Skip to content
Home » Nak Balik Kampung Sempena Tahun Baru Cina? Lihat Dulu Checklist Ini Sebelum Mulakan Perjalanan Anda!

Nak Balik Kampung Sempena Tahun Baru Cina? Lihat Dulu Checklist Ini Sebelum Mulakan Perjalanan Anda!

    Checklist sebelum perjalanan jauh

    Malaysia sememangnya meriah dengan pelbagai jenis perayaan memandangkan negara ini diduduki oleh penduduk yang berbilang kaum. Pada musim perayaan, rata-ratanya akan mengambil peluang untuk bercuti atau pulang ke kampung halaman tidak kira sama mereka yang meraikannya mahupun tidak.

    Namun dalam keseronokan untuk pergi bercuti atau pulang ke kampung, anda dinasihatkan untuk tidak lupa membuat checklist pada kenderaan yang bakal digunakan sebagai pengangkutan utama bagi mengelak daripada berlakunya kejadian tidak diingini seperti kerosakan mahupun kemalangan.

    Justeru pada artikel kali ini, Bjak ingin kongsikan kepada anda beberapa checklist yang boleh anda dan lakukan sebelum memulakan perjalanan jarak jauh.

    Checklist sebelum perjalanan jauh

    Periksa tayar

    Pastikan tayar kereta berada pada tekanan yang secukupnya

    Tayar adalah satu-satunya komponen yang menghubungkan kereta anda dengan jalan raya. Cengkaman tayar (tyre grip) adalah elemen yang paling kritikal apabila berlaku keadaan yang mencemaskan.

    Jadi, adalah sangat penting untuk anda memeriksa tayar kereta anda dan melihat sama ada ia mempunyai tekanan yang optimum dan bunga tayar masih berada dalam kondisi yang bagus.

    Untuk makluman anda, purata tayar memiliki kira-kira 8mm kedalaman bunga bagi produk baharu. Apabila mencapai takat 3mm, anda disarankan untuk menggantikan tayar, dan pada kedalaman bunga minimum 1.5mm (sekitar 3¼ permukaan tayar), tayar kereta anda secara teknikal sudah haus sepenuhnya. Jika kedalaman pada tayar sudah kurang, maka ia secara tidak langsung akan mengurangkan fungsi tayar kereta anda. Ini bermakna, keupayaan ia untuk menyingkirkan air dan cengkaman berkurangan dan jarak membrek juga akan meningkat.

    Tahap kedalaman bunga tayar yang disarankan

    Periksa brek

    Sistem brek penting bagi keselamatan anda ketika memandu

    Selain tayar, checklist kedua yang anda perlu lakukan adalah memeriksa brek kereta anda. Brake pad bukan satu-satunya komponen yang terlibat dalam ‘proses’ memberhentikan kereta anda, Anda juga perlu memastikan minyak brek diperiksa bagi memastikan ia berada pada tahap yang disyorkan.

    Periksa minyak enjin

    Minyak enjin penting untuk memastikan kereta anda senyap (lancar) dan perjalanan jauh tidak mengalami masalah

    Untuk makluman anda, minyak enjin acap kalinya akan ditukar setiap kali kereta anda dihantar ke pusat servis. Namun jika anda tidak menghantar kereta ke pusat servis, anda juga boleh memeriksa dan menukarnya sendiri menggunakan minyak enjin yang berkualiti. 

    Caranya mudah sahaja, letakkan oil dipstick untuk melihat warna dan takat yang disyorkan. Dalam pada itu, anda diingatkan untuk tidak membiarkan minyak enjin kereta melebihi had yang ditetapkan kerana ini boleh meninggalkan keladak yang akan melekat dan menebal pada bahagian dalam enjin. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah lain pada enjin kelak.

    Ingat, minyak enjin penting untuk memastikan kereta anda senyap (lancar) dan perjalanan jauh tidak mengalami masalah

    Wipers

    Wiper memainkan peranan yang amat penting terutamanya ketika cuaca hujan

    Nampak remeh, tapi penting. Pastikan wiper kereta anda berada dalam keadaan yang baik bagi memastikan penglihatan anda tidak terganggu khususnya pada waktu hujan. Jika wiper kereta anda dilihat seolah-olah tidak mampu mengelap air dengan baik lagi, maka anda dinasihatkan untuk menukarnya dengan segera.

    Untuk ketahui cara-cara memilih wiper yang terbaik, sila rujuk pada artikel yang pernah Bjak kongsikan sebelum ini.

    Bateri

    Tukar bateri kereta sekiranya merasakan ia sudah lemah

    Bergantung pada kenderaan yang anda pandu, jangka hayat bateri pada kebiasaannya bertahan selama purata kira-kira dua tahun. Jika anda merasakan bahawa bateri kereta anda sudah lama tidak ditukar, sila buat pemeriksaan dan tukarnya dengan segera.

    Antara tanda-tanda awal bateri kereta anda lemah adalah apabila enjin kereta anda susah atau tidak boleh dihidupkan.

    Sila baca 5 Tips Panjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jenis-jenis bateri kereta, dan pelbagai lagi info lain.

    Lampu 

    Ketahui posisi dan fungsi setiap jenis lampu kereta anda dan gunakan ia pada waktu yang tepat

    Jika anda seorang pemandu baru, sila pastikan anda sudah mengenalpasti dan mengetahui jenis-jenis lampu yang ada pada kereta dan fungsinya.

    Lampu kereta adalah sangat penting terutamanya bagi pemanduan pada waktu malam atau ketika cuaca yang buruk. Pastikan juga anda periksa setiap lampu yang ada seperti lampu hadapan, lampu brek, lampu signal dan lain-lain berada dalam keadaan yang baik bagi keselamatan perjalanan anda. 

    Top up kad Touch ‘n Go anda

    Pastikan kad Touch 'n Go anda mempunyai baki yang mencukupi

    Ya, jangan lupa untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go anda bagi memastikan perjalanan anda lancar dan mengelak daripada berlakunya kesesakan di tol.

    Pastikan juga kenderaan anda memasang sistem RFID sekiranya perjalanan anda itu akan melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). 

    Pastikan insurans dan roadtax belum tamat tempoh

    Pastikan insurans dan roadtax kereta anda masih sah

    Penting! Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kereta anda masih mempunyai perlindungan insurans dan roadtax yang belum tamat tempoh. Selain untuk mengelak daripada dikenakan tindakan saman oleh pihak berkuasa, ia juga penting supaya kereta anda boleh membuat tuntutan insurans/ dilindungi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika sedang dalam perjalanan. 

    Untuk perbaharui insurans, anda hanya perlukan masa kurang daripada 10 minit sahaja. Lakukan sahaja secara online di Bjak untuk mendapatkan pelan insurans terbaik. 

    Ingat, jangan abaikan perkara ini bagi mengelakkan anda berdepan dengan beban kewangan sekiranya terlibat dalam kemalangan. 

    Pandu dengan selamat

    Semoga perjalanan anda ke tempat yang ingin dituju selamat dan lancar. Jangan lupa untuk semak dan lakukan checklist di atas bagi memastikan kenderaan yang dipandu berada dalam keadaan baik.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.