Skip to content
Home » Perlindungan Tambahan ‘Waiver of Betterment’

Perlindungan Tambahan ‘Waiver of Betterment’

    perlindungan tambahan waiver of betterment

    Ketika membuat tuntutan insurans, pemegang polisi komprehensif (insurans kereta 1st party) bagi kenderaan yang sudah berusia 5 tahun dan ke atas akan dikenakan caj sekiranya alat ganti baru diperlukan dalam pembaikan kereta, dan ia dikenali sebagai betterment.

    Namun kini tahukah anda bahawa kebanyakan syarikat insurans kereta cuba memberikan manfaat yang menarik dan terbaik untuk pelanggan, dan salah satunya adalah dengan memperkenalkan perlindungan tambahan waiver of betterment di dalam polisi komprehensif.

    Apakah fungsi perlindungan tambahan waiver of betterment ini? Jom Bjak terangkan dengan lebih lanjut mengenainya menerusi perkongsian di bawah ini.

    Fahami dahulu maksud betterment

    Secara ringkasnya, betterment membawa maksud sebagai kos tambahan yang pemegang polisi perlu tanggung menggunakan wang sendiri untuk sebarang alat ganti baru yang akan digunakan apabila membuat tuntutan insurans di pusat servis jenama kenderaan/ bengkel yang sah dan dilantik.

    Biasanya, kadar caj betterment yang akan dikenakan adalah mengikut usia kenderaan seperti jadual di bawah:

    kadar caj betterment

    Contoh:

    Jika jumlah keseluruhan bagi alat ganti baru yang anda tukar adalah bernilai RM5,000 dan kereta anda pula telah berusia 7 tahun, maka anda perlu mengeluarkan wang anda sendiri sebanyak RM1,250 (25%) manakala RM3,7500 (75%) lagi akan ditanggung oleh pihak insurans. Kos tambahan ini adalah hanya untuk barang alat ganti sahaja dan tidak termasuk kos upah. 

    Perlindungan tambahan waiver of betterment

    Justeru, bagi mengelakkan anda daripada perlu membayar sebarang kos tambahan untuk alat ganti baru, anda sebenarnya boleh mendapatkan perlindungan tambahan waiver of betterment di dalam polisi anda.

    Premium yang perlu dibayar untuk perlindungan tambahan ini sudah tentulah jauh lebih murah berbanding dengan kos yang anda perlu bayar untuk sebarang alat ganti baru yang akan dikenakan nanti. Jadi, anda amat digalakkan untuk menambah dan mendapatkannya ketika memperbaharui insurans anda dengan pelan komprehensif.

    Mengambil kira contoh di atas, dengan adanya perlindungan tambahan waiver of betterment, anda tidak perlu lagi membayar baki RM1,250 itu tadi kepada syarikat insurans kerana kos bagi alat ganti baru itu nanti akan dibayar sepenuhnya oleh syarikat insurans.

    Namun, biasanya perlindungan tambahan ini hanya layak kepada kenderaan yang berusia 5 hingga 10 tahun sahaja ya! Meskipun begitu, anda tetap boleh menyemak dengan syarikat insurans jika kenderaan anda bukan berada dalam lingkungan usia tersebut dan masih ingin mendapatkan perlindungan tambahan ini. 

    Insurans yang menawarkan perlindungan tambahan waiver of betterment

    Dalam pada itu, untuk makluman anda hanya sesetengah syarikat insurans sahaja yang menawarkan perlindungan tambahan ini iaitu:

    • Syarikat Insurans Allianz
    • Syarikat Insurans MSIG
    • Syarikat Insurans AXA Affin
    • Syarikat Insurans Kurnia
    • Syarikat Insurans Berjaya Sompo
    • Syarikat Insurans Zurich 

    Jadi, sila semak dan bandingkan dahulu setiap pelan sebelum memperbaharui insurans ya!

    Semoga bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: