Skip to content
Home » Ini Cara Nak Tuntut Insurans Kereta Untuk Kes Kecurian

Ini Cara Nak Tuntut Insurans Kereta Untuk Kes Kecurian

    insurans kecurian - cover

    Kes kecurian kenderaan di Malaysia dilaporkan semakin meningkat. Statistik daripada Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) melaporkan bahawa sebanyak 2,966 kes kecurian, terdiri daripada motosikal, kereta dan kenderaan komersial pada 2022 dilaporkan berlaku di Malaysia. Angka tersebut dilihat melonjak dari tahun sebelumnya, iaitu sebanyak 2,658 kes. Kecurian boleh membebankan kebanyakan orang kerana ia akan menyebabkan kekangan kewangan yang tidak diingini.

    Jadi, menyediakan payung sebelum hujan itu adalah penting kerana perkara itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Selain daripada meningkatkan keselamatan kenderaan anda melalui cara lain, mendapatkan insurans kenderaan untuk kecurian adalah satu lagi alternatif yang ada untuk anda mengelakkan daripada menghadapi masalah kewangan di kemudian hari. Justeru daripada itu, mari kami kongsikan langkah-langkah untuk memfailkan tuntutan kecurian serta jawapan bagi soalan-soalan lazim untuk membantu anda memahami segala prosesnya.

    Siapa yang layak untuk tuntutan ini?

    Walaupun kecurian boleh berlaku kepada sesiapa, malangnya tidak semua pemegang polisi atau mangsa layak untuk tuntutan insurans kecurian. Anda hanya boleh mengemukakan tuntutan kecurian jika:

    a) Anda memiliki polisi insuran kereta yang komprehensif

    b) Anda mempunyai perlindungan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian (TPFT).

    Selain daripada keperluan ini, polisi mesti aktif untuk menyerahkan tuntutan dengan jayanya. Jika polisi telah tamat tempoh, ia perlu diperbaharui sebelum boleh mengemukakan tuntutan.

    Prosedur tuntutan kecurian kenderaan

    Tuntutan untuk kecurian boleh menjadi suatu perkara yang menjengkelkan kerana ia akan memakan masa daripada jenis tuntutan insurans lain. Jika kereta anda telah dicuri, ikuti langkah di bawah untuk memfailkan tuntutan dengan pembekal insurans anda:

    1. Pergi ke balai polis berhampiran untuk melaporkan kejadian dengan segera.
    2. Berikan maklumat lengkap tentang kenderaan yang dicuri dan butiran lain mengenai kejadian itu.
    3. Setelah laporan dibuat, hubungi syarikat insurans anda untuk memaklumkan mereka tentang kecurian.
    4. Isi borang tuntutan dan sediakan dokumen lain yang diperlukan (rujuk di bawah).
    5. Serahkan borang tuntutan dan dokumen kepada syarikat insurans anda dalam masa 7 hari selepas kecurian.

    Dokumen yang diperlukan untuk prosedur tuntutan:

    • Borang tuntutan insurans yang telah diisi
    • Salinan laporan polis
    • Salinan Kad Pengenalan atau Kad Pendaftaran Perniagaan
    • Salinan lesen memandu
    • Salinan Sijil Pendaftaran Kenderaan

    Kalau hanya bateri yang dicuri macam mana?

    Kehilangan bateri ini adalah antara kes kecurian yang sering kali dilaporkan berlaku dalam sesebuah kenderaan kerana ia adalah antara barangan yang berharga untuk dijual. Jika anda menghadapi kes ini, anda mungkin akan tertanya-tanya sama ada anda boleh menuntut insurans atau tidak bukan? Jawapan ringkas kepada persoalan itu adalah ya, anda boleh tuntut insurans dengan syarat insurans kereta anda ialah insurans pihak pertama.

    Di bawah polisi ini, syarikat insurans anda mungkin melindungi kehilangan bateri akibat kecurian serta kerosakan lain pada kenderaan. Walau bagaimanapun, semak dengan syarikat insurans anda jika mereka boleh melindungi bateri yang dicuri untuk kereta anda. Seterusnya, tentukan kos penggantian bateri baharu dan dapatkan sebut harga untuk pembaikan lain. Bandingkan jumlah itu dengan potongan insurans kereta anda untuk memutuskan sama ada ia berbaloi untuk memfailkan tuntutan insurans.

    Jika amaun boleh ditolak dalam polisi komprehensif anda lebih tinggi daripada kos menggantikan bateri, ia mungkin tidak berbaloi untuk memfailkan tuntutan insurans, kerana ia boleh menjejaskan kadar insurans NCB anda , yang seterusnya mempengaruhi premium insurans kereta untuk tahun berikutnya.

    Perbaharui insurans yang betul

    Kecurian kenderaan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jadi, sentiasalah lindungi diri anda dengan mendapatkan polisi insurans yang terbaik untuk kereta anda. Polisi komprehensif merangkumi pelbagai kerosakan pada kenderaan anda, salah satunya adalah kecurian.

    Jika anda belum mempertimbangkan untuk mendapatkan polisi komprehensif atau TPFT untuk kereta anda, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mempertimbangkan semula pilihan itu. Perbaharui polisi anda dengan mudah di Bjak dan pilih perlindungan terbaik daripada jenama insurans terkemuka di Malaysia. Klik butang di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: