Skip to content
Home » Boleh Ke Nak Klaim Insurans Kereta Kalau Terlanggar Tiang Lampu Isyarat?

Boleh Ke Nak Klaim Insurans Kereta Kalau Terlanggar Tiang Lampu Isyarat?

    langgar lampu isyarat - cover

    Pernahkah anda terfikir apa yang perlu dilakukan jika anda secara tidak sengaja melanggar tiang lampu isyarat dengan kereta anda?

    Dalam situasi itu, bolehkah anda klaim insurans kereta anda untuk menampung kerosakan pada kereta anda, atau adakah anda perlu menanggung sendiri semua kos pembaikan? Untuk menjawab persoalan itu, baca artikel ini dengan lebih lanjut.

    Boleh ke nak tuntut insurans jika terlanggar tiang lampu isyarat?

    Jawapannya adalah boleh. Bergantung pada polisi insuran kereta anda, anda boleh membuat tuntutan insurans jika anda melanggar tiang lampu isyarat dengan kereta anda.

    Anda hanya boleh menuntut kerosakan jika anda memiliki polisi insurans yang komprehensif. Anda boleh menuntut kerosakan di bawah Tuntutan Kerosakan Sendiri jika kereta anda melanggar objek di jalan seperti tiang lampu isyarat, pokok dan pembahagi jalan.

    Kesan kepada NCD anda

    Untuk makluman, jika anda menuntut Tuntutan Kerosakan Sendiri, annda akan kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda.

    Andaikan bahawa kadar NCD anda sekarang ialah 55%, selepas anda tuntut insurans, kadar NCD anda akan kembali menjadi 0%. Ini akan menyebabkan harga premium insurans anda menjadi tinggi semasa anda nak buat pembaharuan yang seterusnya.

    Macam mana nak buat tuntutan kerosakan sendiri?

    Langkah-langkah untuk membuat tuntutan kerosakan sendiri adalah seperti berikut:

    1. Hubungi syarikat insurans anda untuk memaklumkan mereka tentang kemalangan dalam tempoh 7 hari selepas kemalangan. Jika kereta anda rosak teruk, hubungi talian hotline insurans anda untuk mendapatkan bantuan kecemasan.
    2. Segera buat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.
    3. Hantar kereta anda ke bengkel panel untuk pemeriksaan. Sekiranya anda menghantarnya ke bengkel bukan panel, ini mungkin merumitkan proses tuntutan insurans dan mungkin meningkatkan kos pembaikan.
    4. Sediakan dan serahkan kepada syarikat insurans anda dokumen yang diperlukan seperti berikut:
    1. Borang tuntutan
    2. Laporan polis (asal)
    3. Kad pengenalan (salinan)
    4. Lesen memandu (salinan)
    5. Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) (salinan)

    5. Semak dengan syarikat insurans anda tentang bahagian kenderaan yang dibaiki atau diganti oleh bengkel panel.

    6. Tandatangan borang pelepasan kenderaan setelah anda berpuas hati dengan kerja pembaikan.

    Macam mana pula jika orang lain yang langgar tiang lampu isyarat guna kereta anda?

    Jawapannya ya, boleh. Anda masih boleh menuntut kerosakan di bawah tuntutan kerosakan sendiri, dengan syarat anda memiliki polisi insurans yang komprehensif.

    Walau bagaimanapun, jika pemandu bukan pemandu yang dinamakan dalam polisi insurans anda, anda perlu membayar lebihan wajib sebanyak RM400.

    Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai perlindungan pemandu yang dinamakan dan semua perlindungan pemandu dalam artikel kami yang lalu.

    Dapatkan perlindungan yang mencukupi untuk kereta anda

    Pemandu berisiko mengalami kemalangan kerana pemandu lain atau kesalahan mereka sendiri. Oleh itu, dapatkan perlindungan yang mencukupi untuk melindungi diri anda dan kereta anda dengan lebih baik.

    Tambah perlindungan pilihan atau tambahan pada polisi insurans kereta anda berdasarkan risiko dan penggunaan kereta anda. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang perlindungan tambahan insurans kereta dalam artikel kami yang lain.

    Selain itu, pastikan insurans kereta anda aktif sepanjang masa. Jika ia akan tamat tempoh tidak lama lagi, perbaharui insurans anda segera. Anda boleh gunakan Bjak untuk perbaharui insurans kenderaan anda. Bjak menawarkan 18 jenama insurans terkemuka di Malaysia. Sebut harga insurans hanya perlukan 3 minit sahaja untuk anda dapat. Dapatkan maklumat lanjut dengan hanya klik butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: