Skip to content
Home » ‘PA’ dalam Insurans Kenderaan – Perlu atau Tidak?

‘PA’ dalam Insurans Kenderaan – Perlu atau Tidak?

    Penjelasan mengenai insurans kemalangan peribadi

    Perhatian! Ini yang anda kena fahamkan.

    Perlindungan insurans kereta tidak melindungi kecederaan, kehilangan upaya kekal mahupun kematian anda akibat daripada tragedi kemalangan jalan raya.

    Insurans kereta hanya melindungi kecederaan/ kematian pihak ketiga

    Seperti yang telah diperjelaskan sebelum ini, insurans kereta hanya berfungsi untuk membayar ganti rugi sekiranya berlaku kecurian atau kebakaran tidak disengajakan terhadap kenderaan anda (kecuali polisi pihak ketiga), kerosakan pada kenderaan anda atau pihak ketiga (polisi komprehensif), dan kecederaan atau kematian pihak ketiga sahaja (semua polisi). 

    Perkara yang dlindungi untuk tiga polisi insurans kereta

    Meskipun anda mendapatkan polisi insurans jenis komprehensif (insurans kereta 1st party), anda sebagai pemilik kereta masih tidak akan dilindungi sekiranya ditakdirkan anda hilang upaya kekal atau meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

    Jadi, apakah inisiatif yang anda bagi membolehkan anda (sebagai pihak pertama) turut dilindungi sekiranya berlaku sesuatu terhadap anggota tubuh anda akibat daripada kemalangan jalan raya?

    Jawapannya adalah dengan mendapatkan perlindungan insurans kemalangan peribadi atau lebih dikenali sebagai personal accident (PA) coverage untuk diri anda.

    Apakah itu insurans kemalangan peribadi?

    Insurans kemalangan peribadi berperanan memberikan pampasan kepada anda jika berlaku kecederaan, hilang upaya kekal atau kematian disebabkan kemalangan jalan raya

    Tidak seperti insurans kereta, insurans kemalangan peribadi berperanan untuk memberikan pampasan kepada anda jika berlaku kecederaan, hilang upaya kekal atau kematian yang berlaku disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

    Bagaimanakah anda boleh mendapatkan insurans kemalangan peribadi?

    Terdapat dua cara untuk anda mendapatkan perlindungan insurans kemalangan peribadi iaitu:

    Membeli produk insurans perlindungan kemalangan peribadi

    Sama seperti insurans perubatan atau nyawa, anda juga boleh membeli produk insurans kemalangan peribadi untuk diri anda. 

    Produk bagi insurans ini akan bolehkan anda untuk menerima pampasan di atas kematian atau hilang keupayaan akibat daripada kemalangan. 

    Membeli perlindungan tambahan untuk kemalangan peribadi di dalam polisi insurans komprehensif

    Sebagai pemilik kenderaan, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan perlindungan tambahan bagi kemalangan peribadi ketika memperbaharui insurans dengan pelan komprehensif. Pada kebiasaannya, setiap syarikat insurans menyediakan premium yang berbeza untuk perlindungan tambahan ini, bahkan ada juga yang memberikan secara percuma di dalam polisi komprehensif seperti syarikat insurans Liberty dan Takaful Malaysia.

    Berapakah harga untuk perlindungan tambahan kemalangan peribadi?

    Seperti yang dinyatakan tadi, setiap syarikat insurans menyediakan premium yang berbeza bagi perlindungan tambahan ini. Namun pada kebiasaan, premiumnya adalah sekitar RM60 ke RM100 bergantung kepada jumlah nilai perlindungan yang diambil. 

    Sebagai contoh, syarikat insurans MSIG memberi pilihan kepada pemegang polisi untuk mendapatkan perlindungan tambahan kemalangan peribadi bagi pemandu dengan tambahan premium sebanyak RM60 sahaja. 

    Untuk mendapatkan kepastian, anda boleh berhubung dengan syarikat insurans pilihan atau ejen anda bagi mengetahui harga bagi perlindungan tambahan ini.

    Adakah pemilik motosikal juga boleh membeli perlindungan tambahan kemalangan peribadi?

    Ya, perlindungan tambahan ini tidak hanya terhad kepada pemilik kereta sahaja, malah turut disediakan kepada pemilik motosikal.

    Bahkan untuk pengetahuan anda, pemilik motosikal sememangnya sangat digalakkan untuk mengambil perlindungan tambahan ini berikutan risiko untuk mereka terdedah dengan kemalangan jalan raya adalah lebih tinggi.

    Premium untuk perlindungan tambahan ini bagi pemilik motosikal adalah lebih rendah di mana kebiasaannya hanya sekitar RM10 – RM20 sahaja untuk jumlah perlindungan bernilai RM5,000.

    Perlu ke ada insurans kemalangan peribadi kalau dah ada kad perubatan?

    Kedua-dua jenis insurans ini sebenarnya berbeza ya! Jom lihat perbezaannya menerusi jadual di bawah:

    Perbezaan antara insurans kemalangan peribadi dengan kad perubatan

    Adakah tuntutan untuk insurans kemalangan peribadi memberi kesan kepada NCD?

    Tidak. Kadar NCD tidak akan terjejas jika tuntutan insurans untuk kemalangan peribadi dibuat di bawah insurans kenderaan anda melainkan disebabkan dua faktor ini:

    1. Anda melakukan tuntutan akibat daripada kemalangan yang berpunca dari anda
    2. Tuntutan kemalangan peribadi tersebut adalah daripada pihak ketiga

    Beli insurans kereta dari syarikat lain, tapi ingin tambah perlindungan kemalangan peribadi dengan insurans lain?

    Untuk pengetahuan, anda hanya boleh mendapatkan tambahan perlindungan kemalangan peribadi menerusi pelan insurans komprehensif daripada syarikat yang sama sahaja. Jadi, andai kata anda membeli insurans komprehensif daripada syarikat insurans MSIG, maka perlindungan tambahan untuk kemalangan peribadi hanya boleh diperoleh daripada syarikat MSIG sahaja dan bukannya syarikat lain. 

    Meskipun anda mendapati jumlah perlindungan yang disediakan bagi kemalangan peribadi lebih tinggi di syarikat lain, namun anda tiada pilihan melainkan terpaksa menerima jumlah perlindungan yang ditetapkan oleh syarikat insurans tersebut.

    Jadi langkah terbaik adalah buat dahulu perbandingan dan lihat manfaat-manfaat menarik yang disediakan oleh setiap syarikat insurans sebelum memperbaharuinya.

    Bagaimanakah cara membuat tuntutan insurans kemalangan peribadi?

    Anda boleh membuat tuntutan insurans melalui cawangan syarikat insurans yang diambil oleh anda ketika memperbaharui insurans. Sedia dan kemukakan semua dokumen yang dikehendaki oleh pihak insurans untuk tuntutan tersebut. Dokumen-dokumen tersebut termasuklah:

    • Salinan laporan polis
    • Salinan sijil insurans kemalangan peribadi
    • Resit atau bil hospital/ klinik
    • Salinan sijil kematian (jika pampasan membabitkan kematian)
    • Salinan penyata akaun anda/ waris

    Adakah anda perlu mendapatkan insurans kemalangan peribadi?

    Jawapan kami semestinya ya!

    Insurans kemalangan peribadi sangat penting untuk melindungi diri apabila berlaku kejadian tidak diingini iaitu kemalangan jalan raya. Ia juga mampu mengurangkan beban anda khususnya dari segi kewangan jika sesuatu yang terlalu buruk menimpa anda kesan daripada kemalangan tersebut. 

    Jika anda kekurangan bajet untuk mendapatkan produk insurans kemalangan peribadi, anda boleh lebih jimat dengan memperolehnya melalui perlindungan tambahan di bawah insurans kereta. 

    Malah seperti dikongsikan di atas, terdapat beberapa syarikat insurans yang menawarkan perlindungan tambahan kemalangan peribadi secara percuma kepada pemegang polisi komprehensif mereka. Jadi sebagai pemilik kenderaan, anda boleh membuat penilaiaan dan memilih apa yang terbaik untuk diri anda dan kenderaan.

    Nyawa anda amat berharga

    Meskipun premium insurans akan menjadi sedikit mahal selepas perlindungan tambahan kemalangan peribadi dibeli, namun ia sebenarnya tidak semahal berbanding jika anda perlu menanggung semua akibatnya sendiri. 

    Pastikan anda dan kenderaan mendapatkan perlindungan yang secukupnya bagi mengelakkan sebarang bebanan melampau pada masa akan datang. Bandingkan dulu harga dan manfaat oleh setiap syarikat insurans sebelum memperbaharuinya. Kini, anda juga boleh melakukannya dengan lebih mudah melalui Bjak. Bandingkan dengan lebih 10 syarikat insurans yang disediakan dan dapatkan satu yang terbaik untuk kenderaan anda. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!