Pada hari ini, anda boleh mendapatkan akses kepada hampir semua perkara hanya secara dalam talian. Akses itu termasuklah mendapatkan atau beli insuran kereta hanya dari hujung jari anda!
Sedar atau tidak, sebenarnya anda boleh menikmati lebih banyak manfaat jika beli insuran kereta secara dalam talian. Selain lebih mudah dan cepat, ia juga boleh membantu anda untuk mendapatkan perlindungan insurans pada harga yang terbaik dan terendah.
Kelebihan beli insurans kereta secara online
Berikut adalah manfaat memperbaharui insurans secara online:
- Lebih banyak masa untuk membandingkan polisi insurans kereta
- Menjimatkan masa dan tenaga
- Lebih selesa
- Lebih menjimatkan wang
‘Red flag’ yang anda perlu hati-hati apabila beli insurans kereta online
Di samping pelbagai kemudahan yang disediakan oleh banyak laman web yang diiktiraf, jangan terleka, terdapat juga kebarangkalian untuk ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Di sini kami kongsikan beberapa tanda amaran yang perlu anda perhatikan:
Tawaran palsu
Berhati-hati dengan sebarang tawaran palsu. Ia adalah satu penipuan besar. Anda mungkin mendapat tawaran yang luar biasa semasa sedang mencari insurans kereta. Jika anda rasa tawaran itu terlalu ‘bagus’ untuk menjadi kenyataan, maka sila abaikan sahaja dan jangan mempercayainya.
Selepas membuat anda tertarik dengan tawaran tersebut, mereka akan menipu anda supaya memberikan butiran akaun bank dan seterusnya mencuri wang anda di di dalam akaun tersebut.
Sebaiknya, hubungi dahulu syarikat insurans untuk bertanya tentang kesahihan tawaran tersebut.
*Nota: Tawaran palsu merupakan tawaran yang menyerupai penampilan fizikal produk lain tetapi tidak meletakkan nama jenama atau logo.
Maklumat tidak tepat
Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat atau apa-apa percanggahan tentang syarikat insurans, anda harus menyemak semula maklumat tersebut dengan syarikat insurans.
Sila pastikan anda mendapatkan penjelasan yang lengkap sebelum beli insuran kereta daripada mana-mana laman web.
Tiada resit pembayaran
Dapatkan resit pembayaran selepas membeli insurans. Laman web yang sah akan sentiasa memberikan resit selepas pembayaran. Jika mereka tidak mengeluarkan sebarang resit pembayaran, maka kemungkinan penipuan adalah tinggi.
*Nota: Jangan lupa simpan resit untuk rujukan masa akan datang.
Tandatangan pada polisi
Sila semak sama ada dokumen polisi insurans mempunyai tandatangan padanya. Polisi insurans daripada laman web yang sah akan mempunyai tandatangan individu yang dibenarkan syarikat.
*Menandatangani polisi insurans anda adalah langkah yang sangat penting. Ia mengesahkan identiti pemohon dan kedua-dua pihak bersetuju dengan terma polisi.
Sila minta penjelasan daripada syarikat insurans jika polisi tersebut tidak mempunyai tandatangan.
Bagaimanakah anda dapat memastikan laman web insurans itu selamat dan sah untuk dibeli?
- Hubungi syarikat insurans atau Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), atau Persatuan Takaful Malaysia (MTA) untuk memastikan laman web itu adalah sah
- Semak perlindungan dalam polisi dan baca terma & syarat dengan teliti untuk mengesahkan kesahihan laman web
- Baca feedback pelanggan sedia ada – anda akan dapat mengetahui tentang perniagaan mereka berdasarkan maklum balas yang diberikan pelanggan
Buat semakan menyeluruh sebelum beli insuran kereta secara online
Internet menjadikan pembelian insurans menjadi mudah. Harga pelan insurans dalam talian biasanya lebih murah berbanding pembelian secara offline. Orang ramai juga mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyemak sebut harga yang berbeza-beza.
Walau bagaimanapun, terdapat juga risiko penipuan yang tidak mustahil boleh berlaku kepada anda. Jadi, sila berhati-hati dan jangan jatuh ke dalam perangkap mereka. Pastikan anda membuat dahulu semakan terperinci sebelum membeli insurans untuk mengelakkan kerugian.
Oleh itu, anda boleh menggunakan Bjak, laman web perbandingan insurans yang dipercayai. Anda bebas untuk menyemak banyak sebut harga sekaligus secara dalam talian tanpa sebarang caj!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: