Skip to content
Home » Kerosakan Kereta Akibat Rusuhan – Bolehkah Anda Claim Insurans?

Kerosakan Kereta Akibat Rusuhan – Bolehkah Anda Claim Insurans?

    Kerosakan kereta akibat rusuhan

    Mogok, rusuhan, dan kekecohan awam mungkin boleh dikatakan agak jarang berlaku di Malaysia. Namun pepatah mengatakan, malang tidak berbau dan kemungkinan untuk ia berlaku tetap ada tanpa mengira masa atau tempat. Dalam kejadian yang tidak diingini seperti ini, anda atau kenderaan anda berisiko untuk cedera serta rosak akibat rusuhan. Namun, bolehkah anda menuntut pampasan insurans untuk kerosakan terhadap kenderaan anda jika ia disebabkan rusuhan? 

    Teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Apakah yang dimaksudkan dengan kerosakan kereta akibat rusuhan?

    Ia merujuk kepada kerosakan pada kenderaan sendiri akibat rusuhan, mogok atau kekecohan awam. Jika kereta anda secara kebetulan diletakkan di kawasan yang berlaku rusuhan, kebarangkalian untuk kereta anda mengalami kerosakan adalah sangat tinggi.

    Jom kita imbas semula berita kejadian yang pernah berlaku pada tahun 2018. Pergelutan antara dua kumpulan telah mencetuskan rusuhan besar-besaran di tapak kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights. Akibatnya, sehingga 18 kenderaan di sekitarnya dibakar oleh berpuluh-puluh individu yang bergaduh di kawasan kejadian terbabit.

    Kerosakan kereta akibat rusuhan

    Dalam kes ini, bolehkah anda menuntut pampasan daripada syarikat insurans kereta untuk kerosakan yang dialami pada kenderaan anda akibat rusuhan berkenaan? Baca perkara berikut untuk penjelasan lanjut.

    Adakah insurans kereta anda melindungi kerosakan akibat rusuhan?

    Anda mungkin beranggapan bahawa polisi insurans kereta 1st party memberikan perlindungan yang sepenuhnya buat kereta anda. Walau bagaimanapun, perlu anda tahu bahawa ia sebenarnya tidak melindungi kerosakan yang disebabkan oleh mogok, rusuhan dan kekecohan awam.

    Kebanyakan polisi insurans kereta telah memasukkan klausa yang menyatakan bahawa ia tidak akan membayar pampasan untuk kerosakan kereta yang disebabkan oleh: 1) mogok, 2) rusuhan atau 3) kekecohan awam dalam bahagian Pengecualian Am.

    Sebagai contoh, anda mungkin mendapati perenggan yang serupa (rujuk di bawah) ditulis dalam polisi:

    Jika sebarang kerugian, kerosakan atau liabiliti disebabkan oleh pencerobohan, peperangan (sama ada perang diisytiharkan atau tidak), operasi seperti perang, tindakan musuh asing, permusuhan, perang saudara, tindakan keganasan, mogok, rusuhan, kekecohan awam, pemberontakan, revolusi, ketenteraan atau rampasan kuasa atau oleh sebarang akibat langsung atau tidak langsung daripada mana-mana kejadian tersebut.

    Berdasarkan perenggan tersebut, ia jelas menyatakan bahawa anda tidak layak untuk membuat tuntutan insurans bagi sebarang kerosakan berkaitan rusuhan.

    Perlindungan tambahan Mogok, Rusuhan dan Kekecohan Awam (S.R.C.C) 

    Anda boleh membeli perlindungan tambahan S.R.C.C untuk membolehkan anda membuat tuntutan insurans

    Walau bagaimanapun, anda sebenarnya berpeluang untuk membuat tuntutan insurans sekiranya telah menambah/ membeli perlindungan tambahan Mogok, Rusuhan, dan Kekecohan Awam (S.R.C.C) di dalam polisi komprehensif anda ketika renew insurans kereta. Perlindungan tambahan ini meliputi kos pembaikan kenderaan anda untuk kerosakan yang disebabkan oleh mana-mana situasi yang dinyatakan di atas.

    Bagaimana untuk mengira premium bagi perlindungan tambahan ini?

    Premium bagi perlindungan tambahan S.R.C.C adalah sekitar 0.3% daripada jumlah yang diinsuranskan.

    Katakan bahawa anda ingin mendapatkan perlindungan tambahan S.R.C.C. Jika jumlah diinsuranskan untuk kereta anda ialah sebanyak RM50,000, anda perlu membayar 0.3% daripada jumlah tersebut untuk menikmati perlindungan berkenaan. Oleh itu, jumlah yang anda perlu bayar khusus bagi perlindungan S.R.C.C adalah sebanyak RM150 untuk perlindungan bagi satu tahun.

    Walau bagaimanapun, jumlah premium mungkin berbeza mengikut syarikat insurans. 

    Kami sarankan anda untuk menyemak dengan syarikat insurans pilihan anda bagi jumlah yang tepat.

    Perlukah anda membeli perlindungan tambahan ini?

    Tidak ramai individu memilih untuk membeli perlindungan tambahan S.R.C.C ini kerana insiden seperti rusuhan atau kekecohan awam jarang berlaku di Malaysia. 

    Walau bagaimanapun, jika anda tidak memiliki perlindungan tambahan ini, sila pastikan anda sentiasa meletakkan kenderaan di kawasan yang lebih selamat. Elakkan kawasan yang berisiko seperti dalam perhimpunan berunsur politik. Sila juga elak meletakkan kenderaan anda di tepi jalan.

    Berikan perlindungan secukupnya untuk kenderaan anda

    Apa yang lebih penting adalah anda sentiasa memastikan kenderaan anda diletakkan di kawasan yang selamat dan terang. Ingat, tiada siapa yang boleh meramalkan bila dan di mana rusuhan akan berlaku.

    Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk membeli perlindungan tambahan S.R.C.C dalam pelan asas insurans komprehensif anda. Apa-apa sahaja yang boleh melindungi kenderaan akibat kejadian yang tidak diingini tidak akan merugikan anda.

    Jika anda ingin menambah perlindungan tambahan ini pada polisi insurans kereta anda, layari sahaja Bjak hari ini dan perbaharui insurans anda dengan pelan komprehensif.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: