.

    Antaranya adalah:

    Tanda spark plug kereta rosak

    Spark plug rosak adalah penyebab paling biasa yang membuatkan kereta semput

    Masalah spark plug atau palam pencucuh yang sudah uzur dan rosak boleh menjadi punca paling biasa mengapa kereta anda boleh semput ketika ingin menekan minyak.

    Ini kerana apabila plug telah rosak, spark yang terhasil menjadi lemah dan seterusnya mengakibatkan pembakaran udara atau bahan api menjadi tidak sempurna.

    Tanda kabel spark plug bermasalah

    Semakin lama, kabel spark plug akan kehausan dan menyebabkan ia gagal berfungsi dengan baik

    Untuk pengetahuan anda, binaan dalaman kabel spark plug kebiasaannya diperbuat daripada serbuk karbon mampat. Semakin lama, kabel tersebut akan mengalami kehausan, kerosakan dan tidak mampu berfungsi pada tahap yang optima.

    Disebabkan itu, penghantaran voltan tinggi ke spark plug akan terganggu dan seterusnya mengakibatkan pembakaran udara atau bahan api menjadi tidak sempurna.

    Tanda kerosakan pada distributor

    Masalah berkaitan distributor adalah masalah yang sering berlaku tanpa mengira sama ada ia adalah distributor mekanikal mahupun elektronik. 

    Coil plug mungkin rosak

    Masalah ignition coil rosak sering terjadi. Apabila coil plug mulai bermasalah, maka ia menyebabkan spark yang terhasil pada plug akan terganggu. Ini seterusnya mengakibatkan pembakaran bahan api di dalam dalam silinder menjadi tidak sempurna.

    Air filter tersumbat

    Air filter yang tersumbat menyebabkan penggunaan bahan api meningkat

    Jika air filter atau penapis udara yang digunakan pada kereta anda sudah terlalu lama, maka ia akan menjadi tersumbat. Keadaan ini menyebabkan berlakunya peningkatan pada penggunaan bahan api.

    Penapis bahan api tersumbat

    Fuel filter yang sudah lama menyebabkan ia tersumbat dan seterusnya enjin kereta semput

    Penapis bahan api atau fuel filter yang sudah digunakan terlalu lama juga boleh mendatangkan masalah kerana ia boleh tersumbat dan secara tidak langsung menjadi salah satu punca mengapa kereta anda semput. 

    Fuel injector gagal berfungsi

    Kegagalan fungsi yang normal pada fuel injector boleh menyebabkan kereta anda semput. Antara penyebab-penyebab berkaitan kerosakannya adalah seperti kotor, tersumbat dan kesukaran membuka serta menutup injector itu sendiri.

    Moga bermanfaat

    Diharapkan perkongsian pada kali ini sedikit sebanyak dapat memberikan tambahan ilmu berkaitan kereta untuk anda.

    Untuk tahu lebih tips berkaitan automotif dan insurans kenderaan, sila ke laman blog Bjak yang menyediakan pelbagai info buat anda.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: