Berita baik untuk anda yang akan pulang ke kampung halaman sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini!
Pengguna lebuh raya utama diberikan tol percuma serta diskaun sehingga 50% dari jam 12 tengah malam Sabtu ini hingga 11.59 malam Ahad ini.
Manfaat keseluruhan RM77.11 juta
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataannya semalam berkata, langkah kerajaan memperuntukkan dana untuk tol percuma dan diskaun adalah selaras dengan fasa peralihan ke endemik sejak 1 April lalu serta sempena sambutan Aidilfitri pada 3 Mei depan.
Katanya, pemberian itu dibuat selepas mencapai persetujuan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya.
Ujarnya, pemberian manfaat itu bakal membabitkan keseluruhan sebanyak RM77.11 juta dan ia akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat konsesi.
“Pemberian tol percuma membabitkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).
“Ia akan bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April ini sehingga jam 11:59 malam pada 1 Mei depan, kepada semua kelas kenderaan,” katanya.
Tol percuma dan diskaun untuk perjalanan pulang ke kediaman
Dalam pada itu, Ismail turut memaklumkan bahawa tol percuma di Lebuh raya Utara-Selatan dan LPT juga akan diberikan ketika orang ramai dalam perjalanan pulang ke kediaman masing-masing.
Ia bakal berkuat kuasa pada jam 12 tengah malam, 7 Mei hingga jam 11.59 malam keesokan harinya untuk semua kelas kenderaan.
Diskaun tol antara 30% dan 50% juga akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan.
Moga perjalanan anda ke kampung selamat
Diharapkan pemberian tol percuma dan diskaun ini sedikit sebanyak akan mengurangkan beban dan menambah keseronokan untuk pulang ke kampung halaman.
Bagaimanapun, sila pastikan anda memandu kenderaan dengan selamat demi yang tersayang. Elak memandu dengan tergesa-gesa dan pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.
Ingat, nyawa anda amat berharga!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: