Untuk yang baru pertama kali ingin renew insurans kereta, anda mungkin akan berasa gugup dan tidak tahu bagaimana cara tepat untuk renew insurans atau bahkan apakah jenis perlindungan yang perlu diambil.
Sebenarnya, nak renew insurans kereta tidaklah begitu rumit seperti yang disangka. Namun, anda tetap perlu mengetahui beberapa perkara penting mengenai insurans kereta terlebih dahulu bagi memastikan perlindungan yang dipilih adalah terbaik dan tidak merugikan anda.
Perlu anda tahu, lain kereta, lainlah spesifikasi yang diperlukan semasa renew insurans kereta. Jadi, jangan pelik kalau abang atau kakak anda bayar insurans kereta mereka murah, tapi anda pula mahal.
Jadi untuk itu, jom anda teruskan membaca artikel ini untuk ketahui beberapa perkara penting mengenai insurans kereta sebelum terus memperbaharuinya. Semoga membantu!
Ini apa anda kena tahu dulu
Faktor apa yang akan menentukan harga insurans anda
Pertama sekali, anda perlu faham apakah faktor yang akan menentukan harga insurans kereta baru anda itu nanti. Ini sangat penting agar anda tidak terkejut dengan harga yang akan dikenakan dan faham bagaimana ia dikira. Secara ringkasnya, harga insurans kereta akan ditentukan menerusi beberapa faktor utama berikut:
- Jenis model & kapasiti enjin kereta anda
Sila pastikan anda tahu apakah jenis model kereta anda. Bukan setakat jenamanya sahaja, tetapi juga kapasiti enjin (cc) kereta anda itu. Contohnya, adakah ia 1.3 cc atau 1.5 cc?
Anda kena faham ya. Salah satu faktor penting yang akan menentukan harga insurans kereta anda adalah berdasarkan kapasiti enjin kenderaan tersebut. Contohnya, harga insurans kereta untuk kereta Myvi 1.3 cc dengan kereta Myvi 1.5 cc adalah berbeza. Semakin tinggi kapasiti enjin kereta itu, semakin mahal harga insurans yang akan dikenakan.
- NCD anda
Masih belum faham apakah yang dimaksudkan dengan No Claim Discount atau NCD?
Untuk makluman anda, NCD adalah sejenis diskaun insurans kenderaan yang ditawarkan oleh syarikat insurans kepada anda sekiranya tidak pernah membuat sebarang tuntutan sepanjang polisi berkuat kuasa.
Apabila tiada tuntutan dilakukan, diskaun NCD tersebut juga akan semakin meningkat, yang seterusnya membantu mengurangkan premium insurans pemilik kenderaan. Jika kereta anda baru dibeli, maka NCD anda masih di kadar 0% jadi anda perlu membayar insurans kereta pada harga penuh. Namun, selepas kereta anda memasuki tahun kedua, NCD anda akan menjadi 25%, tahun ketiga (30%), empat (38.33%), lima (45%) dan tahun 6 ke atas adalah 55% yang mana ia adalah kadar maksima diskaun yang akan diberikan.
Jadi, semakin tinggi kadar NCD yang telah dikumpul, semakin rendah harga insurans yang anda perlu bayar.
Namun ingat, jika anda pernah membuat sebarang tuntutan di bawah polisi insurans anda, maka kadar NCD anda akan kembali ke 0% ya. Dan secara tidak langsung harga insurans anda akan kembali mahal. Jadi sila pastikan anda memandu dengan cermat bagi mengelakkan diri anda daripada perlu membuat sebarang tuntutan insurans dan seterusnya menjejaskan peratusan NCD anda.
Faktor-faktor lain:
Selain daripada kapasiti enjin dan juga NCD anda, beberapa faktor lain yang akan turut diambil kira bagi menentukan harga insurans adalah:
- Umur anda – jika anda terlalu muda, maka harga insurans yang dikenakan mungkin lebih mahal atas faktor risiko yang ditetapkan syarikat insurans
- Harga pasaran kereta – Jika kereta anda sudah berusia 6 tahun ke atas, harga pasaran kereta anda akan menjadi sedikit rendah. Jadi, nilai insurans yang akan dikenakan juga lebih rendah berbanding kereta yang baru berusia 5 tahun ke bawah.
- Tahun pembuatan kereta – Semakin baru kereta anda dikeluarkan, semakin tinggi harga insurans yang dikenakan.
- Jenis insurans kereta – Jika anda membeli kereta baru di bawah pinjaman bank, maka anda wajib untuk dapatkan pelan komprehensif. Harga insurans untuk pelan komprehensif adalah lebih mahal berbanding jika anda dapatkan polisi pihak ketiga. Namun jangan risau, manfaat yang akan anda terima juga lebih baik dan lumayan.
- Rekod pemanduan anda – Jika anda mempunyai rekod yang baik dalam pemanduan, maka harga insurans anda akan lebih rendah berbanding pemandu yang mempunyai rekod tidak baik, seperti sering terlibat dalam kesalahan lalu lintas dan kemalangan jalan raya.
Adakah harga insurans dan roadtax sama?
Tidak, harga insurans lebih mahal berbanding harga roadtax kereta anda. Bahkan, harga insurans akan berubah-ubah pada setiap tahun bergantung kepada penilaian daripada faktor-faktor yang dinyatakan di atas. Manakala, harga roadtax pula akan sama setiap tahun selagi anda memiliki kereta dengan model dan kapasiti enjin yang sama.
Nak renew roadtax dulu atau insurans?
Ramai yang mungkin masih keliru dengan perkara ini. Jadi untuk pengetahuan anda, anda wajib dan perlu perbaharui insurans dahulu, barulah roadtax anda dapat diproses dan diaktifkan semula.
Tanpa insurans, anda tidak akan boleh mendapatkan roadtax anda ya!
Boleh ke saya renew roadtax je?
Tidak! Seperti yang dinyatakan tadi, untuk mendapatkan roadtax anda perlulah memperbaharui insurans dahulu. Tanpa insurans, roadtax anda tidak akan dapat dikeluarkan baik secara online mahupun offline.
Anda kena faham bahawa kedua-dua insurans dan roadtax memainkan peranan yang berbeza. Roadtax yang dibayar anda akan digunakan sebagai keperluan utama pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) bagi membaiki, membina, dan menaik taraf jalan raya di Malaysia.
Manakala, insurans pula penting untuk memberikan perlindungan khususnya daripada tuntutan pihak ketiga terhadap pemilik kenderaan sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri mereka atau kenderaan akibat daripada kemalangan yang berpunca daripada anda. Selain itu, insurans juga berfungsi untuk melindungi kenderaan anda daripada kejadian seperti kecurian dan kebakaran serta ganti rugi pada kerosakan kenderaan anda (bagi polisi komprehensif sahaja).
Bilakah saya perlu renew insurans saya?
Anda boleh renew insurans anda seawal dua bulan sebelum tarikh polisi insurans anda tamat. Elakkan diri anda daripada memperbaharui insurans di saat-saat akhir atau selepas ia tamat tempoh kerana syarikat insurans mungkin akan menawarkan harga insurans yang lebih tinggi terhadap anda. Kegagalan anda untuk renew insurans sebelum ia tamat tempoh juga akan menyebabkan anda lewat mendapatkan roadtax yang seterusnya boleh mengundang masalah terutama jika ada sekatan jalan raya.
Bilakah pula saya boleh renew roadtax?
Anda boleh renew roadtax sebaik sahaja anda selesai renew insurans anda. Atau untuk lebih mudah, anda boleh juga renew insurans dan roadtax sekaligus seperti di platform Bjak. Dengan cara itu, kedua-duanya dapat diaktifkan serentak dan memudahkan lagi urusan anda.
Apakah perlindungan tambahan yang perlu saya ambil
Kebanyakan syarikat insurans menawarkan pelbagai perlindungan tambahan yang mana ia tidak/ belum dimasukkan di dalam polisi asas. Jika anda renew dengan pelan komprehensif, maka anda layak untuk membeli mana-mana perlindungan tambahan yang ditawarkan agar kereta anda mendapat perlindungan yang lebih baik dan hampir sempurna.
Namun, anda tidak perlulah ambil semuanya. Hanya dapatkan apa yang perlu sahaja. Ini kerana semakin banyak perlindungan tambahan yang ditawarkan, semakin mahal harga insurans yang akan dikenakan.
Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini untuk ketahui dan mengenalpasti perlindungan tambahan apakah perlu anda ambil.
Adakah terdapat sebarang caj tambahan yang dikenakan dalam harga insurans kereta?
Ya, ada. Selain premium asas untuk pelan insurans yang telah ditetapkan oleh syarikat insurans, terdapat beberapa caj tambahan lain yang perlu anda bayar sebelum mendapatkannya.
Caj tambahan yang biasanya dikenakan adalah:
- Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
Kadar standard caj SST sebanyak 6% akan dikenakan di dalam premium asas insurans anda.
- Duti Setem
Caj duti setem sebanyak RM10 dikenakan di dalam pembelian insurans kereta sebelum jumlah akhir harga insurans dijana.
- Perlindungan tambahan
Anda akan dikenakan bayaran atau caj tambahan pada premium asas jika membeli sebarang perlindungan tambahan di dalam polisi insurans anda. Contohnya, anda ingin mendapatkan perlindungan tambahan untuk cermin kereta ataupun perlindungan peril khas, dan lain-lain.
- Komisyen (jika membeli dengan ejen)
Anda perlu membayar komisyen dalam jumlah tertentu (contohnya RM20) jika membeli insurans melalui ejen. Caj ini bagi membayar perkhidmatan ejen anda menguruskan pembelian insurans serta roadtax bagi pihak anda. Bagaimanapun, caj ini tidak akan dikenakan jika anda membeli insurans secara online.
Apa anda kena buat sebelum renew insurans?
- Tentukan bajet anda
- Bandingkan dulu dengan beberapa buah syarikat insurans untuk dapatkan pelan terbaik pada harga lebih menguntungkan
- Lihat/baca/semak servis khidmat pelanggan yang ditawarkan oleh syarikat insurans tersebut menerusi laman media sosial mereka
Di manakah saya boleh renew insurans kereta saya?
Anda boleh renew insurans kereta anda secara offline di cawangan ejen atau syarikat insurans ataupun juga secara online di platform-platform pembaharuan insurans yang ada.
Kebanyakan syarikat insurans kini menyediakan khidmat pembaharuan insurans secara online, jadi pada pendapat kami ia lebih mudah dan cepat. Untuk lebih pantas, anda juga boleh gunakan Bjak. Di sini, anda boleh bandingkan dahulu dengan 15 jenama insurans yang ada sekaligus, dan tentukan mana pelan terbaik untuk anda. Lebih menarik, anda juga boleh renew sekali roadtax anda bersama insurans tadi dan pilih sama ada ingin dapatkan sticker roadtax atau roadtax digital sahaja.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: