Skip to content
Home » Kereta Anda Bantu Polis Halang Penjenayah, Bolehkah Tuntutan Insurans Dilakukan?

Kereta Anda Bantu Polis Halang Penjenayah, Bolehkah Tuntutan Insurans Dilakukan?

    Kereta bantu polis halang penjenayah

    Pernah tak ketika sedang memandu, secara tiba-tiba anda terlihat satu situasi yang tidak dijangka – aksi kejar mengejar di antara polis dengan penjenayah yang cuba melarikan diri di jalan raya? Taktala melihat situasi itu, anda pula cuba untuk membantu pihak polis dengan menghalang kenderaan penjenayah itu daripada meloloskan diri sehingga berjaya ditangkap pihak berkuasa.

    Apabila bertindak demikian, kenderaan anda secara tidak langsung akan mengalami kerosakan seperti kemek, calar, cermin retak dan lain-lain. Jika ia berlaku, adakah anda boleh membuat tuntutan daripada syarikat insurans untuk memperbaiki kerosakan pada kereta anda itu?

    Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut. 

    Bolehkah anda tuntut insurans?

    YA, anda boleh membuat tuntutan daripada syarikat insurans bagi membaiki semula kerosakan pada kereta anda itu. 

    Namun, tuntutan jenis apakah yang boleh dilakukan? Ini jawapannya:

    Tuntutan Knock-for-Knock Own Damage (KFK-OD)

    Anda boleh buat tuntutan insurans KFK-OD bagi membaiki kerosakan pada kenderaan

    Untuk makluman anda, anda dibenarkan untuk membuat tuntutan Knock-for-Knock Own Damage (KFK-OD) daripada syarikat insurans yang melindungi kenderaan anda.

    Tuntutan jenis ini boleh dilakukan jika kemalangan tersebut bukan berlaku atas kesalahan anda sebagai pemilik kenderaan dan pihak yang melanggar anda itu memiliki perlindungan insurans kenderaan yang sah. 

    Dengan membuat tuntutan knock-for-knock ini, proses tuntutan insurans anda akan lebih cepat serta anda juga boleh menuntut ekses dan loss of use daripada syarikat insurans pihak lain. 

    Apakah syarat untuk membuat tuntutan insurans knock-for-knock?

    1. Anda pemegang polisi komprehensif
    2. Kenderaan pihak ketiga diinsuranskan dan dikenalpasti
    3. Kenderaan pihak yang melanggar anda bukan kenderaan yang digunakan untuk membawa penumpang untuk disewa seperti teksi, bas awam dan lain-lain.
    4. Kereta pihak ketiga bukan kenderaan yang diinsuranskan oleh syarikat insurans bukan Malaysia
    5. Tiada tuntutan kecederaan badan terlibat

    Adakah anda akan hilang kelayakan NCD?

    Tidak. Tuntutan KFK-OD tidak akan menjejaskan peratusan NCD anda. Ini kerana, pihak insurans anda akan menuntut semula daripada syarikat pihak ketiga (pihak yang melanggar anda). Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan bahawa:

    1. Anda membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalagan
    2. Memiliki perlindungan insurans yang masih aktif
    3. Menghubungi syarikat insurans serta-merta dalam tempoh 14 hari selepas kemalangan berlaku. 

    Berapakah jumlah tuntutan insurans yang layak diterima?

    Sama seperti tuntutan lain, nilai tuntutan yang layak diterima oleh anda adalah bergantung kepada jumlah perlindungan yang diambil ketika memperbaharui insurans tempoh hari, iaitu sama ada mengikut Nilai Yang Dipersetujui (Agreed Value) atau Nilai Pasaran (Market Value).

    Nilai yang Dipersetujui 

    Contoh:

    Ketika memperbaharui insurans, anda telah memilih jumlah yang diinsuranskan mengikut nilai dipersetujui iaitu RM50,000. Jadi untuk tuntutan ini, anda layak untuk menerima pampasan sehingga RM50,000 untuk kenderaan anda itu. 

    Nilai Pasaran

    Contoh:

    Ketika memperbaharui insurans, anda memilih untuk menginsuranskan kenderaan anda mengikut nilai pasaran, iaitu berjumlah RM50,000. Namun ketika kemalangan berlaku, nilai pasaran kereta anda pada waktu itu telah susut sebanyak 15%. Jadi, nilai pampasan yang anda layak terima bagi tuntutan itu adalah sebanyak RM42,500 sahaja.

    Fahami tuntutan insurans yang boleh anda lakukan

    Sebagai pemilik kenderaan, adalah sangat penting untuk anda mengetahui jenis-jenis tuntutan yang ada bagi memudahkan urusan anda. Contohnya, tuntutan knock-for-knock akan memberi lebih kemudahan kepada anda andai kata anda terlibat dalam kemalangan bersama pihak lain.

    Namun dalam pada itu, anda juga perlu memastikan bahawa kenderaan sentiasa dilindungi oleh pelan insurans terbaik bagi membolehkan tuntutan insurans dilakukan ketika keadaan mendesak. 


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: