Skip to content
Home » 6 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Renew Insurans Kereta

6 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Renew Insurans Kereta

    renew insurans kereta

    Sebagai pemilik kereta yang bertanggungjawab, anda perlu memastikan insurans kereta anda diperbaharui pada setiap tahun sebelum ia tamat tempoh. Insurans kereta diperlukan agar kenderaan anda dapat dipandu secara sah di atas jalan raya. Selain itu, ia juga penting agar anda boleh dilindungi sekiranya berlaku sesuatu pada kenderaan anda khususnya ketika sedang memandu. Walaupun nampak mudah dan remeh, sebelum nak renew insurans kereta, apa kata anda ketahui dahulu beberapa perkara penting ini:

    Bila anda boleh renew insurans kereta?

    Pembaharuan insurans kereta boleh dibuat seawal dua bulan sebelum ia tamat tempoh. Jangan biasakan diri anda untuk memperbaharuinya hanya selepas tarikh polisinya tamat kerana harga insurans yang dikenakan mungkin agak tinggi kepada anda.

    Kelekaan anda untuk memperbaharui insurans secara last-minute juga mungkin akan memakan diri apabila anda akhirnya terlupa dan hanya teringat mengenainya beberapa bulan selepas ia tamat tempoh. Kesannya? Anda akan berdepan dengan tindakan saman oleh pihak berkuasa jika dikesan tiada insurans dan roadtax yang sah.

    Renew insurans atau roadtax kereta dulu?

    Masih ramai dalam kalangan pemilik kenderaan di luar sana yang keliru sama ada perlu renew roadtax dahulu atau insurans. Jawapannya adalah anda perlu memastikan insurans anda diperbaharui/aktif terlebih dahulu barulah roadtax anda dapat diproses. Ingat, tanpa insurans, roadtax juga tidak akan dapat diperoleh.

    Namun kini anda tidak perlu risau. Ada sahaja platform insurans kereta yang menawarkan pembaharuan insurans dan roadtax sekaligus. Contohnya adalah Bjak. Dengan cara itu, anda boleh mendapatkan kedua-dua insurans dan roadtax dalam satu masa yang sama. Lagi mudah dan pantas, kan?!

    Apakah dokumen yang diperlukan?

    Nak renew insurans tidak susah pun. Kini, anda tidak perlu menyediakan sebarang dokumen bagi pembaharuan insurans anda khususnya secara online.

    Cukuplah jika anda ingat nombor kad pengenalan serta nombor pendaftaran (no. plat) kereta anda sahaja. 

    Namun jika anda ingin membeli insurans menerusi ejen, anda mungkin memerlukan beberapa dokumen ini:

    1. Polisi insurans sedia  ada
    2. Geran kereta
    3. Gambar kereta dari 4 sisi

    Nak tukar insurans lain atau kekal yang sama?

    Sebenarnya, anda sangat digalakkan untuk menukar syarikat insurans lain apabila memperbaharui insurans kereta pada setiap tahun. Ini bagi memastikan anda mendapat tawaran produk yang lebih menarik pada harga terendah di pasaran. 

    Namun begitu sebelum ingin tukar syarikat insurans, sila pastikan ia memberikan anda:

    • Kemudahan/pantas untuk renew- polisi aktif segera
    • Premium lebih rendah tapi manfaat yang ditawarkan menarik dan memenuhi keperluan anda
    • Bantuan khidmat pelanggan 24 jam bagi memudahkan anda khususnya jika ingin membuat tuntutan insurans nanti
    • Tawaran perlindungan yang lebih banyak- contohnya ada beri perlindungan untuk semua pemandu, perlindungan kemalangan peribadi secara percuma, pengecualian ekses dan lain-lain.

    Di mana lokasi anda?

    Jika anda tinggal di kawasan yang terdedah dengan kejadian-kejadian tertentu seperti bencana alam banjir, maka anda digalakkan untuk mendapatkan perlindungan tambahan peril khas di dalam polisi insurans anda.

    Begitu juga jika kawasan anda itu terdedah dengan risiko kecurian. Pastikan anda membeli insurans komprehensif (selagi layak) bagi membolehkan anda membuat tuntutan insurans sekiranya kereta anda dicuri kelak (minta dijauhkan).

    Nilai pasaran atau nilai yang dipersetujui?

    Meskipun anda renew insurans mengikut nilai pasaran (yang mana harganya lebih murah), namun anda mungkin perlu menanggung kerugian sedikit pada masa akan datang. Contohnya, nilai pampasan yang anda peroleh andai kata kereta anda total loss atau hilang mungkin tidak dapat menampung baki pinjaman bersama pihak bank yang masih tinggal. 

    Sebaliknya anda sangat digalakkan untuk perbaharui insurans anda mengikut nilai yang dipersetujui sahaja. Ini kerana, jika contoh situasi di atas berlaku, nilai pampasan yang bakal diterima nanti adalah mengikut jumlah perlindungan yang telah dipersetujui. Walaupun premiumnya akan sedikit mahal, namun ia lebih berbaloi dan menjamin diri anda.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: