Risiko Pemandu: Adakah Anda Pemandu Berisiko Tinggi Atau Rendah?

Risiko pemandu yang tinggi akan menyebabkan premium insurans kenderaan dikenakan lebih tinggi berbanding pemandu yang berisiko rendah.

Insurans Kereta

Written by:

Tahukah anda, salah satu faktor yang akan menentukan premium insurans adalah risiko pemandu.

Selepas pelaksanaan langkah Liberalisasi Tarif Insurans Motor oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 1 Julai 2017, kadar premium bagi perlindungan jenis Komprehensif dan polisi Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian Motor telah diliberalisasikan di mana harga premium ditentukan oleh penanggung insurans dan pengendali takaful masing-masing. 

Susulan daripada langkah liberalisasi ini, maka lebih banyak faktor yang akan diambil kira bagi menentukan premium insurans kenderaan oleh syarikat insurans dan pengendali Takaful, termasuklah faktor risiko pemandu. 

Fahami maksud pemprofilan risiko

Pemprofilan risiko merujuk kepada penilaian kemungkinan risiko yang hendak diinsuranskan akan berlaku berserta kemungkinan tuntutan akan dibuat daripada risiko yang tersebut. Penilaian ini akan memberi petunjuk premium yang patut dikenakan oleh penanggung insurans untuk risiko itu.

Faktor risiko pemandu adalah salah satu daripadanya. Secara amnya, semakin tinggi tahap risiko pemandu, maka semakin tinggilah premium insurans yang akan dikenakan. 

Nota: Dalam insurans motor, pelbagai pembolehubah atau faktor yang  digunakan untuk penilaian risiko. Walaubagaimanapun, menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) setiap pembolehubah ini mungkin berbeza ke atas risiko yang diinsuranskan. Oleh itu, pembolehubah-pembolehubah tersebut adalah subjektif dan berdasarkan kepada Garis Panduan Pengunderitan yang diguna pakai oleh setiap penanggung insurans masing-masing.

Apakah faktor risiko pemandu

Berikut diterangkan dengan lebih lanjut mengenai faktor risiko pemandu supaya anda dapat memahami dan mengetahui apakah yang dikategorikan sebagai pemandu berisiko tinggi dan pemandu berisiko rendah:

Usia pemandu

Berisiko tinggiPemandu muda berusia antara 17 hingga 23 tahun dianggap sebagai berisiko tinggi kerana statistik menunjukkan banyak kemalangan serius melibatkan pemandu dalam lingkungan usia ini. Selain itu, pemandu berusia 50 tahun dan ke atas juga berada dalam kategori ini kerana lebih cenderung untuk mempunyai tidak balas yang perlahan serta terdedah kepada penyakit yang boleh menjejaskan pemanduan, seperti Demensia, lemah jantung dan Parkinsons
Berisiko rendahPemandu berusia 30 hingga 50 tahun dipercayai mempunyai pengalaman yang cukup untuk berdepan dengan pelbagai perkara tidak dijangka ketika memandu dan mempunyai refleksi lebih baik.

Usia kenderaan

Berisiko tinggiKereta yang sudah lama khususnya berusia 10 tahun ke atas berisiko lebih tinggi untuk rosak berbanding kereta baru
Berisiko rendahKereta baru biasanya masih berada dalam keadaan baik dan berisiko rendah untuk mengalami kerosakan berbanding kereta lama

Jantina pemandu

Berisiko tinggiMenurut PIAM, berdasarkan kajian di kebanyakan negara maju, pemandu lelaki berada dalam kelompok berisiko tinggi berbanding wanita
Berisiko rendahPemandu wanita dipercayai memandu dengan lebih cermat dan mempunyai had kesabaran tinggi dan kurang berkelakuan melulu apabila memandu.

Rekod tuntutan pemandu

Berisiko tinggiPemandu yang kerap terlibat dalam kemalangan dan membuat tuntutan insurans dianggap sebagai berisiko tinggi dan mungkin perlu membayar premium insurans yang lebih tinggi semasa pembaharuan insurans. 
Berisiko rendahPemandu yang berhemah dan tidak pernah membuat tuntutan insurans dianggap sebagai pemandu yang berisiko rendah.

Pemasangan sistem/ peranti kecurian

Berisiko tinggiKenderaan yang tidak memiliki sistem keselamatan anti-kecurian dikategorikan sebagai lebih berisiko tinggi berbanding yang memilikinya. 
Berisiko rendahKenderaan yang mempunyai sistem/peranti anti-kecurian yang diiktiraf boleh dianggap sebagai risiko sederhana. Jika peralatan tambahan seperti telematik atau peranti pengesanan GPS dipasang, risiko akan dikurangkan lagi dan pemandu boleh nikmati premium yang lebih rendah.

Rekod kesalahan lalu lintas

Berisiko tinggiMereka yang kerap dikenakan tindakan undang-undang dengan melanggar peraturan jalan raya dianggap lebih berisiko tinggi dan mungkin dikenakan premium yang lebih mahal.
Berisiko rendahPemandu berhemah jarang dikenakan saman oleh pihak berkuasa. Maka, anda akan dilihat sebagai pemandu berisiko rendah.

Jadi pemandu berisiko rendah untuk terima premium lebih rendah

Tanpa anda sedari, profil anda juga penting dalam memastikan anda mendapat premium yang lebih rendah ketika memperbaharui insurans. Disebabkan itu, sangat penting untuk anda menjaga profil anda dan mengelakkan perkara yang boleh dielakkan, contohnya menjadi pemandu berhemah, dan kurangkan terlibat dalam kemalangan jalan raya bagi mengelakkan tuntutan insurans dibuat.


Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: