Sebagai pemilik kereta, antara perkara yang sering menjadi isu adalah masalah mengenai pelekat cukai jalan. Mana tidaknya, ramai yang merungut menyatakan ia tidak berkualiti sehingga mampu menjejaskan kondisi cermin kereta, bahkan pelekat cukai jalan itu sendiri mudah rosak mahupun terkoyak.
Mengambil maklum mengenai rungutan masyarakat, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata isu itu dijangka akan diselesaikan dalam tahun ini.
Akan ada perubahan
Menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasminya, Loke memaklumkan bahawa perkara itu memang dalam pemerhatian pihaknya dan satu perubahan besar akan dilaksanakan tahun ini.
“Saya tahu ramai orang mengadu berkenaan sticker cukai jalan yang kurang berkualiti. Perkara itu memang dalam perhatian kami dan satu perubahan besar bakal dilaksanakan dalam tahun ini.
“Sebarang pelaksanaan inisiatif baru akan dirancang dengan rapi dan saya akan membuat pengumuman apabila persediaan sepenuhnya telah dibuat,” katanya dalam kenyataan itu.
Perkara itu dinyatakan Loke selepas mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Jabatan Pengangkutan Jalan (JP), semalam.
Apa nak buat jika cukai jalan rosak?
Jika anda sedang menghadapi masalah sama, iaitu cukai jalan rosak sehingga tidak boleh ditampal pada cermin kereta, jangan risau kerana ada caranya untuk mendapatkan yang baru semula.
Proses untuk mendapatkan salinan baru cukai jalan atau roadtax ini tidaklah rumit malah senang sahaja. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendapatkan semula roadtax yang telah rosak ataupun hilang.
- Pemilik hadir ke mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berhampiran
- Isi Borang K (Salinan/ Gantian Perakuan Pendaftaran Kenderaan atau Salinan/ Gantian Lesen Kenderaan Motor atau Salinan Lesen Perdagangan Kenderaan Motor)
- Serahkan Borang K di kaunter dan tunjukkan kad pengenalan. Cap ibu jari akan diambil.
- Selesaikan pembayaran denda sebanyak RM50 (kereta).
- Permohonan akan diproses dan roadtax kenderaan anda yang baru akan dicetak melalui kaunter JPJ.
Moga bermanfaat!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: