Skip to content
Home » 4 Kesilapan Mudah Ketika Renew Insurans Kereta 

4 Kesilapan Mudah Ketika Renew Insurans Kereta 

    renew insurans kereta

    Proses renew insurans kereta mungkin nampak mudah, namun jika tidak kena caranya, ia mungkin boleh menyebabkan kerugian buat pemilik kenderaan. 

    Pada artikel ini, Bjak akan kongsikan kepada anda beberapa jenis kesilapan yang perlu anda elak lakukan bagi mengurangkan risiko kerugian bukan sahaja dari segi wang ringgit, bahkan juga manfaatnya.

    Tidak bandingkan insurans kereta

    Tahukah anda? Salah satu tips paling penting dan sangat berguna bagi mendapatkan insurans terbaik pada harga yang rendah adalah dengan membuat perbandingan insurans kereta.

    Perbandingan itu sebaiknya dilakukan dengan lebih 5 jenama insurans supaya anda boleh:

    • Menilai setiap manfaat dan bentuk perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat insurans tersebut
    • Membandingkan jumlah perlindungan (sum covered) yang diberi dengan premium yang ditawarkan
    • Mengenalpasti harga untuk perlindungan tambahan yang anda ingin miliki – contohnya untuk windscreen, banjir dan sebagainya
    • Menilai manfaat-manfaat percuma yang diberikan
    • Mendapatkan harga insurans mengikut bajet anda

    Perbandingan insurans sebenarnya boleh dilakukan dengan mudah, tanpa perlu kunjungi setiap satu platform insurans yang ada. Contohnya, anda boleh gunakan sahaja Bjak yang menyediakan 18 jenama insurans dalam satu platform dan membolehkan anda untuk buat perbandingan sekaligus dalam satu masa!

    Apa yang lebih menarik, menerusi perbandingan yang dilakukan di Bjak, anda sebagai pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan penjimatan sehingga RM500!

    Renew insurans yang sama setiap tahun

    Boleh dikatakan, ramai pemilik kenderaan lebih selesa untuk renew insurans kereta yang sama pada setiap tahun. Cara ini sebenarnya agak merugikan anda ya! Ini kerana, insurans yang anda miliki itu mungkin tidak memberikan harga yang terendah di pasaran. Bahkan, manfaat yang anda terima juga mungkin bukannya terbaik patut anda miliki. 

    Sebaliknya, cuba dapatkan perlindungan daripada syarikat insurans lain yang ada di luar sana. Ini kerana, anda mungkin akan ditawarkan diskaun (sebagai pelanggan kali pertama), atau bahkan menerima manfaat-manfaat percuma lain yang mungkin tidak pernah ada dan diberikan di dalam polisi insurans kereta anda sebelum ini. 

    Berlebih-lebihan dalam mendapatkan perlindungan tambahan

    Ya, betullah kata orang kononnya lebih banyak perlindungan, lebih bagus dan selamat. Namun, anda perlu berfikir secara logik ya. Tidak perlulah sehingga ambil semua perlindungan tambahan yang ditawarkan semata-mata untuk memastikan kereta anda miliki insurans yang terbaik.

    Hanya ambil yang perlu sahaja. Contoh perlindungan yang patut ada bagi setiap kereta adalah perlindungan untuk windscreen dan juga bencana alam (peril khas).

    Sebaliknya, anda tidak perlulah ambil coverage lain contohnya untuk aksesori kereta, jika anda tidak bercadang untuk upgrade aksesori kereta anda kepada yang lebih mahal dan canggih.

    Nilai dulu keperluan kereta anda. Kemudian, barulah pilih insurans tambahan tersebut. Anda kena ingat ya, makin banyak perlindungan tambahan yang anda ambil, maka lebih mahallah premium yang anda kena bayar nanti tau!        

    Tersalah isi maklumat

    Dalam apa jua keadaan sekalipun, pastikan setiap maklumat yang anda isi dan bakal dicetak di dalam polisi insurans anda adalah tepat. 

    Juga, jangan menipu semata-mata kerana ingin cuba mendapatkan insurans pada harga yang murah. Ini kerana andai kata anda perlu lakukan tuntutan insurans di kemudian hari, permohonan tuntutan itu kemungkinan besar akan ditolak bahkan anda juga tidak berhak untuk mempertikaikannya lagi memandangkan ia adalah 100% kesalahan anda.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: