Sejak JPJ istiharkan peyediaan & penggunaan roadtax digital (e-LKM), ramai pemandu Malaysia beralih dari roadtax jenis fiziakl ke digital. Tetapi, ramai juga dari sebahagian pemandu Malaysia bertanya, cara mengguna, siapa boleh guna & jika sah diguna sambil memandu tanpa dikenakan saman. Artikel ini akan huraikan apa yang kami perlu tahu tentang roadtax digital supaya anda lebih yakin sambil memandu.
Apa Itu Roadtax Digital JPJ (e-LKM)?
Roadtax digital (e-LKM) adalah cukai jalan atau roadtax jenis digital yang boleh diakses & kemaskini melalui aplikasi MyJPJ setelah aktif. Ia bukan mengganti roadtax jenis fizikal tetapi sebagai alternatif bagi pemandu yang lebihkan dokumen digital jadi ia asah diguna sambil memandu.
Dengan e-LKM, anda tidak perlu lagi risau roadtax rosak akibat panas, atau tercicir.
Cara Daftar & Aktifkan di MyJPJ
Untuk menggunakan roadtax digital, ikuti langkah berikut:
- Muat turun aplikasi MyJPJ (Google Play / App Store).
- Daftar akaun baharu dengan nombor IC dan maklumat peribadi.
- Log masuk dan pilih menu Lesen Kenderaan Motor (LKM).
- Pastikan insurans & roadtax anda aktif → maklumat kenderaan akan dipaparkan secara automatik.
- Simpan screenshot e-LKM untuk kegunaan tanpa internet.
Kelebihan Roadtax Digital Berbanding Fizikal
| Aspek | Roadtax Digital JPJ | Roadtax Fizikal |
| Bentuk | Dalam aplikasi MyJPJ | Pelekat kertas |
| Kos Tambahan | Tiada | ± RM10 (dengan penghantaran) |
| Risiko Hilang/Rosak | Tiada | Ada (peel off, basah, hilang) |
| Akses | Online, bila-bila masa | Hanya pada pelekat kereta |

Soalan Lazim Roadtax Digital JPJ
1. Perlu ke internet untuk tunjuk e-LKM?
Tidak semestinya. Anda boleh screenshot paparan dan simpan dalam telefon.
2. Roadtax fizikal masih sah ke?
Ya. Kedua-duanya sah, cuma anda boleh pilih digital untuk lebih mudah.
3. Polis/JPJ terima e-LKM semasa roadblock?
Ya, mereka boleh semak secara digital.
4. Perlu bayar caj tambahan?
Tidak, ia percuma melalui MyJPJ.
Kesimpulan
Roadtax digital JPJ (e-LKM) adalah langkah moden untuk memudahkan pemandu Malaysia. Ia lebih praktikal, tiada kos tambahan, dan mesra pengguna. Namun, pilihan masih di tangan anda – sama ada kekal dengan pelekat fizikal atau beralih ke digital.Kalau anda mahu proses renew insurans & roadtax lebih cepat, boleh guna platform rasmi seperti BJAK, MyEG, JPJ, atau Pos Malaysia – semuanya sah dan diiktiraf.
Baca Juga:
Komprehensif vs Third Party, Yang Sesuai Untuk Kereta Anda

