Skip to content
Home » Renew Roadtax: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Renew Roadtax: Apa Yang Anda Perlu Tahu

    Renew roadtax

    Setiap pemilik kenderaan yang berdaftar di Malaysia wajib untuk renew roadtax dan insurans pada setiap tahun bagi memastikan kenderaan dapat dipandu secara sah di atas jalan raya. Justeru, penting untuk anda tahu segalanya tentang roadtax agar urusan anda berkaitan hal pembaharuan roadtax berjalan dengan lancar. 

    Baca artikel untuk tahu dengan lebih lanjut segalanya mengenai roadtax.

    Apakah itu roadtax?

    Roadtax kereta diwajibkan untuk diambil bagi setiap pemilik kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

    Roadtax merupakan sejenis cukai yang dikenakan ke atas setiap pemilik kenderaan bermotor di Malaysia sebelum kenderaan berkenaan dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah.

    Roadtax wajib diperbaharui setiap tahun, seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Roadtax atau cukai jalan yang dibayar oleh anda itu akan digunakan sebagai keperluan utama pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) bagi membaiki, membina, dan menaik taraf jalan raya di Malaysia.

    Roadtax kenderaan perlu diperbaharui dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan harga tertentu pada setiap tahun bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan penalti.

    Apakah kaitan antara roadtax dan insurans kereta?

    Covernote insurans
    Covernote insurans

    Sama seperti roadtax, insurans kereta adalah perlindungan yang wajib diambil oleh setiap pemilik kenderaan. 

    Insurans wajib dihidupkan terlebih dahulu sebelum anda membuat roadtax untuk kenderaan anda. Sekiranya insurans belum dibuat, maka proses untuk membuat roadtax tidak akan dapat diteruskan baik secara online mahupun offline.

    Berapakah harga untuk renew roadtax?

    Harga roadtax di Malaysia adalah berbeza berdasarkan kapasiti enjinlokasi geografijenis kenderaan serta pemilikan kenderaan. Anda boleh mengetahui harga roadtax untuk kenderaan anda dan jenama lain menerusi perkongsian yang telah dibuat sebelum ini. 

    Apakah penalti sekiranya tidak renew roadtax?

    Penting untuk anda renew roadtax anda sebelum tarikh tamat untuk mengelakkan dikenakan saman terutamanya ketika melalui sekatan jalan raya. Berdasarkan peruntukan undang-undang, pemilik kenderaan yang gagal menghidupkan cukai jalan boleh didakwa mengikut Seksyen 15(1) dan Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.

    Semakan tarikh luput roadtax semasa sekatan jalan raya
    Semakan tarikh luput roadtax semasa sekatan jalan raya

    Bilakah pemilik kenderaan perlu renew roadtax? 

    Roadtax perlu diperbaharui pada setiap tahun. Anda boleh mengambil tahu tarikh tamat tempoh roadtax anda dengan menyemak tarikh yang tertera di atas sticker roadtax anda.

    Roadtax anda boleh diperbaharui 60 hari, bersamaan dengan 2 bulan sebelum tarikh tamat tempohnya. Bagaimanapun ingat, sila perbaharui insurans anda dahulu barulah anda boleh renew roadtax anda ya!

    Bagaimanakah cara menyemak roadtax?

    Sekiranya anda tidak dapat menyemak tarikh yang tertera di atas kertas roadtax, anda boleh menyemak tarikh tersebut dengan mudah menerusi portal JPJ. Pihak JPJ akan memberikan butiran maklumat seperti tarikh permulaan dan tarikh luput roadtax anda, bersama dengan tarikh luput insurans.

    Semakan roadtax di portal JPJ
    Semakan roadtax boleh dibuat di portal JPJ

    Pengecualian pembaharuan roadtax berakhir 31 Disember 2021. Patutkah saya renew sekarang?

    Ada yang masih belum dapat memperbaharui roadtax lagi walaupun dah melepasi tarikh luput? Bukan anda sahaja, memang ramai orang yang mengalami kesukaran untuk perbaharui roadtax, lebih-lebih lagi dalam keadaan negara yang dilanda pandemik Covid-19. 

    Tapi jangan risau. Pihak kerajaan telah mengumumkan pelanjutan terhadap tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan lesen dan Lesen Memandu Malaysia sehingga 31 Disember 2021 ini. Bagi pemilik LKM dan LMM yang telah tamat tempoh sah, mereka akan dikecualikan daripada dikenakan tindakan penguasaan pihak JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga akhir tahun.

    Pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans yang sah. Sijil Perlindungan Insurans (e-cover note) yang sah perlu dipaparkan dan ditunjukkan bagi tujuan pemeriksaan.

    Apa jadi sekiranya anda lewat renew roadtax anda?

    Selepas tempoh pengecualian berakhir, anda akan dikenakan denda sekiranya anda memandu dengan roadtax yang telah tamat lebih dari 1 tahun. Bagi kesalahan tiada/tamat lesen memandu, denda adalah sebanyak RM300 tanpa kompromi. 

    Bagi pemilik kenderaan yang telah melebihi 3 tahun/36 bulan daripada tarikh luput roadtax, anda perlu membawa kenderaan anda ke PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan.

    Ini adalah pemeriksaan wajib untuk memastikan kenderaan dalam keadaan baik. Anda boleh layari laman web PUSPAKOM atau hubungi cawangan terdekat untuk menempah slot temujanji. 

    Apakah cara renew roadtax motosikal?

    Sama seperti kereta, pengguna motosikal juga harus memperbaharui roadtax setelah tamat tempoh agar dapat digunakan secara sah di atas jalan raya. Pastikan tiada tunggakan saman sewaktu anda ingin perbaharui roadtax anda.

    Anda juga boleh renew insurans dan roadtax motosikal anda secara online. Roadtax akan dihantar ke rumah.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: