Skip to content
Home » Apa Jadi Kalau Kereta Hilang Tapi Ada Insurans Third Party?

Apa Jadi Kalau Kereta Hilang Tapi Ada Insurans Third Party?

    kecurian kereta dengan polisi 3rd party

    Kes kecurian kenderaan sememangnya membimbangkan dan ibarat mimpi ngeri buat mana-mana pemiliknya.

    Bahkan tahukah anda di Malaysia sahaja, berdasarkan data yang diumumkan oleh Lembaga Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia (VTREC), secara purata sebanyak 20 buah kenderaan dicuri dalam sehari pada tahun 2020!

    Jika ia berlaku, anda mungkin berpandangan bahawa tuntutan insurans boleh dilakukan bagi menanggung kerugian yang dialami. Namun, bagaimana pula jika anda hanya memiliki perlindungan insurans kereta third party pada ketika itu? Adakah tuntutan masih boleh dilakukan? Untuk ketahui dengan lebih lanjut, jom teruskan membaca artikel ini. 

    Kereta kena curi, bolehkah claim insurans?

    Pemilik insurans kereta third party tidak boleh membuat tuntutan sekiranya kenderaan dicuri

    Secara amnya, setiap pemilik kenderaan berhak untuk membuat tuntutan insurans bagi kes kehilangan kereta, namun ia tetap bergantung kepada jenis insurans kereta yang dimiliki pada ketika itu. 

    Tuntutan insurans boleh dilakukan bagi kehilangan kereta akibat dicuri jika pemilik kenderaan tersebut adalah pemegang polisi komprehensif atau polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian. 

    Hanya ada perlindungan insurans kereta third party

    Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, terdapat tiga jenis polisi insurans yang ada di pasaran iaitu polisi komprehensif (insurans kereta 1st party), polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian dan polisi insurans kereta third party. 

    Insurans kereta third party ini diketahui merupakan polisi yang paling asas dan harganya juga adalah yang paling murah. Sama seperti namanya, polisi ini hanya menyediakan perlindungan untuk pihak ketiga sekiranya anda terlibat dalam kemalangan (yang berpunca daripada anda). 

    Jadi berdasarkan daripada bentuk perlindungan yang diberikan, maka pemegang polisi 3rd party tidak akan dilindungi atau diberikan pampasan sekiranya kereta mereka dicuri. Ini kerana ia tidak termasuk dalam senarai perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat insurans. 

    Apa perlu anda lakukan sebaik sedar kereta dicuri?

    Segera lapor kepada polis 

    Jangan tangguh! Sebaik sahaja sedar kereta dicuri, tindakan pertama yang anda perlu lakukan adalah pergi ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kehilangan kereta anda. Ini akan membolehkan pihak polis untuk menjalankan operasi bagi membantu mencari kereta anda. 

    Semak perlindungan insurans kereta anda

    Selesai membuat laporan polis, terus cari dan periksa perlindungan insurans anda. Pastikan perlindungan insurans kereta anda masih aktif dan anda miliki polisi yang tepat, iaitu sama ada polisi komprehensif atau polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian bagi membolehkan anda untuk membuat tuntutan insurans.

    Jika insurans anda sudah tidak aktif atau polisi insurans anda hanya jenis 3rd party, maka malang untuk anda kerana tuntutan insurans tidak boleh dilakukan. 

    Hubungi syarikat insurans

    Segera hubungi syarikat insurans anda untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut. Anda akan diminta untuk mengisi borang tuntutan bersama dokumen-dokumen penting. Bagaimanapun, pihak syarikat insurans akan membuat ‘siasatan’ terhadap anda melalui adjuster mereka. Ini bagi mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana kereta anda boleh dicuri serta bagi mengelak daripada ditipu/ tuntutan palsu.

    Nota: Ada sebilangan kes individu melaporkan mengenai kehilangan kereta kerana sudah tidak mampu membayar pinjaman bank, sedangkan kereta tersebut disorok di suatu tempat. 

    Terus berhubung dengan syarikat insurans

    Sentiasa berhubung dengan syarikat insurans anda untuk mengetahui perkembangannya. Pada kebiasaan, tempoh pampasan bagi tuntutan insurans untuk kes kecurian kereta mengambil masa 6 bulan atau sehingga siasatan tamat. 

    Tunggu hasil siasatan daripada pihak polis & syarikat insurans

    Jika benar kereta anda sah dicuri dan siasatan mendapati tiada unsur yang meragukan, maka pihak insurans akan meneruskan proses tuntutan insurans anda. Pihak insurans akan membayar pampasan berdasarkan agreed value atau market value ketika anda memperbaharui insurans sebelum ini. 

    Dapatkan perlindungan insurans terbaik

    Perlindungan insurans kereta 3rd party tidak akan membolehkan anda untuk dibayar pampasan bagi kes kecurian kereta. Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk anda mendapatkan perlindungan insurans terbaik bagi kenderaan anda. Biar mahal sedikit, asalkan ia lebih dilindungi.

    Untuk mendapatkan pelan insurans terbaik, anda layari sahaja Bjak. Lebih 10 jenama insurans dengan perlindungan yang lebih luas dapat anda perolehi. Layari dulu Bjak untuk dapatkan sebut harga dalam hanya 3 minit.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: