Berada di atas jalan raya ketika dalam cuaca hujan sememangnya agak membahayakan. Antara kumpulan yang paling berisiko untuk terbabit dalam kemalangan adalah penunggang motosikal.
Selain faktor permukaan jalan raya yang lebih licin, tahap penglihatan yang kurang jelas juga boleh mendorong kepada berlakunya perkara yang tidak diingini.
Khusus untuk penunggang motosikal, di sini kami kongsikan lima perkara yang perlu anda berikan perhatian bagi mengurangkan risiko terbabit dalam kemalangan.
Lopak air
Ketika menunggang motosikal anda dalam hujan, sila pastikan anda tidak meredah mana-mana lopak air. Lopak air sangat merbahaya kerana selain boleh membuatkan anda tergelincir, anda juga tidak tahu apa yang berada di bawahnya. Anda juga berisiko untuk terbabas mahupun tercampak jika jalan mengalami lubang yang teruk.
Namun jika anda tidak dalam mengelakkannya, anda mungkin boleh mengekalkan tunggangan dan cuba mengawal motosikal anda supaya ia seimbang.
Tidak membrek secara tiba-tiba
Tindakan membrek secara mengejut sangat tidak digalakkan lebih-lebih lagi dalam cuaca hujan. Meskipun anda menganggap bunga tayar motosikal anda masih tebal, namun anda perlu tahu bahawa kekuatan cengkamannya tidak sama seperti di jalan yang kering.
Sila pastikan anda membrek secara betul ketika menunggang motosikal dalam hujan. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini pada anda dan kenderaan lain.
Pakai baju hujan yang selamat
Apabila cuaca hujan, rata-rata penunggang motosikal akan mengenakan sut baju hujan bagi mengelakkan diri daripada terlalu basah. Sila pastikan anda memakainya dengan betul, di tempat yang selamat sebelum meneruskan tunggangan anda ya.
Jika boleh, pakailah sut baju hujan yang lengkap dan berkualiti (yang didatangkan sekali dengan penutup kasut). Pakai warna yang cerah dan mempunyai strip reflektor supaya anda lebih mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.
Perlu lebih fokus dan berhati-hati
Ketika cuaca hujan, anda perlu lebih fokus dan bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku di atas jalan raya. Ada kereta mungkin akan menukar lorong secara tiba-tiba dan lain-lain.
Jadi untuk lebih selamat, pastikan anda tidak menunggang dengan terlalu laju dan peka dengan keadaan sekeliling. Jangan sesekali menukar lorong tanpa berikan dahulu signal motor anda bagi mengelakkan kemalangan. Pasang juga lampu motosikal anda supaya lebih mudah dilihat oleh pengguna jalan raya lain.
Berhenti jika hujan terlalu lebat
Anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan perjalanan anda jika hujan terlalu lebat. Berhenti dahulu di mana-mana tempat yang selamat untuk berteduh. Tunggu sehingga hujan reda, dan kemudian sambunglah perjalanan anda dalam keadaan yang lebih tenang dan lancar.
Elak berhenti sesuka hati di tepi jalan raya supaya tidak mendedahkan anda kepada risiko kemalangan!
Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.
Baca juga:
- Tips Keselamatan Memandu Ketika Hujan Lebat
- 4 Perkara Penting yang Pemilik Kenderaan Perlu Berikan Perhatian Apabila Tiba Musim Hujan
- Amaran! Elak Parking di 4 Kawasan Ini Bila Musim Hujan & Banjir
- Motosikal Terlibat Banjir? Ini yang Anda Kena Lakukan
- Kereta Rosak Teruk Dihempap Pokok Besar Akibat Hujan Lebat