Skip to content
Home » Tips Urus Kewangan Sempena Hari Raya – No. 5 Paling Penting!

Tips Urus Kewangan Sempena Hari Raya – No. 5 Paling Penting!

    Tips urus kewangan musim perayaan

    Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu hari yang sangat dinanti-nantikan oleh penduduk khususnya umat Islam di Malaysia. Kemeriahannya terasa apabila warga kota berpusu-pusu dan teruja untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan bersama tersayang.

    Bagaimanapun bagi meraikan hari yang penuh menggembirakan ini, banyak persiapan perlu dibuat. Jadi ia secara tidak langsung menyebabkan perbelanjaan juga menjadi banyak.

    Justeru untuk artikel pada kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda tips urus kewangan sempena hari raya yang anda boleh praktikkan untuk lebih jimat dan kurang rasa terbeban.

    Sediakan bajet

    Sediakan peruntukan raya

    Sebelum melakukan apa jua perkara, penting untuk anda menyediakan bajet. Ia termasuklah bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tentukan bajet untuk baju raya sendiri dan ahli keluarga (jika perlu), duit raya, bahan makanan untuk hari raya, kos perjalanan pulang ke kampung, kos servis kenderaan sebelum pulang ke kampung dan lain-lain. 

    Bunyi macam banyak kan? Ya, itulah antara kebiasaan atau perkara yang perlu dilakukan apabila menjelangnya raya terutama untuk ketua keluarga. Pada musim ini, kebanyakan orang akan merasa sedikit terbeban kerana banyak kos perlu dikeluarkan. Namun jika anda ada menyediakan bajet untuknya dengan lebih awal, maka beban anda mungkin sedikit berkurang dan pengurusan kewangan anda juga akan terjaga.

    Tidak over ketika shopping raya

    Elak belanja berlebihan

    Di sinilah penyediaan bajet memainkan penting. Tanpanya, anda mungkin akan terlebih belanja untuk membeli barangan raya sehingga menyebabkan diri anda ‘pokai’. Jangan terlalu teruja dan belilah apa yang diperlukan sahaja.

    Contohnya, cukuplah sekadar membeli satu atau dua pasang baju raya pada harga mampu milik. Jangan terlalu mengikut trend sehingga mengabaikan situasi kewangan anda ya!

    Masak sendiri juadah raya

    Masak sendiri juadah raya untuk lebih jimat dan keseronokan

    Ada yang memilih untuk ambil servis katering sahaja ketika raya nanti? Maklumlah, bila dah ramai-ramai di kampung, rasanya mungkin ada yang lebih gemar gunakan perkhidmatan katering berbanding masak sendiri bukan?

    Tidak salah pun untuk anda berbuat demikian. Namun jika anda mahu lebih jimat, cubalah masak juadah sendiri. Kumpulkan wang dengan adik beradik lain dan kongsi dengan mereka. Dengan itu, anda akan lebih jimat dan kemeriahan menyambut raya juga akan lebih terasa. 

    Bukan itu sahaja, apabila anda memasak sendiri juadah di rumah, pelbagai aneka makanan mengikut cita rasa anda boleh dibuat dan dinikmati bersama. Lebih seronok kan?!

    Sediakan tabung kecemasan

    Buat tabung kecemasan untuk raya beberapa bulan sebelum

    Beberapa bulan sebelum raya, cuba sediakan tabung kecemasan khas untuk sambutan raya. Manalah tahu tiba-tiba kereta anda rosak sebelum pulang kampung atau bajet pada bulan tersebut terlebih daripada yang sepatutnya ke, jadi bolehlah anda gunakan wang dalam tabung kecemasan ini untuk top-up apa yang perlu.

    Renew insurans & roadtax

    Dapatkan insurans untuk memastikan kereta dilindungi

    Apabila musim raya, maka ramailah akan memulakan perjalanan jauh sama ada untuk pulang ke kampung halaman mahupun bercuti. Jadi sebelum ingin memulakan perjalanan, adalah penting untuk anda memastikan kenderaan anda itu memiliki perlindungan insurans serta roadtax yang sah.

    Mengapa? Jawapannya mudah sahaja. Sekatan jalan raya pastinya lebih banyak di musim perayaan. Jadi jika roadtax kenderaan anda sudah tamat tempoh, maka anda pastinya akan ditahan dan akan dikenakan saman. Membazir bukan?

    Ambil kira pula jika anda tidak mempunyai perlindungan insurans untuk kenderaan. Andai kata berlaku kerosakan atau kemalangan ketika perjalanan pulang ke kampung, maka anda perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membaiki kerosakan pada kereta anda dan pihak ketiga (jika kemalangan berpunca daripada anda). Mana nak dapat duit banyak-banyak bukan?

    Setidaknya jika anda ada insurans, anda boleh sahaja membuat tuntutan daripada pihak insurans anda. Jimat wang dan masa anda. 

    Ingat, renew insurans dan roadtax tidak semahal berbanding jika anda perlu menanggung kos sendiri untuk membayar saman dan membaiki kerosakan pada kenderaan.  

    Jadi jika insurans dan roadtax anda sudah hampir tamat tempoh, sila renew sekarang bagi memastikan perjalanan anda lebih selamat dan lancar. Untuk lebih mudah, buat sahaja secara online di Bjak. 15 jenama insurans disediakan untuk anda lakukan perbandingan. Anda juga boleh jimat sehingga RM480 apabila renew di sini. Lebih berbaloi dan menguntungkan!

    Baca juga: