Kereta Kemalangan Dengan Kenderaan Konvoi Iringan Pihak Berkuasa, Bolehkah Claim Insurans?

Tahu sama ada tuntutan insurans boleh dilakukan atau tidak jika terbabit kemalangan dengan kenderaan konvoi iringan polis

Insurans Kereta

Written by:

Ketika sedang memandu, secara tiba-tiba anda didatangi oleh beberapa buah kenderaan dari belakang. Kenderaan itu merupakan kenderaan berkonvoi diiringi oleh pihak berkuasa.  

Namun malang buat anda, kereta yang sedang dipandu anda itu terlibat dalam kemalangan dan dilanggar oleh salah satu kenderaan dalam konvoi tersebut. Jika ia berlaku, bolehkah anda membuat tuntutan insurans bagi membaiki kerosakan? Ke atas siapakah tuntutan boleh lakukan?

Jom teruskan membaca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut. 

Claim insurans untuk kereta kemalangan dengan kenderaan konvoi

kemalangan dengan kenderaan konvoi

Untuk makluman, ya, anda boleh membuat tuntutan insurans jika situasi contoh di atas berlaku terhadap anda. 

Namun persoalannya, terhadap siapakah tuntutan boleh dibuat?

Menurut jurucakap Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), jika anda terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan polis (yang sedang berkonvoi), maka tuntutan insurans perli dibuat ke atas insurans pemilik kenderaan persendirian yang diiringi oleh pihak berkuasa ketika kejadian dan tidak membabitkan mana-mana kenderaan milik kerajaan. 

“Secara kebiasaan ia akan dibuat bergantung kepada rundingan atau budi-bicara di antara pemandu kenderaan persendirian dengan pemandu kenderaan polis terbabit.

“Bagaimanapun pemandu kenderaan persendirian boleh membuat tuntutan ke atas kenderaan milik persendirian yang sedang diiringi pihak berkuasa dalam apa-apa situasi bergantung kepada kesalahan ketika kejadian kemalangan itu berlaku,” katanya memetik laporan

Katanya lagi, kemalangan membabitkan kenderaan persendirian dengan kenderaan milik kerajaan yang berada dalam situasi kecemasan seperti kawalan pihak polis membawa orang kenamaan, ambulans, bomba serta jabatan penguatkuasaan lain, secara kebiasaan akan dituntut berdasarkan insurans pemilik kenderaan persendirian.

Ini memandangkan penggunaan kenderaan kerajaan yang dalam situasi kecemasan ini akan menggunakan siren dan seharusnya diberikan keutamaan oleh mana-mana pemandu.

Bagaimana pula jika terlibat kemalangan dengan kenderaan lain akibat laluan konvoi?

Selain situasi di atas, anda mungkin terfikir bagaimana pula jika kemalangan berlaku di antara kenderaan anda dengan kenderaan persendirian lain akibat laluan konvoi iringan polis atau mana-mana kenderaan pihak berkuasa lain? Terhadap siapakah tuntutan boleh dibuat?

Menjelaskan mengenai persoalan itu, jurucakap PIAM dalam laporan yang sama menyatakan bahawa tuntutan insurans akan dibuat secara normal berdasarkan situasi kejadian kemalangan.

Dengan kata lain, anda boleh membuat tuntutan pihak ketiga ke atas kenderaan yang melanggar anda (jika bukan anda yang melanggar), atau pihak lagi satu boleh membuat tuntutan terhadap anda (jika anda yang didapati bersalah).

Elak terbabit kemalangan jalan raya

Tidak salah jika kita bertimbang rasa di antara satu sama lain ketika sedang memandu. Ia bukan sahaja boleh mengelakkan kemalangan, bahkan juga boleh melancarkan lagi trafik di jalan raya.


Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: