Skip to content
Home » Raya 2022: KTMB Sedia 100,000 Tiket Pulang ke Kampung

Raya 2022: KTMB Sedia 100,000 Tiket Pulang ke Kampung

    Raya 2022: KTMB Provides 100,000 Tickets for Hari Raya

    Bercadang untuk menaiki pengangkutan awam seperti keretapi untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini?

    Ini berita baik untuk anda!

    KTMB sedia 100,000 tiket

    Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan kira-kira 100,000 tiket bagi perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dan KTM Intercity pada 23 April hingga 8 Mei sempena Aidilfitri tahun ini.

    Menurut Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd. Zain Mat Taha seperti memetik laporan, jualan tiket itu membabitkan 32 perkhidmatan ETS serta 22 perkhidmatan KTM Intercity.

    Katanya setakat 7 April lalu, hampir 40% tiket telah terjual bagi tempoh 23 April hingga 8 Mei. 

    Maklumnya, tiket perjalanan pada tarikh 29 April hingga 1 Mei bagi laluan KL-Sentral-Padang Besar telah habis dijual.

    Tren tambahan jika trend memberangsangkan

    Ujar Mohd. Zain, KTMB akan mempertimbangkan untuk menyediakan tren tambahan bagi laluan yang mempunyai permintaan tinggi jika jualan tiket menunjukkan trend yang memberangsangkan. 

    Katanya, pihak KTMB juga menambah perkhidmatan tren Shuttle Timuran bagi laluan Gemas-Kuala Lipis-Gemas daripada dua kepada empat per­khidmatan sehari bermula 18 April depan.

    Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa pelanggan turut berpeluang menikmati diskaun tambahan perjalanan berkumpulan sebanyak 25% melalui Pakej Keluarga Malaysia dengan menggunakan kod promo KMKTMB22.

    Nak balik kampung? Jangan lupa buat perkara ini!

    Maklumkan kepada jiran 

    Sila beritahu jiran yang paling anda percaya bahawa anda akan pulang ke kampung selama beberapa hari. Minta tolong daripadanya untuk ‘menjaga’ rumah anda dan maklumkan kepada anda jika berlaku sesuatu yang mencurigakan.

    Bawa powerbank

    Jika anda memilih untuk menaiki pengangkutan awam seperti keretapi mahupun bas, sila pastikan anda turut membawa powerbank bersama anda. Perjalanan jauh mungkin menyebabkan bateri telefon bimbit anda akan kehabisan sebelum sampai ke destinasi. Ini bagi memastikan telefon bimbit anda sentiasa hidup dan anda boleh menghubungi ahli keluarga anda sekiranya berlaku sesuatu kelak. 

    Bawa makanan ringan

    Perjalanan ke kampung mungkin akan memakan sedikit masa lebih-lebih menaiki pengangkutan awam. Apa sahaja boleh berlaku termasuklah bas atau keretapi yang anda naiki tiba-tiba berlaku kerosakan (minta dijauhkan) ketika dalam perjalanan. Jadi sebaiknya sediakan makanan ringan seperti roti dan air kotak supaya anda boleh makan ketika tiba waktu berbuka puasa. 

    Tutup suis elektrik

    Jika rumah anda kosong, sila pastikan anda mematikan semua suis elektrik yang ada di rumah. Ini bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini seperti kebakaran berlaku pada rumah anda.

    Kunci rumah

    Jangan sesekali lupa untuk mengunci setiap tingkap dan pintu rumah anda sebelum pulang ke kampung. Jangan biarkan pencuri sewenang-wenangnya menceroboh rumah anda semasa ketiadaan anda!

    Moga perjalanan anda selamat

    Bjak mendoakan agar perjalanan anda ke kampung sama ada dengan menaiki pengangkutan awam mahupun kenderaan sendiri akan selamat dan lancar. 

    Moga raya pada tahun ini memberi 1001 makna buat anda semua!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: