Kiosk roadtax JPJ memudahkan urusan kenderaan tanpa perlu menunggu lama di kaunter. Namun, perkhidmatan yang ditawarkan bergantung pada jenis kiosk dan lokasinya. Oleh itu, kami menyenaraikan 36 lokasi kiosk JPJ di seluruh Malaysia untuk rujukan anda. Sebelum berkunjung, semak dahulu perkhidmatan yang disediakan di setiap lokasi.
Perkhidmatan yang ditawarkan
Perkhidmatan kiosk JPJ mungkin merangkumi:
- Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau roadtax;
- Cetakan Lesen Kenderaan Motor;
- Salinan Lesen Kenderaan Motor;
- Cetakan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC);
- Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC);
- Semakan dan pembayaran saman JPJ;
- Semakan maklumat kenderaan;
- Semakan maklumat lesen memandu;
- Semakan maklumat insurans kenderaan.
Nota:
- Sesetengah perkhidmatan hanya tersedia untuk kenderaan persendirian.
- Urusan VOC mungkin memerlukan pendaftaran dalam talian.
- Semak ketersediaan perkhidmatan dengan JPJ sebelum berkunjung.
Lokasi kiosk JPJ
Setakat ini, kira-kira 51 kiosk roadtax JPJ telah disediakan di 36 lokasi seluruh Malaysia. Kiosk ini membolehkan orang ramai melakukan urusan secara layan diri.
Berikut ialah senarai lokasi kiosk tersebut:
- JPJ Perlis, Arau
- JPJ Kedah, Alor Setar
- JPJ Kedah, Sungai Petani
- JPJ Kedah, Kulim
- JPJ Pulau Pinang, Batu Uban
- JPJ Pulau Pinang, Seberang Jaya
- JPJ Perak, Ipoh
- JPJ Perak, Sri Manjung
- JPJ Perak, Taiping
- JPJ Selangor, Bangi
- JPJ Selangor, Banting
- JPJ Selangor, Petaling Jaya
- JPJ Selangor, Shah Alam
- JPJ Putrajaya
- JPJ WP Kuala Lumpur, Wangsa Maju
- JPJ WP Kuala Lumpur, Bandar Sri Permaisuri
- JPJ Negeri Sembilan, Seremban
- JPJ Melaka, Bukit Katil
- JPJ Pahang, Bentong
- JPJ Pahang, Raub
- JPJ Pahang, Kuantan
- JPJ Pahang, Temerloh
- JPJ Kelantan, Kota Bharu
- JPJ Terengganu, Kuala Terengganu
- JPJ Johor, Johor Bahru
- JPJ Johor, Kluang
- JPJ Johor, Muar
- JPJ Johor, Batu Pahat
- UTC Sungai Petani
- UTC Ipoh
- UTC Keramat
- UTC KL Pudu Sentral
- UTC Sentul
- UTC Melaka
- UTC Kuantan
- UTC Johor Bharu
Dengan adanya kiosk layan diri, urusan berkaitan kenderaan boleh dilakukan dengan lebih cepat dan mudah. Oleh itu, anda boleh mempertimbangkan kiosk cukai jalan JPJ apabila perlu memperbaharui roadtax atau melakukan urusan lain.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga:

