Skip to content
Home » Kereta Terbalik Gara-Gara Terlanggar Tapir

Kereta Terbalik Gara-Gara Terlanggar Tapir

    Kemalangan dengan haiwan

    Di Jelebu, pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera selepas kereta yang dinaiki mereka melanggar bangkai tapir dan terbalik di Jalan Kuala Klawang-Simpang Pertang kira-kira jam 7.50 pagi 7 Februari lalu.

    Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, Mohd Fazzil Mohd Yunus seperti memetik laporan, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 60 tahun (pemandu) dan dua wanita berusia 20 tahun (penumpang). Mangsa cedera di muka manakala seorang wanita mengalami patah kaki.

    Kata Mohd Fazzil, tapir tersebut dianggarkan seberat 100 kilogram dan dipercayai telah dilanggar lori sebelum itu.

    Bolehkah anda claim insurans jika terlanggar binatang?

    Anda boleh membuat tuntutan kerosakan sendiri jika terbabit kemalangan dengan haiwan

    Kejadian ini boleh berlaku pada bila-bila masa ketika memandu apatah lagi di tempat yang berisiko

    Jika anda mengalami kemalangan dengan haiwan ketika sedang memandu, maka ya, anda boleh membuat tuntutan insurans. Namun ada syaratnya, iaitu anda perlulah memiliki polisi insurans komprehensif

    Tuntutan anda itu perlu dibuat di bawah tuntutan kerosakan sendiri (own damage) yang mana ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kadar NCD semasa anda. 

    Ini kerana untuk makluman anda, syarikat insurans tidak menyediakan perlindungan khas / tambahan untuk tuntutan insurans jika anda terlanggar haiwan di atas jalan raya. Justeru, selepas tuntutan dibuat, NCD anda akan kembali ke angka sifar dan insurans akan menjadi mahal pada tahun berikutnya.

    Bagaimanakah cara membuat tuntutan?

    Cara atau proses untuk anda membuat tuntutan insurans akibat terlanggar haiwan adalah sama seperti tuntutan yang lain

    Yang penting, sediakan dokumen-dokumen seperti salinan kad pengenalan, laporan polis, gambar kondisi kereta seperti yang dilampirkan dalam laporan polis, polisi insurans dan salinan lesen memandu anda. 

    Berhati-hati ketika memandu

    Ketika memandu, pastikan anda sentiasa berwaspada dengan sebarang kehadiran haiwan liar yang akan melintasi jalan raya tersebut bagi mengelakkan kemalangan.

    Pandu ikut kelajuan yang disarankan. Jangan abaikan papan tanda amaran haiwan melintas untuk keselamatan anda, haiwan liar dan pengguna jalan raya yang lain.

    Dalam pada itu, pastikan juga kenderaan anda memiliki perlindungan insurans terbaik seperti polisi insurans komprehensif. Ini bagi membolehkan anda boleh membuat tuntutan jika kemalangan seperti ini berlaku pada kenderaan anda. 

    Untuk mendapatkan pelan komprehensif terbaik, anda boleh dapatkan sahaja secara mudah di Bjak. Lebih 15 pilihan disediakan untuk anda lakukan perbandingan. Minta sebut harga percuma dalam hanya 3 minit hari ini jika insurans kereta anda sudah hampir tamat tempoh.