Ketika renew insurans dengan insurans kereta 1st party, anda mempunyai pilihan untuk memperluaskan lagi perlindungan bagi kereta anda dengan mendapatkan beberapa jenis perlindungan tambahan yang ada. Disebabkan itu, anda digalakkan untuk semak insurans kereta online bagi mengenalpasti apa yang perlu, apa yang tidak.
Perlindungan asas yang disediakan syarikat insurans kepada pemegang polisi komprehensif sebenarnya tidaklah begitu cukup, dalam keadaan tertentu. Contohnya jika kereta anda alami kerosakan akibat bencana alam atau rosak akibat rusuhan awam. Syarikat insurans biasanya tidak akan membayar pampasan kepada anda, melainkan anda mempunyai perlindungan tambahan untuknya ketika memperbaharui insurans sebelum ini.
Keputusan anda untuk menambah perlindungan tambahan di dalam polisi ketika renew insurans kereta secara langsung akan menaikkan premium anda. Jadi, tidak semestinya anda perlu mengambil semua pilihan perlindungan tambahan yang ada, dan hanya mendapatkannya mengikut keperluan anda.
Tidak pasti bagaimana ingin menentukan sama ada perlindungan tambahan tersebut diperlukan atau atau tidak ketika renew insurans kereta? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya.
Perlindungan tambahan peril khas
Seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini, perlindungan peril khas akan membantu anda untuk mendapat pampasan/ membolehkan anda membuat tuntutan insurans jika kereta anda rosak atau hilang akibat bencana seperti banjir, ribut, tanah runtuh, pokok tumbang, tanah mendap dan gempa bumi.
Perlukah anda dapatkannya?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bencana banjir semakin kerap berlaku termasuklah di kawasan-kawasan yang tidak pernah dijangka sebelum ini. Akibatnya, ratusan ribu kenderaan mengalami kerosakan teruk sehingga membuatkan pemilik kenderaan kerugian. Jadi, sebagai persediaan, anda mungkin boleh pertimbangkan perlindungan tambahan ini ke dalam polisi anda, meskipun kawasan tempat tinggal anda tidak pernah mengalami banjir.
Perlindungan tambahan windscreen kereta
Meskipun tanpa perlindungan tambahan ini anda boleh membuat tuntutan insurans bagi membaiki kerosakan pada cermin kereta, namun anda perlu tahu bahawa ia akan menjejaskan kadar NCD anda dan akan menyebabkan premium insurans kembali mahal di tahun berikutnya. Sebaliknya dengan memiliki insurans untuk cermin kereta, anda boleh membuat tuntutan tanpa memberi kesan kepada NCD yang telah dikumpul.
Perlukah anda dapatkannya?
Adakah kereta anda kerap digunakan untuk ke tempat kerja, dijadikan sebagai pengangkutan utama keluarga dan lain-lain? Maka, anda mungkin perlu menambah perlindungan ini di dalam polisi anda. Cermin kereta anda lebih terdedah dengan risiko termasuklah serpihan batu dari atas jalan raya, dihempap pokok atau ranting ketika memakirkan kereta dan sebagainya. Andai kata cermin kereta anda retak atau pecah, anda boleh membaikinya semula dengan membuat tuntutan insurans tanpa menjejaskan NCD anda.
Perlindungan aksesori kereta
Untuk pengetahuan, insurans komprehensif anda tidak akan memberi perlindungan untuk semua aksesori kereta anda. Ia hanya akan melindungi aksesori yang telah dipasang di kilang, melainkan untuk aksesori yang diisytiharkan. Jika aksesori tersebut bukan yang dipasang di kilang, anda tidak akan dapat membuat tuntutan ganti rugi sekiranya kereta anda terlibat dalam kemalangan atau kecurian.
Contoh mudah, anda menukar sport rim asal kereta dengan sport tim baru. Jika ia dicuri maka, anda tidak boleh membuat tuntutan insurans untuk menuntut kerugian.
Perlukah anda dapatkannya?
Jika anda telah menambah atau menukar dengan aksesori kereta yang mahal pada kenderaan anda itu, maka seeloknya anda beli perlindungan tambahan ini. Namun jika tidak ada sebarang penambahan aksesori pada kereta anda, tidak perlulah membeli perlindungan tambahan ini di dalam polisi anda.
Perlindungan liabiliti undang-undang
Terdapat dua jenis perlindungan liabiliti undang-undang di Malaysia iaitu:
i) Liabiliti penumpang di sisi undang-undang
- melindungi anda daripada sebarang tindakan liabiliti undang-undang ke atas kelalaian yang dilakukan oleh penumpang anda.
ii) Liabiliti undang-undang kepada penumpang
- melindungi anda ataupun pemandu tambahan daripada liabiliti undang-undang yang diambil terhadap anda oleh mana-mana penumpang anda.
Perlukah anda dapatkannya?
Jika anda kerap membawa penumpang di dalam kereta anda, maka anda boleh mempertimbangkan perlindungan tambahan ini. Namun, jika anda kerap membawa kereta secara solo, maka ia mungkin tidak diperlukan oleh anda.
Dalam pada itu, perlindungan liabiliti undang-undang kepada penumpang wajib diambil jika anda ingin memandu ke Singapura ya.
Perlindungan tambahan Mogok, Rusuhan dan Kekecohan Awam (S.R.C.C)
Jika kereta anda secara kebetulan diletakkan di kawasan yang berlaku rusuhan, kebarangkalian untuk kereta anda mengalami kerosakan adalah sangat tinggi. Jika ia berlaku, adakah anda boleh membuat tuntutan insurans bagi menampung kerugian yang dialami?
Anda mungkin beranggapan bahawa polisi insurans komprehensif memberikan perlindungan yang sepenuhnya buat kereta anda. Walau bagaimanapun, perlu anda tahu bahawa ia sebenarnya tidak melindungi kerosakan yang disebabkan oleh mogok, rusuhan dan kekecohan awam.
Perlukah anda dapatkannya?
Rusuhan atau kekecohan awam jarang berlaku di Malaysia, maka anda boleh memilih untuk mendapatkannya atau tidak. Jika anda tidak ingin dapatkannya, pastikan kereta anda sentiasa diletakkan di kawasan yang selamat dan elakkan kawasan yang berisiko seperti dalam perhimpunan berunsur politik mahupun tepi jalan.
Perlindungan tambahan kemalangan peribadi
Jangan salah faham, insurans komprehensif tidak akan melindungi anda jika anda cedera atau meninggal dunia akibat kemalangan yang berpunca dari diri sendiri. Ini bermakna, segala kos rawatan, penginapan hospital dan lain-lain perlu ditanggung anda sendiri. Polisi ini hanya melindungi pihak ketiga yang cedera atau meninggal dunia akibat kecuaian anda sahaja.
Perlukah anda dapatkannya?
Jika anda sudah memiliki insurans lain seperti insurans perubatan dan insurans nyawa, maka anda boleh sahaja tidak menambah perlindungan tambahan ini ketika perbaharui insurans kereta. Sebaliknya jika anda tidak memiliki sebarang produk insurans, maka seeloknya anda mendapatkan perlindungan ini di dalam polisi anda.
*Fakta! Jika anda semak dulu insurans kereta secara online, anda mungkin boleh dapatkan perlindungan kemalangan peribadi secara percuma kerana ada sesetengah syarikat insurans yang menawarkan perlindungan ini di dalam polisi insurans kereta!
Dapatkan perlindungan tambahan ikut keperluan
Tidak semua bentuk perlindungan tambahan yang disediakan syarikat insurans diperlukan oleh anda. Anda boleh semak dulu insurans kereta secara online untuk nilai semua keperluan anda, dan dapatkannya ikut keperluan anda sahaja. Dengan itu, anda tidak perlu membayar lebih untuk premium insurans anda.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: