Adakah anda masih belum perbaharui cukai jalan anda yang sudah lama tamat tempoh? Mungkin sudah setahun, dua tahun, atau bahkan tiga tahun sejak ia tamat tempoh?
Adakah anda boleh renew atau memperbaharuinya semula? Apakah yang perlu anda lakukan? Adakah penalti akan dikenakan?
Teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai tarikh luput dan pembaharuan roadtax atau disebut juga sebagai cukai jalan.
Pemeriksaan Puspakom untuk cukai jalan expired lebih 3 tahun
Sebelum ini, tempoh asal bagi pembaharuan cukai jalan yang telah tamat tempoh tanpa perlu melakukan pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) adalah diwajibkan selama setahun.
Bagaimanapun mulai September 2021, kereta dan motosikal persendirian yang cukai jalan telah tamat tempoh untuk tempoh tidak lebih tiga tahun boleh memperbaharui cukai jalan mereka tanpa perlu menjalani pemeriksaan Puspakom. Kelonggaran itu dibuat susulan kekangan kewangan yang mungkin dihadapi oleh pemilik kenderaan berikutan pandemik Covid-19.
Jika cukai jalan kenderaan anda telah tamat melebihi 3 tahun/36 bulan, kenderaan anda perlu menjalani dan lulus pemeriksaan yang dikehendaki Puspakom.
Pemeriksaan adalah wajib bagi memastikan kenderaan anda masih berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan di jalan raya.
Langkah untuk renew cukai jalan (expired lebih 3 tahun)
Di bawah ini merupakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan sebelum boleh meneruskan dengan pembaharuan roadtax dan insurans.
Buat appointment dengan Puspakom
Pemeriksaan Puspakom adalah wajib sebagai syarat untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan anda yang telah tamat tempoh melebihi 3 tahun.
Ambil perhatian bahawa anda perlu membuat temu janji terlebih dahulu sebelum ingin melakukan pemeriksaan di Puspakom. Ingat, anda tidak dibenarkan masuk tanpa temu janji.
- Layari laman web rasmi Puspakom
- Klik ‘Buat temu janji sekarang’
- Pilih negeri dan pusat Puspakom pilihan anda
- Pilih tarikh dan masa
- Isikan butiran anda dan klik ‘Tempah’
- Selesai. Anda akan menerima e-mel pengesahan untuk temu janji
*Nota: Sila tetapkan temu janji 2 hari lebih awal sebelum tarikh pemeriksaan
Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik
Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik. Anda pasti ingin mengelakkan sebarang masalah untuk memastikan kenderaan anda boleh lulus pemeriksaan Puspakom dengan lancar!
Oleh itu, sila periksa lampu depan, tayar, brek dan lain-lain komponen pada kereta anda.
Dapatkan permit perjalanan sementara
Sesetengah mungkin merasakan bahawa ini tidak perlu dan prosedurnya memakan masa. Oleh itu, mereka lebih suka melangkau langkah ini dan memilih untuk memandu secara haram tanpa cukai jalan yang sah.
Berhati-hati, anda tidak akan sentiasa bernasib baik dan mungkin akan dikenakan saman oleh pihak berkuasa sekiranya melalui sekatan jalan raya.
Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk menjadi pemandu yang bertanggungjawab dengan mendapatkan permit sementara terlebih dahulu.
Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan JPJ berdekatan untuk meminta permit perjalanan sementara. Anda hanya perlu mengisi borang (JPJ K12). Untuk kemudahan anda, anda boleh memuat turun borang (JPJ K12) dari laman web JPJ sebelum datang ke cawangan.
Selain daripada itu, anda perlu menyediakan dokumen ini:
- Geran asal kenderaan
- MyKad
- Lesen memandu
Hari pemeriksaan
Pada hari pemeriksaan, pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan:
- Geran kenderaan
- MyKad
- Lesen memandu
- Permit perjalanan sementara
Anda perlu mendaftar di kaunter dahulu, buat pembayaran dan tunggu sehingga pemeriksaan selesai. Biasanya, prosedur akan termasuk pemeriksaan brek, lampu signal, dan lain-lain.
Anda akan menerima laporan/sijil pemeriksaan pada hari yang sama sekiranya kenderaan anda lulus ujian tersebut. Selepas menerima sijil, pastikan anda memperbaharui cukai jalan kenderaan dalam tempoh 30 hari.
Namun jika kenderaan anda gagal dalam ujian atau pemeriksaan tersebut, anda boleh datang semula untuk menduduki ujian sekali lagi dalam tempoh 30 hari akan datang. Sila pastikan anda mengenal pasti dahulu masalah kereta anda dan mengambil langkah yang diperlukan seperti membaikinya sebelum pemeriksaan.
Perbaharui cukai jalan & insurans di Bjak
Setelah anda selesai melakukan langkah-langkah di atas, anda boleh meneruskan proses pembaharuan roadtax! Anda boleh memilih untuk memperbaharuinya secara fizikal dengan pergi ke cawangan JPJ atau pejabat pos berdekatan untuk berbuat demikian.
Untuk lebih memudahkan anda, anda boleh memperbaharuinya segera melalui platform dalam talian seperti Bjak!
Perbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan anda sekaligus di mana-mana sahaja yang anda suka dalam masa 10 minit sahaja di Bjak. Terdapat lebih daripada 10 syarikat insurans terkemuka di Malaysia untuk anda pilih.
Bandingkan semua syarikat insurans untuk menikmati lebih penjimatan! Terima sebut harga percuma dalam masa 3 minit sahaja.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: