4 Perkara Penting yang Perlu Anda Semak Pada Polisi Insurans Kereta Anda

Polisi insurans kereta perlu disemak sebaik sahaja anda membeli insurans agar tiada masalah timbul pada akan datang.

Insurans Kereta

Written by:

Polisi insurans kereta merupakan satu surat perjanjian yang telah dipersetujui di antara pemilik kereta dengan syarikat insurans. Ia diperoleh selepas pemilik kereta memutuskan untuk mendapatkan perlindungan daripada syarikat insurans tersebut dengan membayar sejumlah premium seperti yang dinyatakan.

Segala terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh sesebuah syarikat insurans di dalam polisi akan dijadikan bukti, khususnya apabila tuntutan ingin dibuat.

Jadi, adalah sangat penting bagi setiap pemilik kereta untuk membuat semakan terperinci mengenai apa yang terkandung di dalam polisi insurans bagi mengelakkan sebarang masalah sepanjang polisi aktif. 

Kenapa anda perlu semak polisi insurans kereta?

Polisi insurans perlu disemak sebaik sahaja anda menerimanya, dan bukannya hanya apabila ia telah lama diperoleh ataupun ketika tuntutan ingin dibuat.

Ia perlu disemak lebih awal  bagi memastikan tiada sebarang kesilapan kecil berlaku yang seterusnya mampu memberikan masalah besar kepada anda kelak.

Contohnya, anda tersilap memperbaharui dengan insurans pihak ketiga, walhal pada asalnya anda ingin memperbaharui insurans dengan pelan komprehensif. Jika ia berlaku, anda tidak boleh membuat sebarang tuntutan insurans jika kereta anda kemalangan akibat kecuaian sendiri, terbakar atau dicuri. 

Apa yang perlu anda semak pada polisi insurans kereta anda?

Nombor plat kereta anda

Satu perkara paling penting yang perlu anda semak pada polisi insurans anda adalah nombor plat kereta anda. Sila lihat sama ada tepat atau tidak. Jika tersalah nombor plat, maka ia akan memberi kesan terutama ketika anda ingin memperbaharui roadtax.

Nombor kad pengenalan anda

Selain nombor plat kereta, anda juga perlu menyemak nombor kad pengenalan anda pada polisi insurans kereta. Jika berlaku kesilapan, waima hanya tersilap pada satu nombor sekalipun, ia boleh memberi masalah kepada anda khususnya ketika ingin membuat tuntutan insurans kelak. 

Kapasiti enjin kereta anda

Kapasiti enjin atau cc enjin kereta anda juga memainkan peranan penting. Jadi, pastikan ia dicatatkan dengan betul pada polisi insurans kereta anda dan sama seperti dalam geran kereta anda. 

Jika cc enjin kereta anda pada polisi tidak sama dengan apa yang tercatat pada geran kereta, maka ia boleh memberi masalah kepada anda ketika tuntutan insurans ingin dibuat. Terdapat kemungkinan tuntutan anda tidak boleh diproses sama sekali disebabkan oleh kesilapan tersebut.

Jenis polisi insurans yang anda beli

Pastikan jenis pelan insurans yang tercatat pada polisi adalah betul dan sama dengan apa yang anda ingin perolehi. Jika pada asalnya anda telah membeli pelan komprehensif, namun pada polisi berkenaan tercatat pelan pihak ketiga sahaja, maka ia adalah kesilapan yang akan merugikan anda. Jadi, sila semak dengan sebaiknya. 

Semak polisi insurans anda

Tidak ramai yang akan menyemak polisi insurans mereka setelah memperbaharui insurans. Anda mungkin bernasib baik dan tidak pernah mengalami masalah pada tahun sebelum ini, namun tiada jaminan masalah atau kesilapan-kesilapan kecil ini tidak akan berlaku pada masa akan datang.

Jadi sebaiknya, ambil masa selama beberapa minit sahaja untuk menyemak beberapa maklumat penting yang terkandung pada polisi insurans anda. Ia bukan sahaja untuk memastikan polisi anda itu sah, bahkan juga amat penting supaya tuntutan anda tidak ditolak pada masa akan datang.


Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: