Skip to content
Home » Nak Ubah Suai Kereta? Baca Dulu Garis Panduan JPJ Ini

Nak Ubah Suai Kereta? Baca Dulu Garis Panduan JPJ Ini

    Panduan ubah suai kereta

    Untuk sesetengah pemilik kereta, ubah suai kenderaan mungkin dianggap sebagai suatu keperluan dan hobi bagi menambahkan seri dan ‘memantapkan’ lagi fungsi kereta tersebut.

    Namun tahukah anda bahawa pengubahsuaian kereta sebenarnya tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya dan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya. Kegagalan mana-mana pemilik kendaraan mengikut peraturan yang telah ditetapkan ini boleh menyebabkan tindakan saman dikenakan.

    Justeru pada kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda panduan lengkap ubah suai kereta persendirian berdasarkan garis panduan JPJ.

    Pengubahsuaian yang boleh dilakukan tanpa melibatkan kelulusan JPJ tetapi ikut panduan yang ditetapkan

    Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil 

    Air spoiler, aerofoil atau side skirt tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
    • Pemasangan air spoiler, aerofoil atau side skirt tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.

    Pemasangan door visor 

    • Door visor tidak boleh dipasang melebihi 100mm lebar dan tinggi

    Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (kangaroo bar) pada bahagian hadapan kenderaan

    Protecting guard yang dipasang tidak boleh melebihi lebar kenderaan
    • Pemasangan bumper atau protecting guard di bahagian depan atau belakang tidak boleh melebihi 50% daripada bes roda kereta
    • Pemasangan protecting guard tidak boleh menutupi lampu kenderaan dan tidak mempunyai bucu-bucu tajam atau bahagian yang terlujur keluar melebihi 100mm.
    • Protecting guard yang dipasang tidak boleh melebihi 150mm daripada keseluruhan kenderaan

    Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar

    Pemasangan tayar tidak boleh melebihi ketinggian seluruh kenderaan

    • Jika rim atau tayar yang lebih besar digunakan, ia perlu ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflap
    • Pemasangan tayar yang lebih besar sehingga mengubah ketinggian keseluruhan kenderaan tidak dibenarkan

    *Pemilik kenderaan bagaimanapun diingatkan untuk tidak mengubahsuai kenderaan menggunakan tayar ‘hellaflush’. Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59, iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.

    Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.

    Pemasangan sun roof / moon roof / canvas di atas bumbung kenderaan

    • Mesti dilakukan dengan hanya menebuk sebahagian bumbung tanpa melibatkan pemotongan pillar bumbung asal atau pemotongan pada casis kenderaan
    • Ubah suai berkenaan mesti dilakukan pada bahagian tengah bumbung sahaja dan tiada kesan sambungan atau kimpalan pada mana-mana bahagian yang lain.

    Pemasangan membawa tangga / bot / surf board

    Muatan yang dibawa tidak boleh melebihi bahagian depan kenderaan

    • Para bumbung perlu dipasang dengan kukuh pada kenderaan dan ukuran tinggi tidak boleh melebihi  230mm dari paras bumbung
    • Lebar dan panjang para bumbung tidak boleh melebihi luas bumbung
    • Tangga / bot / surfboard yang dibawa di atas para bumbung tidak boleh melebihi bahagian hadapan dan belakang kenderaan
    • Roda hadapan kereta mesti mampu menanggung sekurang-kurangnya 20% berat bot / surfboard

    Penukaran kotak gear manual / automatik

    Tiada pengubahsuaian pada base mounting
    • Tiada pengubahan struktur dilakukan pada front cross member, steering linkage dan steering box
    • Tiada pengubahsuaian pada base mounting dan tiada kimpalan pada struktur tambahan mounting
    • Tiada pengubahsuaian pada base engine mounting dan tiada kimpalan pada struktur tambahan engine mounting.

    Pemasangan kanopi

    • Hanya dibenarkan untuk kenderaan jenis twin cab pick-up sahaja di mana jumlah penumpang adalah 5 orang
    • Panjang, tinggi dan lebar kanopi tidak boleh melebihi dimensi asal kenderaan
    • Tempat duduk tambahan tidak dibenarkan dipasang pada ruang kanopi tersebut
    • Lampu brek ketiga perlu dipasang di bahagian belakang kenderaan selepas kanopi dipasang

    Pemasangan winch, winch bar, side step, rear bad dan snorkel

    • Perlu dipasang dengan kuat dan kemas supaya tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain
    • Tidak boleh melebihi 150mm keseluruhan lebar kenderaan dan tidak boleh menutupi lampu-lampu dan nombor plat kenderaan
    • Tidak boleh mengganggu identiti asal kenderaan

    Pemasangan roof-rack (para bumbung) / bike carrier

    • Ukuran tinggi pemasangan para bumbung tidak boleh melebihi 230mm dari paras atas bumbung dan lebar serta panjang mestilah tidak melebihi luas bumbung.
    • Ukuran basikal di atas bumbung tidak boleh melebihi bahagian hadapan, belakang dan tepi bumbung serta perlu diikat dengan kuat dan kemas
    • Pemasangan Bike Carrier pada bahagian belakang kenderaan tidak dibenarkan

    Pemasangan spotlight 

    Pemasangan spotlight hanya dibenarkan untuk kenderaan 4x4 sahaja
    • Hanya dibenarkan pada kenderaan 4×4 sahaja
    • Spotlight mestilah berwarna putih atau amber sahaja dan dipasang di bahagian hadapan kereta sebagai tambahan kepada lampu sedia ada
    • Pemasangan spotlight di atas bumbung kereta tidak dibenarkan
    • Hanya 2 unit spotlight sahaja boleh dipasang
    • Spotlight hanya boleh digunakan semasa aktiviti off-road sahaja dan perlu ditutup apabila di atas jalan raya
    • Pemasangan spotlight tidak boleh melebihi ketinggian 5 kaki (1524mm) dari permukaan jalan.

    Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang tidak dibenarkan JPJ

    1. Pemasangan bodypart/ bodykit yang sehingga mengubah identiti kereta
    2. Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan
    3. Pemasangan lampu HIP secara retrofit
    4. Penukaran sistem pacuan
    5. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta
    6. Pemasangan sebarang lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang
    7. Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada
    8. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%
    9. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50% dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 30%
    10. Ubah suai kenderaan menggunakan tayar ‘Hellaflush’ – boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan.

    Pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran JPJ

    1. Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU
    2. Penukaran enjin
    3. Penukaran sistem bahan bakar
    4. Penukaran panel struktur kenderaan 
    5. Status kenderaan vintaj/ klasik

    Ikut peraturan yang ditetapkan oleh JPJ

    Dengan perkongsian yang telah diberikan di atas, diharapkan ia dapat membantu anda untuk mengenalpasti jenis-jenis pengubahsuaian yang boleh dan tidak boleh dilakukan pada kenderaan anda.

    Sila ikut segala panduan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap anda dan kenderaan. Ingat, sama-samalah kita ikut peraturan untuk keselamatan bersama. 


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.