Skip to content
Home » Insurans Kereta Tokio Marine: Pelan DriveSafe PA & Auto Partner

Insurans Kereta Tokio Marine: Pelan DriveSafe PA & Auto Partner

    insurans kereta tokio marine - cover

    Anda mungkin sudah biasa dengar berkenaan insurans kereta Tokio Marine kerana kami telah pun menjelaskan berkenaan beberapa pelan perlindungan yang ditawarkannya sebelum ini. Ia termasuk insurans komprehensif, pelan pihak ketiga dan perlindungan komprehensif yang dipertingkatkan ditawarkan melalui Tokio Marine AutoPro.

    Mari kita lihat dua lagi produk insurans kereta oleh Tokio Marine – DriveSafe PA Partner dan pelan Auto Partner. Teruskan membaca untuk mengetahui tentang apa yang ada didalamnya dan jenis faedah yang mereka tawarkan kepada pelanggan.

    DriveSafe PA Partner

    DriveSafe PA Partner ialah pelan komprehensif oleh Tokio Marine yang melindungi pemandu dan penumpang daripada kemalangan. Melalui polisi ini, orang yang diinsuranskan akan dilindungi daripada kehilangan nyawa/hilang upaya kekal semasa memasuki, menunggang atau menuruni kenderaan yang diinsuranskan untuk tempoh 12 bulan di dalam Malaysia, Singapura atau Brunei.

    Perlindungan utama

    Pelan yang komprehensif namun mampu milik ini menawarkan perlindungan utama berikut untuk orang yang diinsuranskan.

    • Kematian Akibat Kemalangan – Jumlah Diinsuranskan sebanyak RM25,000 seorang
    • Hilang Upaya Kekal – rujuk jadual di bawah untuk jumlah pampasan
    • Perbelanjaan Perubatan – RM 3,000 kepada Orang Yang Diinsuranskan untuk perbelanjaan perubatan, hospital atau rumah jagaan yang munasabah yang ditanggung berkaitan dengan sebarang kecederaan badan akibat keganasan, tidak disengajakan dan boleh dilihat oleh Orang yang Diinsuranskan.
    • Faedah Pembetulan Pergigian dan Pembedahan Pembetulan Kosmetik – Bayaran balik sehingga RM 3,000
    • Pendapatan Hospital Harian – RM100 sehari kepada orang yang diinsuranskan dimasukkan ke hospital akibat kemalangan yang melibatkan kenderaan yang diinsuranskan. Sehingga RM15,000 jumlah had setiap tempoh polisi
    • Elaun Kematian – RM 6,000 dibayar atas tuntutan sah Kematian Akibat Kemalangan
    • Yuran Ambulans – Pembayaran balik sehingga RM 500 untuk perkhidmatan ambulans yang diperlukan di Malaysia (termasuk atendan) ke dan dari hospital.

    Premium tahunan

    DriveSafe PA Partner boleh dibeli dengan membayar premium tahunan bergantung pada bilangan unit yang dipilih. Amaun untuk setiap unit disenaraikan di bawah:

    Premium Tahunan (RM)
    1 Unit2 Unit3 Unit4 Unit5 Unit
    RM60.00RM120.00RM180.00RM240.00RM300.00

    Auto Partner

    Auto Partner oleh Tokio Marine ialah bantuan tepi jalan yang komprehensif dan pelan perlindungan rumah yang melindungi pemilik kenderaan daripada kerumitan kecemasan dan pembaikan rumah.

    Semua pemegang polisi insurans kereta komprehensif akan menerima faedah percuma Tokio Marine Auto Partner. Pilihan perlindungan adalah seperti berikut:

    Perlindungan utama

    Bantuan tepi jalan

    1. Perlindungan untuk caj tunda atau pembaikan kecemasan tepi jalan untuk kenderaan anda sehingga:
    • RM 200 untuk kemalangan (untuk Perlindungan Komprehensif sahaja)
    • RM 250 untuk kerosakan kenderaan (untuk Perlindungan Komprehensif sahaja)

    2. Penghantaran maklumat semasa kecemasan

    3. Perkhidmatan jurubahasa

    4. Bantuan rujukan perubatan

    5. Penghantaran balik kenderaan ke lokasi asal

    6. Bantuan pemandu

    7. Penginapan hotel

    8. Pengaturan perjalanan alternatif

    9. Pemindahan kecemasan apabila perlu

    10. Bantuan guaman

    Perkhidmatan bantuan rumah

    Sekiranya anda memerlukan bantuan rumah, Tokio Marine akan mengatur pembekal yang cekap yang berdekatan dengan rumah anda untuk menawarkan perkhidmatan berikut. Anda akan menanggung semua perbelanjaan dan kos yang berkaitan untuk perkhidmatan ini.

    1. Pembaikan bumbung
    2. Pembersihan & pemulihan untuk:
    • Permaidani
    • Perabot

    3. Bantuan tukang kunci

    4. Servis & pembaikan penghawa dingin

    5. Tampalan paip untuk:

    • Tersumbat bekalan air atau
    • Tersumbat sistem perparitan atau
    • Kebocoran paip air atau
    • Sebarang masalah kerja air rumah lain

    6. Pembaikan pendawaian elektrik

    Pelan insurans Tokio Marine

    Dengan pelbagai penyesuaian dan faedah kompetitif, Tokio Marine sememangnya jenama insurans yang patut dipertimbangkan untuk kereta anda. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang terma dan syarat pelan ini, layari laman web rasmi pembekal insurans untuk mengetahui lebih lanjut.

    Sebagai alternatif, untuk sebut harga insurans percuma, sila layari bjak.my, portal insurans No.1 Malaysia yang mempunyai polisi daripada 23 jenama insurans berbeza. Klik butang di bawah untuk maklumat lanjut.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: