Skip to content
Home » Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Pertimbangkan Untuk Ambil Insurans Kenderaan Allianz

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Pertimbangkan Untuk Ambil Insurans Kenderaan Allianz

    insurans Allianz - cover

    Anda tengah cari polisi insuran kereta yang boleh memberikan perlindungan yang mencukupi untuk kereta anda? Jangan risau, kami akan bantu anda untuk pilih yang terbaik untuk anda. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan sebab insurans kenderaan Allianz ini boleh menjadi salah satu pelan yang ideal untuk anda. Kami juga akan berkongsikan berkenaan manfaat utama dan pilihan perlindungannya.

    Allianz terkenal kerana menyediakan pelbagai faedah menarik kepada pemegang polisi insurans komprehensifnya selama 12 bulan. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pelan dan cara nak buat tuntutan dengan Allianz.

    Apakah yang dilindungi di bawah insurans kenderaan Allianz?

    Pelan ini melindungi pemilik kereta terhadap liabiliti kepada pihak lain untuk kecederaan badan atau kematian, kerosakan harta benda pihak lain, dan kerosakan akibat kemalangan atau kebakaran pada kenderaan anda atau kecurian kereta anda.

    Faedah utama

    Melalui perlindungan komprehensif Allianz, anda boleh menikmati faedah berikut:

    • Allianz Road Rangers

    Allianz Road Rangers menyediakan bantuan kerosakan dan kemalangan yang komprehensif untuk kereta dan motosikal di seluruh negara untuk membawa anda kembali ke jalan raya dengan selamat. Pemegang polisi boleh mendail talian hotline di 1800225542 untuk mendapatkan bantuan jalan raya.

    • Bantuan 24 jam

    Jika kereta anda mengalami kerosakan, anda boleh hubungi Allianz bagi bantuan kerosakan untuk mendapatkan bantuan di tepi jalan melalui talian hotline 24 jam mereka di 1800-22-5542.

    • Perkhidmatan tunda kereta

    Selain bantuan perkhidmatan tunda kerosakan kereta ke bengkel panel, pemegang polisi boleh meminta perkhidmatan tunda ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan selepas terlibat dalam kemalangan.

    • Manfaat pilihan (yang boleh dibeli dengan membayar premium tambahan):

    Kerosakan cermin depan, perlindungan liabiliti untuk penumpang, perlindungan peril khas seperti banjir, taufan, puting beliung, ribut dan bencana alam semula jadi yang lain, mogok, rusuhan dan kekecohan awam dan Pampasan untuk Taksiran Masa Pembaikan (CART).

    Cara nak kemukakan tuntutan

    Langkah-langkah yang terlibat untuk mengemukakan tuntutan bagi insurans kereta Allianz adalah agak mudah. Inilah perkara yang perlu anda lakukan sekiranya berlaku kemalangan.

    Tuntutan Knock-for-Knock untuk kerosakan sendiri

    1. Apa yang perlu dituntut
    • Jika kemalangan itu adalah kesalahan anda, buat tuntutan ‘Kerosakan Sendiri’
    • Jika kemalangan itu BUKAN salah anda, buat tuntutan ‘Knock-for-Knock kerosakan sendiri’

    2. Bagaimana nak tuntut

    Serahkan dokumen berikut kepada syarikat insurans anda

    • Borang tuntutan yang lengkap
    • Salinan asal laporan polis
    • Salinan MyKad dan lesen memandu pemegang polisi dan pemandu
    • Salinan sijil pemilikan kenderaan
    • Gambar tempat kejadian kemalangan dan kerosakan pada kenderaan
    • Laporan siasatan polis

    Dapatkan insurans kenderaan Allianz

    Insurans kenderaan Allianz patut dipertimbangkan sebagai insurans kenderaan anda yang seterusnya atas pelbagai sebab. Ia adalah salah satu jenama yang paling dicari oleh pemilik kereta di Malaysia.

    Selain daripada laman web rasmi Allianz, anda juga boleh membeli polisi komprehensif ini di Bjak. Pembaharuan insurans pada Bjak boleh diselesaikan dalam masa 5 minit, dan polisi anda akan diaktifkan pada hari yang sama. Klik pada butang di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: