Skip to content
Home » Kereta Dilanggar Dalam Parking, Bolehkah Anda Claim Insurans?

Kereta Dilanggar Dalam Parking, Bolehkah Anda Claim Insurans?

    Kereta dilanggar di parking

    Bayangkan, seharian anda seronok pergi shopping di mall. Bila waktu nak balik, tekan kunci kereta, tiba-tiba anda perasan terdapat kesan kemek pada bahagian pintu kereta. Kemeknya bukan sedikit ya, tetapi cukup untuk membuatkan anda sakit hati. Mana tidaknya, waktu datang tadi, kereta masih elok dan cantik lagi. Kereta anda dilanggar dalam parking rupanya. Memang spoil habis mood…

    Itulah orang kata, benda kalau nak jadi sekejap je. Macam kemalangan juga la. Kalau kita tahu siapa pelakunya okay lagi, kalau tak tahu? Anda rasa apa yang anda boleh buat? Boleh ke nak claim insurans untuk baiki ‘kecacatan’ pada pintu tu jika anda tidak tahu siapakah yang melakukannya?

    Untuk mengetahui tentang persoalan tersebut, teruskan membaca artikel ini. 

    Apa yang perlu dilakukan jika kereta dilanggar dalam parking?

    Langkah 1: Lihat dulu sekeliling, cari siapa yang langgar

    Bila situasi ini berlaku, perasaan yang pasti timbul dalam diri kita pastilah geram dan sakit hati bukan? Okay, memang difahami sangat sebab kereta tu kita jaga elok je, tapi tiba-tiba pula kena ‘hentam’ dengan orang. First of all, anda tarik nafas dulu dan cuba bertenang. Kemudian, cuba lihat di sekeliling kereta anda untuk cari ada tak sebarang nota atau nombor telefon ditinggalkan pelaku. Lihatlah di bahagian wiper atau pintu kereta ke, mana tahu ada diselitkan di mana-mana.

    Jika ada, anda dikira bernasib baik kerana ia mungkin boleh diselesaikan dengan cara baik dan anda boleh membuat tuntutan insurans daripada pelaku tersebut.

    Langkah 2: Tak jumpa pelaku?

    Anda sudah lihat sekeliling, tapi tiada sebarang nota mahupun nombor telefon yang ditinggalkan. Sah, ini diibarat macam kes ‘langgar lari’ lah. Bertenang dulu, jangan risau, Jika ia berlaku, anda sebenarnya masih selamat. Jika anda memiliki perlindungan insurans komprehensif untuk kenderaan anda itu, anda sebenarnya boleh membuat tuntutan insurans di bawah ‘No Fault Own Damage’ (NFODC) dari syarikat insurans anda. 

    Apakah itu tuntutan No Fault Own Damage?  

    Untuk makluman anda, tuntutan No Fault Own Damage merupakan tuntutan yang boleh dibuat oleh pemegang polisi komprehensif jika kemalangan/ kerosakan tersebut disahkan bukan berpunca atau dilakukan oleh pemilik kenderaan. 

    Ia hanya melindungi kenderaan anda seperti yang telah dinyatakan di dalam polisi, tidak termasuk pampasan seperti pampasan untuk taksiran masa pembaikan (CART) melainkan anda mempunyai perlindungan tambahan tersebut.

    Adakah ia akan memberi kesan kepada kadar NCD selepas tuntutan dibuat?

    Tidak, kadar NCD insurans kereta anda tidak akan terkesan dan masih akan kekal pada peratusan yang sama memandangkan ia bukan kesalahan anda. 

    Siapakah yang boleh membuat tuntutan No Fault Own Damage?

    Ia hanya layak untuk dituntut oleh pemegang polisi komprehensif sahaja.

    Apakah beza tuntutan No Fault Own Damage dengan tuntutan Own Damage?

    Sebenarnya, tidak banyak perbezaan di antara kedua-dua jenis tuntutan ini. Bezanya hanyalah anda tidak akan kehilangan NCD dengan tuntutan No Fault Own Damage, manakala dengan tuntutan Own Damage, NCD anda akan kembali ke angka sifar untuk pembaharuan insurans pada tahun berikutnya

    Langkah 3: Buat laporan

    Jangan tangguh, sila terus buat laporan kepada pihak polis dalam tempoh 24 jam setelah anda sedar tentang kerosakan pada kenderaan anda itu. Selesai membuat laporan polis, hubungi pula pihak insurans kereta anda dan maklumkan mengenai kejadian itu. Kemudian, hantar kereta ke bengkel. Namun ingat, pastikan kereta anda itu dihantar ke bengkel panel insurans anda untuk memastikan tuntutan insurans anda berjaya.

    Langkah 4: Ketahui kos baik pulih

    Pastikan kereta dihantar ke bengkel panel bagi memudahkan proses tuntutan

    Setiap bengkel panel akan mempunyai pelaras kerugian berlesen bebas (adjuster) yang ditugaskan untuk menilai segala kos kerosakan yang dialami dalam kenderaan terbabit. Adjuster ini kemudiannya akan mengeluarkan laporan kerugian bagi kenderaan yang rosak itu. Jadi, sila simpan laporan tersebut untuk rujukan pihak insurans. 

    Dalam pada itu, adjuster ini juga boleh membuat anggaran tempoh masa untuk kereta anda siap dibaiki. Jika anda mempunyai perlindungan tambahan CART, anda bolehlah membuat tuntutan daripada syarikat insurans sekali.

    Langkah 5: Jangan tangguh, buat tuntutan dengan syarikat insurans

    Selesai membuat langkah-langkah di atas, pastikan anda terus melapor atau membuat tuntutan kepada syarikat insurans kereta anda. Ini kerana, lebih lama anda tangguh, lebih lambat anda boleh menerima pampasan.

    Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan No Fault Own Damage:

    Sediakan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan insurans

    – Borang tuntutan

    – Salinan asal laporan polis

    – Salinan asal hasil laporan polis

    – Kad pendaftaran kenderaan terkini

    – Salinan kad pengenalan, lesen memandu dan polisi insurans

    – Resit bagi kos pembaikan

    – Gambar kerosakan kenderaan

    Jika anda masih tidak arif, terus sahaja hubungi syarikat insurans untuk memahami dan mengetahui prosedur yang perlu dilakukan berserta dokumen-dokumen yang perlu disediakan. 

    Dalam pada itu, anda turut diingatkan untuk sentiasa menghubungi bengkel kereta anda bagi mendapatkan perkembangan mengenai pembaikan kereta anda. Jangan ambil sikap sambil lewa okay!

    Beri perlindungan terbaik untuk kenderaan anda

    Sebagai pemilik kenderaan, anda pasti menyedari akan pelbagai risiko yang boleh berlaku, sebagai contoh kereta dilanggar dalam parking. Jadi untuk itu, silalah dapatkan perlindungan insurans yang terbaik seperti membeli polisi insurans jenis komprehensif untuk kereta anda. Andai kata kejadian seperti di atas berlaku, maka tuntutan insurans boleh dibuat dan anda tidak perlu mengeluarkan wang sendiri.

    Untuk mendapatkan pelan komprehensif kini tidak sukar. Anda boleh gunakan sahaja platform Bjak yang menyediakan 15 pilihan insurans terbaik untuk anda. Layari dulu Bjak dan dapatkan sebut harga percuma dalam hanya 3 minit. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: