“Bunyi hon kereta saya kedengaran lemah bahkan semakin senyap dari hari ke hari. Kenapa jadi macam ni ya? Adakah terdapat sebarang cara untuk menyelesaikan masalah ini?”
Hon kereta merupakan salah satu elemen penting dalam sistem isyarat kereta. Hon kereta digunakan untuk menghantar “mesej” kepada kenderaan lain di jalan raya, sama seperti lampu signal.
Walau bagaimanapun, hon kereta anda boleh menjadi lemah selepas beberapa lama tempoh penggunaan. Bunyi hon yang lemah boleh menjadi punca kemalangan dan menyebabkan berlakunya situasi lalu lintas yang kurang selamat.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa punca yang menyebabkan bunyi hon kereta menjadi lemah serta cara untuk memperbaikinya.
Mengapa bunyi hon kereta lemah?
Setiap bahagian atau komponen pada kereta pasti ada jangka hayatnya yang tersendiri. Hon kereta boleh bertahan dari tempoh 6 hingga 10 tahun. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada tahap penggunaan.
Bagaimana anda boleh tahu hon kereta anda perlu diganti? Sebenarnya, anda boleh ketahuinya apabila mendapati hon kereta anda tidak lagi berfungsi seperti biasa malah turut menghasilkan bunyi yang tidak kuat atau lemah.
Apa yang menyebabkan bunyi hon menjadi lemah?
Jika hon kenderaan anda mula mengeluarkan bunyi yang lemah, ia mungkin disebabkan oleh beberapa isu di bawah ini:
Fius rosak
Periksa kotak fius untuk melihat sama ada fius hon telah rosak atau tidak. Anda boleh menemuinya sama ada di bahagian dalam panel kereta atau di bawah hud.
Kotak fius mungkin rosak kerana – masalah pada pendawaian atau litar pintas. Fius yang telah rosak mungkin menghalang kuasa elektrik untuk mengalir, lantas menyebabkan hon mengeluarkan bunyi yang lemah.
Jika anda tidak pasti, anda boleh rujuk pada manual untuk mencari lokasi kotak fius anda.
Clock spring rosak
Apabila clock spring rosak, ia boleh menyebabkan hon berbunyi lemah atau bahkan tidak mengeluarkan bunyi sama sekali. Dalam sesetengah kes, clock spring yang rosak juga boleh menyebabkan hon berbunyi tersekat-sekat.
Jika anda mengesyaki clock spring kereta anda bermasalah, sila baikinya dengan segera. Selain akan menghalang hon kereta anda daripada mengeluarkan bunyi dengan nada yang sepatutnya, clock spring yang rosak juga boleh membahayakan anda.
Masalah pendawaian
Salah satu penyebab hon mengeluarkan bunyi yang lemah boleh juga berpunca daripada masalah pendawaian. Jika pendawaian sudah lama atau longgar, ia mungkin tidak dapat membawa elektrik yang mencukupi untuk menghidupkan hon.
Hon rosak
Akhir sekali, sebab hon anda tidak berfungsi mungkin disebabkan oleh hon itu sendiri yang rosak sehingga tidak dapat mengeluarkan bunyi yang kuat.
Bagaimana untuk membaiki hon kereta yang lemah?
Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh anda ambil untuk membaikinya.
- Periksa kotak fius untuk melihat sama ada fius untuk hon telah rosak. Gantikan fius dengan yang baru jika ia sudah tidak boleh digunakan lagi.
- Periksa geganti hon
- Periksa wayar dan punca untuk arus dan voltan
Walau apa pun masalahnya, terdapat banyak cara yang boleh membantu membaiki hon kenderaan anda. Walau bagaimanapun, langkah yang tepat mungkin berbeza-beza bergantung pada jenis hon dan tahap kerosakan.
Sekiranya masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan mudah, sila bawa sahaja kereta anda ke bengkel untuk membaikinya.
Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.
Baca juga: