Skip to content
Home » Letak Kereta di Kawasan Terbuka? Ini Tips Elak Kereta Terlalu Bahang 

Letak Kereta di Kawasan Terbuka? Ini Tips Elak Kereta Terlalu Bahang 

    Tips elak kereta terlalu bahang

    Anda tiada pilihan selain perlu memakirkan kereta di tempat terbuka setiap hari? Bila dah masuk kereta pula, keadaan panas dan bahang. Confirm tak selesa kan?

    Untuk pengetahuan anda, suhu di dalam kereta yang ditinggalkan di bawah sinaran cahaya matahari adalah lebih panas berbanding suhu di luar. Suhunya boleh mencecah sehingga 50 darjah celcius walaupun cuaca di luar hanya sekitar 32 darjah celcius!

    Mengapa?

    Ini kerana apabila cahaya matahari memancar terus menerusi cermin kereta, bahagian dalaman kereta seperti kerusi akan meresap haba tersebut dan membuatkan bahagian dalaman kereta menjadi lebih bahang.

    5 Tips elak kereta terlalu bahang

    Justeru itu, bagi mengelakkan anda daripada perlu berdepan dengan situasi yang kurang menyenangkan sebaik sahaja masuk kereta, di sini Bjak kongsikan beberapa cara untuk anda mengelakkan dalaman kereta anda menjadi terlalu bahang.

    Buka flap aircond

    Airflop aircond biasanya akan ditutup ketika memandu, namun jika parkir di tempat terbuka anda boleh mengaktifkannya

    Pada kebiasaannya apabila kita memandu dalam keadaan aircond dibuka dan tingkap tertutup, kita akan menutup flap aircond. Ini bagi memastikan udara sejuk dapat berkitar di dalam kereta saja dan mengekalkan suasana yang sejuk dan nyaman.

    Namun, jika anda parkirkan kereta di tempat terbuka dan di bawah cuaca yang terik, anda dinasihatkan untuk membuka flap aircond tersebut bagi mengurangkan bahang. Apabila flap aircond dibuka, udara dari luar akan keluar masuk melalui lubang aircond dan seterusnya mengurangkan suhu yang panas di dalam kereta.

    Peringatan: Pastikan anda menggunakan/ membuka flap aircond ketika parking sahaja kerana jika anda menggunakan ketika memandu, udara di dalam kereta anda akan kurang sejuk.

    Turunkan tingkap

    Anda digalakkan untuk menurunkan sedikit sahaja tingkap kereta anda ketika parkir bagi mengelakkan kereta menjadi terlalu panas. Melalui ruang udara yang terbuka itu, ia boleh digunakan sebagai laluan keluar masuk udara agar udara panas tidak terperap di dalam kereta. 

    Ingat, jangan turunkan tingkap terlalu luas kerana ia berbahaya untuk kereta dan berisiko untuk dipecah masuk.

    Pelindung matahari

    Pelindung matahari boleh mengelak cahaya matahari dari menembusi terus ke dalam kereta

    Cara ini mungkin digunakan oleh ramai pemandu. 

    Ya, pelindung matahari merupakan salah satu cara yang boleh digunakan bagi mengelakkan kereta menjadi terlalu bahang. Pelindung matahari diletakkan pada cermin kereta bagi menghalang gelombang haba panas yang dipancarkan melalui matahari supaya tidak menembusi cermin kereta.

    Ketika meninggalkan kereta (terutama untuk jangka masa yang panjang), letakkan sahaja pelindung matahari ini pada bahagian cermin kereta anda. 

    Tinted tingkap kereta

    Penggunaan cermin gelap mampu mengurangkan kadar sinaran matahari yang menembusi cermin

    Penggunaan cermin gelap (tinted) kini dianggap sebagai suatu keperluan terutama dalam cuaca panas terik di Malaysia. Penggunaan cermin gelap mampu mengurangkan kadar sinaran matahari yang menembusi cermin, sekaligus mengurangkan suhu di dalam kereta.

    Walau bagaimanapun, anda perlu ingat ya bahawa ia menjadi suatu kesalahan jika anda tidak mengikut peraturan penggunaan cermin gelap seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

    Peraturan penggunaan cermin gelap

    Alas tempat duduk dan stereng

    Salah satu sebab kereta menjadi bahang adalah kerana kebanyakan tempat duduk dan stereng diperbuat daripada bahan yang menyerap haba. 

    Jadi sebelum meninggalkan kereta, anda alaskan dahulu tempat duduk dan stereng kereta anda. Anda boleh gunakan baju atau tuala supaya sinaran matahari tidak memancar terus ke arah tempat duduk dan stereng kereta anda. 

    Moga bermanfaat!

    Jika anda terpaksa meletakkan kereta di kawasan yang terik, maka anda bolehlah gunakan tips-tips yang dikongsikan di atas. Ia bagi memastikan anda boleh terus masuk kereta dalam keadaan yang sedikit selesa dan mengelakkan dalaman kereta anda daripada menjadi terlalu bahang.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.