Tak Tahu Tahap Perlindungan Insurans Yang Sesuai Untuk Kenderaan? Tanya Diri Anda 5 Soalan Ini

Segelintir pemandu masih belum tahu tahap perlindungan insurans yang sesuai untuk kenderaan mereka. Rujuk artikel ini jika anda salah seorang daripadanya.

Insurans Kereta

Written by:

Setiap pemilik kenderaan bermotor yang berdaftar di negara ini perlu memiliki perlindungan insurans kenderaan. Berbeza dengan insurans perubatan mahupun insurans nyawa, insurans kenderaan harus diperbaharui pada setiap tahun bagi memastikan roadtax boleh diproses dan diperoleh tanpa sebarang masalah.

Namun begitu ketika ingin mendapatkan insurans, ada yang ingin mendapatkan harga insurans paling murah tanpa memikirkan manfaat yang bakal diterima, sehingga menyebabkan kenderaan under-insured. Banyak risiko jika kenderaan diinsuranskan lebih rendah daripada harga pasaran ya. Rujuk perkongsian kami sebelum ini: Risiko Jika Anda Under-Insured Kereta untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenainya.

Sebenarnya, bagaimanakah cara untuk anda menentukan tahap perlindungan yang paling sesuai untuk kenderaan anda? Tolak tepi dahulu soal harga, ini lima persoalan yang perlu ditanya untuk membantu anda membuat keputusan terbaik dalam pembelian insurans kenderaan.

Insurans kenderaan terbaik boleh mengurangkan beban anda

Adakah saya layak untuk mendapatkan perlindungan komprehensif?

Kadang-kala, anda tidak mempunyai pilihan. Jika kereta anda sudah terlalu lama, contohnya berusia 15 tahun ke atas, syarikat insurans biasanya tidak lagi menawarkan perlindungan insurans jenis komprehensif untuk kenderaan anda. Pilihan yang ada hanyalah polisi insurans pihak ketiga, kecurian dan kebakaran (TPFT) ataupun polisi insurans paling asas iaitu polisi pihak ketiga sahaja. 

Jika anda tidak lagi layak untuk memperbaharui insurans dengan pelan komprehensif, maka cuba dapatkan perlindungan TPFT untuk kenderaan anda. Jika tidak layak juga, maka dapatkan sahaja polisi insurans pihak ketiga untuk kenderaan itu, asalkan ia dilindungi.

Setidak-tidaknya, anda tidak perlu terbeban dengan tuntutan daripada pihak ketiga jika menjadi penyebab kemalangan.

Nota: Insurans komprehensif wajib dibeli oleh pemilik kenderaan berusia 10 tahun ke bawah yang membeli kenderaan menggunakan pinjaman bank. 

Jenis-jenis polisi insurans

Apakah kegunaan kenderaan saya ini?

Berapa pentingnya kenderaan tersebut untuk kehidupan seharian anda? Adakah anda guna kenderaan tersebut untuk ke tempat kerja setiap hari, hanya digunakan ke kedai, hanya ‘perhiasan’ di rumah, untuk kegunanaan isteri/ adik/ anak dan lain-lain?

Ini persoalan penting yang perlu anda tanya diri anda. Jika kenderaan anda menjadi pengangkutan utama ke tempat kerja khususnya, maka sebaiknya dapatkan perlindungan terbaik dan menyeluruh selagi dibolehkan. Tambah perlindungan untuk windscreen dan bencana alam bagi memastikan kenderaan boleh dilindungi jika berlaku sesuatu.

Kenderaan anda kerap dipandu oleh orang lain? Letakkan nama pemandu tambahan (individu terbabit) ke dalam polisi anda itu supaya dia juga boleh dilindungi sekiranya berlaku sesuatu ketika sedang memandu kenderaan anda. Teman kerap menumpang kereta anda? Beli perlindungan liabiliti undang-undang kepada penumpang ke dalam polisi anda itu. 

Bergantung kepada bagaimana anda gunakan kenderaan tersebut dan apakah kekerapannya, anda nilaikanlah sendiri dan dapatkan perlindungan tambahan yang dirasakan perlu dan insuranskan kenderaan anda mengikut nilai yang tinggi, seperti yang selayaknya.

Jika berlaku sesuatu pada kenderaan, adakah saya sudah miliki tabung kecemasan untuk baiki kerosakan?

Perlu anda tahu dan fahami, satu-satunya polisi insurans yang akan melindungi/ membayar kos pembaikan kenderaan anda untuk kemalangan yang berpunca daripada diri sendiri adalah polisi insurans komprehensif sahaja. Jika anda memiliki polisi TPFT atau polisi pihak ketiga sahaja, maka anda perlu mengeluarkan wang anda sendiri untuk membayar kos pembaikan kereta jika kemalangan disebabkan oleh kecuaian anda. 

“Jika kenderaan saya mengalami kemalangan teruk, adakah saya mempunyai sumber kewangan untuk membayarnya menggunakan wang saya sendiri dahulu?” 

Perlu juga anda ingat, walaupun dengan perlindungan pihak pertama (polisi komprehensif), anda perlu tanya kepada diri sendiri soalan ini untuk menentukan berapa banyak ekses yang anda mampu. Ekses, atau deductible, merupakan amaun yang anda mesti bayar daripada poket anda sendiri sebelum boleh memfailkan tuntutan. Lebih tinggi ekses anda bayar, lebih rendah premium insurans yang dikenakan.

Apa yang saya tahu mengenai kenderaan ni?

Tayar pancit, kereta rosak, minyak habis. Kejadian-kejadian seperti ini tidak mustahil boleh berlaku kepada diri anda apabila sedang memandu. Jika ia berlaku, bolehkah anda selesaikannya sendiri atau perlu dapatkan bantuan khidmat tepi jalan (roadside assistance) daripada syarikat insurans?

Untuk tidak membuatkan anda pening kepala, sebaiknya anda mendapatkan pelan insurans yang menyediakan bantuan khidmat tunda dan khidmat bantuan tepi jalan di dalam polisi tersebut. Ini boleh memudahkan anda dan mengurangkan risiko anda perlu membayar servis daripada orang luar yang semestinya jauh lebih mahal. 

Bantuan tepi jalan

Nak bayar mahal sikit, tapi tenang, atau nak murah tapi kena tanggung risikonya sendiri nanti?

Bayangkan anda beli pelan insurans komprehensif, ditambah pula dengan beberapa perlindungan tambahan lain yang penting seperti perlindungan untuk windscreen dan bencana alam khususnya, maka anda tidak perlu begitu risau lagi jika ada apa-apa berlaku pada kenderaan anda. Memanglah agak mahal premium yang perlu dibayar ketika memperbaharui insurans, tapi kenderaan anda itu sudah memiliki perlindungan hampir menyeluruh. Lega kan?

Bandingkan pula jika ia rosak tanpa perlindungan insurans, kos yang anda perlu bayar menggunakan wang sendiri jauh lebih mahal. Siapa yang akan tanggung nanti? Anda juga kan? Jadi, buat penilaian bijak untuk perlindungan insurans kenderaan anda ya!


Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: